Jumaat, September 03, 2010



salam

aku terjumpa satu gambar yang menarik untuk dikongsi bersama. Kita lihat gambar di atas, ia tentang 2 bangsa yang berbeza di negara yang berbeza.

Aku insaf apabila melihat gambar ni kerana ia banyak memberi pengajaran kepada aku tentang kehidupan di dunia yang fana ini.

Ia juga menunjukkan bertapa bertuahnya kita hidup di Malaysia, kerana kita semua cukup, makan, minum, tidur, baju, air yang bersih dan rumah tempat berlindung serta berteduh.

Even, gambar ni menunjukkan perbezaan antara negara barat dan Afrika, tetapi di Malaysia pun ada kaitannya.

Kalau tak silap aku gambar ni ada video ye...

Memang sungguh sengsara penduduk disana, bertapa susahnya dan bertapa tidak berzatnya tubuh mereka berbanding tubuh badan kita, adik-adik kita dan anak2 kita(aku belum ada lagi)

Saat yang paling menyadihkan aku, apabila seorang budak ni minum air kencing lembu( kalau tak silap yang pentingnya dari binatang ternakan).

Ya Allah, tolonglah kerana kelaparan serta keadaan tempat yang mengeringkan mereka sanggup minum benda najis untuk meneruskan kehidupan seperti mandi, minum dll.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... sungguh bertuahnya kami hidup di bumi Malaysia ni, kadang kami membazir makanan kami, kami membazir dari segakla segi: masa, duit, ilmu dan tenaga kami pada benda2 yang tidak berfaedah
Ya Allah, kami lalai, kami bongkak, kami tamak
Ya Allah, Yang maha pengampun, Yang maha penyayang, ampunkanlah dosa2 kami, terimalah taubat kami, jadilah kami seorang hamba yang bersyukur serta redha pada ketentuan Ilahi
Ya Allah, perluaskanlah rezeki kami dan masukkanlah kami dalam syurga firdausiMu....
amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan