Alhamdulillah salah satu impian aku dah tercapai pada hari ini, Selasa bersamaan 08 Disember 2015. Heee....aku baru je daftar haji setelah allowance aku masuk untuk bulan November 2015.
Tapi sayangnya, in sha Allah aku akan menunaikan haji pada tahun 2092 dan pada masa itu umur aku 99 tahun. Tak tahu le sempat ke tidak, maybe akan buat rayuan bila duit dah cukup dan layak untuk menjadi tetamuNya. In sha Allah...Amiin.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan tahniah kepada bakal2 Haji/Hajah sesi 2016...termasuk mak dan ayah saya. Moga diberkati dan diterima semua ibadahnya serta dikurniakan kesihatan jasmani dan rohani dan mencapai ketenangan. Amiin.