Jumaat, Ogos 28, 2020

Impian Untuk Tahun 2020 - Pqa yg comel

 Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Moga dalam rahmat Allah sentiasa.

Alhamdulillah, berkesempatan menjenguk dan mencatat perkembangan terbaru aku kat blog ni. Lama giler aku tinggal. Hahahaah

Sekarang dah masuk tahun 2020 dan umur aku pun nak masuk 30 series. Ikutkan hati tak yakin nak tempuh umur 30 an dengan macam-macam yang aku belum capai. Antaranya, lesen kereta. Sebenarnya setiap tahun aku aim nak dapat lesen kereta tetapi tak ambil-ambil adalah kot dalam 4 tahun. hahaha. Siap kawan aku kat Bangi cakap, cita-cita ko nak abik lesen sama ngan cita-cita dia nak kurus setiap tahun tapi tak capai-capai lagi...huhuhu. Moga tahun 2020, pencetus aku berjaya dapat lesen. Aamiin, tolong doakan saya ye.

Kedua, aku aim nak kahwin tahun ni atau tahun depan. Masih dalam proses pencarian dan kenal seseorang. Mula-mula aku taknak fikir dah pasal kawen sebab sampai sekarang tiada sape yang hulur salam pengenalan ngan aku. Pastu aku rasa sunyi dan teringin nak ada anak sendiri sebab main dengan anak buah tak sama dan selalu rindu ngan dorang. Pastu aku pun dah nak masuk 30 tahun, aku fikir kalau aku masih berlengah tidak cari kawan atau calon, peluang untuk aku mengandung semakin tipis. Tapi ramai orang sekeliling aku cakap jangan kawen sbb nak anak sahaja sebab ada yang dah kawen bertahun-tahun belum rezeki mendapat zuriat. Jangan jadi Tuhan untuk menentukan atau menanya benda-benda camni....camtula. Tapi aku memang bersungguh-sungguh tahun ni nak kenal ngan orang, atleast aku mencuba dan tidak duduk diam menunggu jodoh sampai pintu...huhu. So, start tahun ni aku aktifkan akaun Baitul Jannah aku, masuk kelas motivasi untuk baiki diri dan bina keyakinan diri dan paling penting baiki hubungan dengan Allah dan berharap sepenuhnya kepada Allah. Nanti aku akan cerita proses aku beranikan diri ngurat orang....hehehhhehee. teruja kan nak tahu..tapi doakan saya ye dipermudahkan dan diredhai semuanya. Aamiin.

Ketiga, kerja tetap. Alhamdulillah sekarang aku keje ngan kerajaan, orang ramai kata untung tapi ini semuanya rezeki sebab aku pun lagi setahun tempoh percubaan. Doakan aku ye. Sebenarnya aku pun tak sangka aku akan keje ngan kerajaan, sebab masa belajar aku aim nak dapat charted accountant atau kerja kat Tabung Haji tapi takde rezeki di sana lak. Sekarang aku banyak buat admin dari kewangan, agak susah juga untuk adapt tapi fikirkan rezeki jangan ditolak dan amanah serta tanggungjawab as pekerja dan lepas covid-19 lg banyak orang kena buang kerja, so jangan memilih dan bersyukur sentiasa dan jaga prestasi kerja baik-baik. Kita tak tahu akan datang, sye doakan untuk rakan-rakan yang masih mencari kerja berjaya mendapat kerja yang diidamkan. Ingat tau sentiasa bersyukur dan grab all opportunity depan mata kita, atleast itu semua pengalaman dan kita ada duit poket dan simpanan untuk kecemasan dan lain-lain. Sebab sekarang ekonomi mmg affected by covid-19, satu dunia sbb PKP dan perintah berkurung. Tapi dengarnya, sejak PKPP ekonomi sedang semakin pulih. Tapi sayangnya tak tahu la nape Israel serang Gaza, tak boleh ke aman dan berdamai je. Bukan bole masuk syurga pun lagi merosakkan dunia adalah. entahla...selamatkanlah saudara-saudara islamku di seluruh dunia. aamiin.

So, setakat sini jela ye. so far inilah aim/goals/impian aku yg paling besar dan ingin aku capai before 30 tahun. Doakan saya ye. Terima kasih semua. Moga mendapat manfaat walaupun ini adalah diari online saya. :)