Jumaat, April 15, 2011

Peraturan......ohh.......peraturan

Salam
pembuka bicara.....
cerita ini berlaku pada diri aku sendiri.......

pengajaran yang aku dapat ialah jangan sekali-kali melnggar peraturan, even manusia tak nampak tapi yang Maha Kuasa nampak apa yang kita buat dan apa yang kita sembunyikan dalam hati.

Benda ni baru berlaku tadi. Aku seorang yang agak schema, selalu ikut peraturn lah juga....dan agak takut nak langgart peraturtan. Tapi aku percaya dan ramai juga yang percya prinsip ni,

"peraturan kalau langgar sekali-sekala tak pe....."

Tapi ia berlaku sebaliknya dekat aku, aku dh insaf dan berazam untuk ikut peraturan jalanraya, sekolah, agama, negara dll. Sebab ia amat menakutkan, memalukan dan menyedihkan. Akibatnya, duit terbang, lesen kena gantung, trauma, rasa bersalah, takut mak dan ayah marah or runsing.

Aku dah ada lesen L untuk motor dan aku pass dalam ujian komputer dan dalam buku kpp itu ada cakap tentang peraturan jalan raya. Dalam masa yang sama aku seorang mahasiswi dari sebuh universiti kerajaan.

Kesalahan aku adalah aku membonceng dengan kawan yang ada lesen L dan aku tak pakai topi keledar...... Tadi kawan yang lain selamat tapi time aku dan dia terkantoi. Masa tu, pegawai keselamatan sedang meronda dekat kawasan yang kitorang lalu.....dan terkantoi.......kena saman dan denda RM 50 seorang.

Aku rasa sedih sebab kalau aku kuatkan prinsip diri aku dan tak terimsa ajakan dia. mungkin kitorang selamat. Dan aku sedih sebab aku tahu kesalahan tu tapi aku stay langgar juga. Tu lah ada orang kata dah nak kena, dan dan tu gak le kena. Lagi satu aku takut nak bagitahu dekat mak dan ayah, takut dorang marah dan tak kase aku bawa motor nanti. Selain itu aku takut nama aku jadi buruk dalam rekod universiti dah lah aku budk tahun satu.

Ya Allah , bantulah hambaMu yang naif ni, tenngkan hatiku, ampunilah kesilapanku dan kawanku dan lkimpahilah kami rezeki dan permudahkan segala urusan pembayaran denda tersebut dan kuatkan dan tabahkan hati aku untuk terima kesalahan ini dan memperbaikinya di masa akan datang......... Amin


so...................marilxh kita sama2 abik pengajaran dan jangan jadi cam saya.

Ahad, April 03, 2011

Makna lagu Cinta Sempurna bagi aku

Aku manusia lemah selalu terjatuh Berbeda aku dari mu Kau berdiri teguh Aku serba tiada aku kekurangan Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan Sempurnanya sifatmu tulusnya hatimu Jujurnya niatmu Tingginya kesabaranmu Lepaskanlah diriku Kerna aku tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna Darimuu Darimuu.....oahhh Bukan aku tak pernah mengerti dirimu Kusanjung setiap kata cinta kau berikan aku Hilangkan rasa itu akhirkan semua Dan bila kau sedar aku hilang dari kewujudan....ooo Sempurnanya sifatmu tulusnya hatimu Jujurnya niatmu Tingginya kesabaranmu Lepaskanlah diriku Kerna aku tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna Darimuu Darimuu.....oahhhh * apa yang aku rasa tentang lagu ni membawa maksud yang agak sedih dan ia macam ada kaitan dengan aku......kalau tak silap lagu ni ceritakan tentang cinta seseorang terhadap kekasihnya yang sempurna, popular, banyak kelebihan dan sebagainya dan si dia berasa rendah diri dan bimbang bila mereka dah suka sama suka dan perasaan itu semakin mendalam dirasakan olehnya dan dia minta dilepaskan supaya luka yang akan di alaminya tidak parah untuk di tanggung disebabkan dia yakin kekasihnya yang sempurna ini akan melupakannya bila ia semakin mengenali or mungkin dia akan jumpa yang lebih sekufu or sesuai dengannya. Lagu ini ada kaitan dengan aku sebab aku ingin mencintai dan dicintai tapi aku yakin ilmu dan pengetahuan aku tentang alam perkahwinan or percintaan sangat sedikit. Ia melibatkan 2 hati menjadi satu, rasa percaya, loyal, love, caring dan tanggungjawab. Aku sangat yakin yang aku tak mampu dan aku sangat lemah bila hati aku disakiti dan dikecewakan oleh orang yang tersayang. Aku berazam untuk lepaskan keinginan ni dan focus on my study , my parents, my siblings and family also friend and not forget to all my assignment and many more. Memang aku lemah dan sebagai orang perempuan perasaan ingin dikasihi tak kan lepas dalam kepalanya. So, aku kena kuat dan ingat matlamat dan juga ingat keluarga, mak dan ayah sebab dorang dah banyak berjasa ke atas kita anaknya dan kita wajib membalas segala pengorbanan, kesusahan, keperitan mereka untuk membesarkan kita..... Ya Allah, bagilah aku sempat untuk berbakti kepada kedua ibubapaku dan Ya Allah tetaplah hati kami dengan beriman kepadaMu dan berjaya melakasanakan segala amanah yang dipikul oleh kami.....Amin

Perlunya kita ubah sikap kita yang negatif

Salam.
Sudah lama aku tak update Nuraniku.
Aku ada banyak benda nak cakap kat sini tapi bila aku online aku dah lupa apa benda yang aku ingin sampaikan dalam blog ni.....kelakarkan

Baru-baru ni aku rasa down sangat time bithday aku. Sebenarnya aku tak tahu kenapa tapi time tu aku kecewa dengan diri aku yang sangat malas untuk study and also very lazy to make a perfect work/assignment. Tapi aku sukakan sesuatu yang sempurna tapi aku sangat malas untuk kasi yang terbaik dalam semua assignment yang aku buat. Masalah sekarang, majoriti kerja aku banyak berkerjasama dengan orang lain. Aku bimbang apa kata dorang sedangkan mereka kasi sumbangan dan kerja yang terbaik......dorang boleh buat kenapa aku tidak....(mak pun marah)

Oleh itu, aku wajib untuk ubah sikap aku yang malas ni dan selalu hentam je buat keje menjadi seorang yang rajin dan sangat teliti dalam semua kerja, perbuatan, urusan dan percakapan dan sebagainya. Selain itu aku mesti work hard to be a successful person in dunia dan ahkirat. So, aku juga mesti belajar untuk menunaikan segala kata2, azam dan harapan supaya menjadi kenyataan tak bole lagi jadi cam angan2 mak jenin.

Aku mesti yakin pada diri sendiri dan jangan manjakan sangat diri dan terlalu mengikut nafsu kelak ia akam memakan diri. Aku cakap betul bila kita selalu manja, nak senang je dan juga berada dalam comfort zone it will destroy ourselve in future and will make easy to fed up dan tak tahan cabaran dan sangat mudah untuk menangis dan menuju ke arah kegagalan. So, belajar lah jadi dewasa, independent, tabah, sabah dan lain untuk prepare ourselve to face the challengers life in this world...... Insya-Allah......

KITA AKAN BERJAYA BILA KITA MENCUBA DAN TIDAK MENANGGUH2KAN KERJA DAN UBAH DIRI SENDIRI SERTA BERDOA PADA YANG ESA UNTUK MENETAPAKAN HATI, IMAN DAN KEBERKATAN DARINYA.....AMIN