Ye aku sangat kecewa ngan aku. Memang semester ni aku sibuk tapi ia salah aku yang tak pandai nak atur kehidupan aku dan juga persediaan mental aku lemah. Bila cubaan yang remeh pun aku cepat naik angin. Aku tak suka perasaan macam ini aku nak setiap hari yang aku lalui dengan rasa gembira dan puas hati tapi sebaliknya terjadi....kenapa...kenapa...
Lagi satu aku geram kat diri aku sendiri kerana teragak2 menunggang motor. Pada mulanya aku ingat aku ni berfikiran positif tetapi aku asyik berfikir negatif, aku ingat nanti accident, tak tahu jalan, seram, tak yakin, takut, malas dan macam2 lagi alasan yang mengarut yang dibagi oleh aku untuk tidak bawa motor. Tu lah, bila motor tu dekat orang lain, aku nak sangat2, merengek kat ayah, mengadu kat kawan dan lain2. Tai bila dah dapat lain pulak.........apa nak jadilah aku ni. Bila aku semangat nak bawa, benda yang remeh pun aku boleh cepat mengalah. So, jalan penyelesaiannya ialah aku kena lawan diri aku sendiri......MESTI.
"KALAU AKU NAK BERJAYA AKU MESTI LAWAN DIRI AKU DULU BUKAN ORANG LAIN DAN TAK PAYAH PEDULIKAN MUSUH PADAHAL RIRI SENDIRI MENJADI MUSUH DALAM SELIMUT YANG BERMASTAUTIN DI BADAN SENDIRI."
Tapi kenapa aku tulis huruf besar ni......hish2 sambil geleng kepala.......so pokok pangkalnya aku kena buang fikiran yang bukan2, dan bangun awal dan siap awal untuk mengelak gabra. Selain itu bawa slow even kereta or motor lain potong atau hon sebab aku kan pegang lesen L so aku ada hak untuk buat camtu sebab aku sedang belajar.....hihi tu bunyi macam pentingkan diri je....tapi ada aku kisah....hahaha
Kemudian tugas sebagai penolong kelas, memang ada mulanya aku nak sangat jadi penolong/ketua/orang berjawatan sebab aku fikir aku akan jadi popular dan ramai orang kenal kat aku dan aku juga dipercayai orang serta diri aku menjadi menyerlah dengan bakat yang aku miliki......Tetapi baru2 ni aku sedar yang aku ni lebih sesuai dipimpin dari memimpin sebab aku takde bakat, memang masa dorang pilih aku jadi penolong tu aku suka tapi bila fikir balik dan aku rasa aku tak boleh dan memang terbukti bila baru nak masuk 2 minggu aku dah nak mengibar bendera putih dan nak letak jawatan. Tai memikirkan inilah satu2 ye peluang aku untuk membuktikan tanggapan aku salah hanya sekali seumur hidup aku dan menimbangkan kata2 pendorong dari sahabat2 aku......aku mesti yakin diri dan cuba yang sedaya mungkin dan yang terbaik. Dan aku juga mesti pegang kuat kepercayaan kawan2 aku dan ketua aku dalam menjalankan tugas.
Tapi entahlah pagi dan petang tadi aku cepat marah mungkin aku stress. Sebenarnya aku kecewa dan sedih dengan diri aku, kawan2 aku tanya hak dorang aku jadi pening memikirkan dan mencari jawapan kepada soalan tersebut. Apa yang aku lihat diri aku ni, punca utama aku rasa camni sebab aku tak tabah, masalah yang kecil pun aku melatah ngan kuat macam itu masalah paling besar. Lagi satu mungkin aku tak buat kerja sebab tu aku blurr bila dorang tanya. Dan lagi satu aku kena bersedia dan selalu fokus my mind......time kuliah dan tutor......Insya-Allah aku boleh.....Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan