Tiada yang sempurna di dunia
Terjatuh panjatlah semula
Tetapi apa gunanya
Jika tiada akhirnya
Ucaplah seindah indahnya
Tapi kelak akan berubah
Nampak ke arah bahagia
Itu semua di dunia
Aku berhak tuk bermimpi
Mahu kau sertai sekali
(korus)
Mana oh mana perginya cinta
Masih kau ingatkah
Saat-saat indah
Mana oh mana perginya rasa
Tuk bermesra dan bicara
Katakanlah mimpiku kau dan aku
Ubah demi masa
Lama tak ku terbuka
Lelah lidah ku berkata
Apakah ini hakikatnya
Di pengakhiran cerita
Kita berhak tuk bermimpi
Mahu kau sertai sekali
Mana oh mana perginya cinta
Masih kau ingatkah
Saat-saat indah
Mana oh mana perginya rasa
Tuk bermesra dan bicara
Katakanlah mimpiku kau dan aku
ubah demi masa
Nyatakan mimpiku
Ubah demi masa.
Maksud lagu Mana oh mana by Aizat pada pandagan aku:-
Apa yang aku faham, lagu ni macam satu harapan seorang kekasih untuk kembali bersama mencipta bahagia yang dahulunya milik mereka berdua. Even pasangannya sudah berubah or mungkin ada kekasih yang lain....dia stay nak bersama juga, sebab dalam lirik ni, ada sebut 'kita berhak tuk bermimpi, mahu kau sertai sekali'; macam dia nak kekasih dia ingat balik saat-saat indah time bercinta dahulu dan lagu ni macam nak pujuk kekasih dia kembali di sisinya.
Bila orang dah tak suka kita, sikap dia akan berubah sedikit demi sedikit, kadang-kadang rasa macam orang asing padahal dahulu macam satu nyawa, tak boleh berpisah langsung. So, inilah salah satu sifat manusia yang berubah-ubah.
Boleh dikatakan juga, lagu ni juga membakwa maksud, tak semua akan berakhir dengan bahagia. Sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah, manusia ada permulaan (hidup) dan pengakhirannya (mati). Selain itu, benda-benda kat dunia ni tak kekal.....kerana kita semua akan mati dan dihimpunkan di padang Masyar.....sebelum ditentukan masuk ke syurga or neraka.
So, pesanan kat sini, bila kita dah jumpa pasangan yang kita betul-betul sayang, terus ajak kahwin. Tak payah tangguh buat maksiat dan dosa. Kalau tak jadi kahwin rugi je segala duit, masa, perasaan dan lain-lain. Sebab bila kita dah kahwin dengan dia, segala kekurangan dan kelebihan dia, kita kena terima dan cuba memahami dan bertolak-ansur antara satu sama lain untuk kekal bahagia....Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan