Khamis, Oktober 28, 2010

baru2 ni ak n classmate ak pergi main bowling dekat seremban prade, negeri sembilan. Pada mulanya aku tak ingin nak joint dorang sebab aku sangat lemah bab sukan ni...lagipun aku lebih suka lepak n tidur after balik dari kuliah economy....Tapi oleh sebab ingin merapatkan ukhuwah antara classmate, ak memberanikan diri untuk pergi main bowling. Lagipun, time aku tamhidi dulu aku pernah main kat melaka tapi aku dapat markah paling rendah antara ahli rombongan yang main benda ni....Dari situ aku mula benci nak main bowling dahle sakit tangan baling bola dia dan berat pula tu...

Perjalanan kitorang bermula pukul 11, tapi geng aku tolak kul 1.38 ikut time in ktm batang benar.

Tepat pukul 3 semua orang dah ada kat sana and bermulale permainan ni....

Pada mulanya aku banyak dapat kosong n selalu masuk longkang. After aku dapat tunjuk ajar dari Nadhirah and Aini serta kawan2 lain yang memberi sokongan markah aku naik sikit and all my result for that day is better than last year....Tapi aku stay jadi orang yang dapat markah terendah tapi aku tak kisah malah aku rasa lebih semangat and rindu nak main lagi bowling tu.....
sebab aku dah tau teknik n cara yang betul untuk main benda tu....

MORAL:
..yakin diri
..berani mencuba
..keluar dari kepompong selamat
..banyakkan skill dalam diri
..sayang diri dulu sebelim menyayangi seseorang

Isnin, Oktober 11, 2010

Bahaya kad Kredit

Baru2 ni aku mengikuti satu seminar tentang pengurusan kewangan dan kredit dan juga tentang usahawan....

Aku paling terasa sangat dekat sesi ceramah yang kedua...wakil dari AKPK (sorry aku tak sure nama panjang ia....)

Aku rasa sedih dan insaf kerana beratnya tanggungjawab seorang ibu dan bapa yang perlu ditanggung untuk membesarkan anak2 mereka dan menyediakan semua kemudahan yang diperlukan untuk kesenangan kami nanti. Semuas benda perlukan wang. Takde wang takde dapat.

Lagi satu....., berbelanja secara kredit sangat mudah dan menyenangkan tapi impaknya bila nak bayar hutang itu....kalau kita tangguhkan lagi banyak yang kita perlu bayar sebab campur dengan kadar faedah yang dikenakan.

Penceramah itu menyarankan kalau nak guna kad juga, pakai je kad debit...sebab ia terus potong akaun kita terus.....tapi sebahagian orang kata...kad debit pun tak berapa bagus...,

Kesimpulan yang aku dapat adalah berbelanjale secara berhemah dan rancang perbelanjaan anda...huhu (pandai je aku ni...)

Even aku belum ada pendapatan tapi ceramah ini beri kesedaran kepada aku untuk kawal keinginan kita dan rancang perbelanjaan supaya hidup kita tak dibelenggu dengan hutang......

maklumat lebih lanjut sila layari.....www.akpk.org.com

bersederhana dalam berkawan

Isnin, Oktober 04, 2010

Baju Kurung Kuning

Ramai orang tegur baju yang aku pakai.
Ada yang kata cantik, terang sangat.....kena dengan tudung coklat yang aku pakai.

Baju ni ada sejarahnya......
Masa aku belajar sekolah menengah, aku suka dekat seorang abang senior ni...Dia seorang yang agak popular di kalangan budak perempuan dan juga cikgu2 kat situ.
Dia tinggi, badan tough, handsome dan ada karisma yang tersendiri dan macam nampak alim sikit.
Selalu juga aku curi2 pandang dia bila gi kelas, dewan makan, dekat perhimpunan pagi dan kelas malam.Aku perasan yang dia suka pakai baju melayu warna kuning time kelas malam.
Satu hari, mak aku ajak pergi Nilai 3 cari baju untuk raya dan kenduri kahwin.
Bila aku nampak kain ela warna kuning tu, aku paksa mak aku beli kain tu sebab aku nak samakan dengan lelaki yang aku minat itu.
Tapi mak aku tak tahu, lagipun aku takde baju warna kuning dalam koleksi baju kurung aku....sebenarnya aku bukan suka sangat dengan warna kuning ni, dah le terang dan macam tak sesuai pula dengan kulit aku yang agak gelap ni....
Tapi sebab nak samakan dengan baju melayu kuning dengan abang senior tu, aku boleh ubah benda yang aku tak suka menjadi suka sangat.

Itu berlaku beberapa tahun yang lalu, sekarang abang senior tu tak tahu menghilang ke mana....lagipun benda ni aku sorang je syok sendiri.
Biasalah aku ni, sape yang nak....
Benda ni teringat kembali bila aku pakai baju kuning ni....

So, pengajaran yang aku dapat....jangan le perasan diri, fikirkan mak bapa dulu, kalau tak kita yang merana di kemudian hari, kasih ke mana, pelajaran ke mana.....kita juga yang rugi....

Insya-Allah, benda ni aku akan kenang sampai bila2....semoga aku tidak akan kembali kepada kesalahan lalu...
AMIN!!!