Isnin, Oktober 11, 2010

Bahaya kad Kredit

Baru2 ni aku mengikuti satu seminar tentang pengurusan kewangan dan kredit dan juga tentang usahawan....

Aku paling terasa sangat dekat sesi ceramah yang kedua...wakil dari AKPK (sorry aku tak sure nama panjang ia....)

Aku rasa sedih dan insaf kerana beratnya tanggungjawab seorang ibu dan bapa yang perlu ditanggung untuk membesarkan anak2 mereka dan menyediakan semua kemudahan yang diperlukan untuk kesenangan kami nanti. Semuas benda perlukan wang. Takde wang takde dapat.

Lagi satu....., berbelanja secara kredit sangat mudah dan menyenangkan tapi impaknya bila nak bayar hutang itu....kalau kita tangguhkan lagi banyak yang kita perlu bayar sebab campur dengan kadar faedah yang dikenakan.

Penceramah itu menyarankan kalau nak guna kad juga, pakai je kad debit...sebab ia terus potong akaun kita terus.....tapi sebahagian orang kata...kad debit pun tak berapa bagus...,

Kesimpulan yang aku dapat adalah berbelanjale secara berhemah dan rancang perbelanjaan anda...huhu (pandai je aku ni...)

Even aku belum ada pendapatan tapi ceramah ini beri kesedaran kepada aku untuk kawal keinginan kita dan rancang perbelanjaan supaya hidup kita tak dibelenggu dengan hutang......

maklumat lebih lanjut sila layari.....www.akpk.org.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan