Khamis, Februari 23, 2017

Ulasan dan Pendapat Aku : Drama Korea, Reply 1988

Assalam semua...

As we know, currently fenomena kpop dan drama korea sangat hangat sekarang ni. Tapi bagi aku, bersyukur sangat sebab dengan teknologi yang modern dan dunia tanpa sempadan boleh tengok cerita2 dari negara2 lain.

So far, aku minat giler drama korea ni sebab salah satu cara aku hilangkan stress dan penat lelah seharian bekerja. Dengan muka2 pelakon yang handsome, beautiful and sweet (even bedah) boleh buat hari aku indah.

Setakat ni, cerita yang paling best among the best dan menyentuh hati sampai aku tak boleh move on adalah cerita REPLY 1988 (ANSWER ME, 1988). Yang best ye cite ni lain sikit dari drama2 yang lain, sebab dia paparkan tentang zaman 1990-an yang time tu, kita rapat dengan jiran, tahu je semua perkembangan dorang, tak iri hati or dengki dan juga keharmoniaan kejiranan.....Sebab teringat time aku muda, selalu main dengan anak-anak jiran yang sebaya ngan aku. Sekarang ni, terus - terang aku tak kenal pun jiran sebelah rumah aku sape...hihi

Kedua, tema tentang persahabatan dan cinta serta impian. Most watak2 utama ni, time belajar biasa2 je, tapi bila dah besar berjaya capai apa yang dorang impikan. Benda ni pun aku alami, tanya parents nak jadi apa bila besar, belajar sungguh nak masuk U..... Selain tu, tentang cliche persahabatan antara lelaki dan perempuan yang membawa kepada cinta. Tapi apa yang aku dapat dari cite ni, bila kita nak benda tu or seseorang tu, kita usaha sampai dapat tak kira le fate, timing and hesitation bukan penghalang, yang penting usaha dan keinginan kita.

Ketiga, kasih sayang family.

So, tak rugi tau tengok cite ni. Even ada 20 episode.

Korang boleh tengok kat dalam Drama Cool, My Asian TV or You tube (tapi gambar tak lawa).

Selamat menonton. Abik yang baik, yang buruk jadikan pengajaran dan pembelajaran.