Isnin, Mei 27, 2013

Tentang Rasa Olahan Hati


Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Lagu ini kena dengan situasi aku....cinta yang ku tunggu akhirnya muncul jua secara tiba-tiba. Aku tak sedar...oooo itu cinta....

Tetapi aku masih belajar dan belum ada kerjaya. Aku juga belum puas bermanja dengan keluarga aku serta aku belum mula membalas jasa mereka membesarkan ku.

Walaupun dorang tidak meminta tetapi tugas sebagai anak perlu dilunaskan. Bukan apa, jika kita buat baik dengan ibu bapa kita, kita juga akan rasa bahagia nanti.

Sekarang aku rasa dilema. Aku cinta dia tapi aku cinta sayang keluarga aku.

Jadi jalan yang aku pilih adalah berdoa dan berharap si dia akan menanti sampai akhir dan memetik ku dari taman keluarga aku dengan penuh adat dan syariah serta penghormatan.

Buat si dia....

"saya akan jaga hati saya untuk awak selamanya tetapi biarlah cinta ku kepada Nya dan rasul Nya terpu[uk kukuh dalam sanubari ku. Biarlah aku berbakti kepada keluarga"


Isnin, Mei 20, 2013

Pesanan kepada bakal pengatin.......(Mood Jiwang)


Assalam….

Bila semua orang semangat buat assignment malam ni tapi aku pula semangat nak berjiwang…huhu
Alahamdulillah aku dah ada sijil pra kahwin so dah boleh kahwin hihi >.<

For me, kursus yang hanya 2 hari even banyak slot2 yang penting dalam perkahwinan ia tak cukup untuk bekalan kepada bakal mempelai kerana dunia perkahwinan penuh dengan ranjau dan duri serta warna2 pelangi dan duka.

Dari kursus tu aku faham untuk berjaya atau bertahan dalam dunia perkahwinan kita; maksudnya dua2 pihak kena faham tanggungjawab masing2 dan laksanakannya sesempurna dan seikhlas mungkin tetapi kekuatan akidah serta keimanan kita perlu kukuh seperti akar.

Sebab slot pertama dalam kursus kahwin tu menekankan akidah kita diikuti ibadah, akhlak, makna perkahwinan, tanggungjawab masing2, kesihatan dan terakhir sekali tentang pembubaran perkahwinan. Aku tak boleh cerita lebih2 nti korang semangat pula nak kahwin...so cadangan aku pergi kursus dulu k..hihi 

Yang penting, hah...ni Dr. Jiwang nak bagi cadangan k sebelum nak melangsungkan perkahwinan....(tak kisah le nak ambik or not ni just my view and in sha Allah my plan....hihi n aku sje2 mengiktiraf aku Dr. Jiwang, maaflah takde sijil yg boleh tunjuk hihi, ok stop korang mesti nak tahu k)

  • Kursus Pra Kahwin
Wajib di Malaysia supaya korang boleh dibenarkan akad nikah....bagi yang takde calon tapi nak join pergi je jangan malu2 le...hihi macam aku even belum ada official calon tapi aku gatal pergi juga. At first, rasa malu gak tapi kuatkan hati dan tetapkan niat kita nak ilmu serta pengetahuan di peringkat awal supaya kita bersedia dari segi rohani dan jasmani....

  • Pilih Pasangan
Ni paling penting le sebab dalam rukun nikah mesti ada pengantin lelaki dan perempuan. wali, akad dan dua orang saksi. So kalaw korang berkahwin same jantina dah comfirm2 tak sah ye....so jauhkan k n check betul2 dia lelaki or perempuan k.... Selain itu, dalam Islam, terdapat dalam al-quran dan hadith untuk pilih calon2 suami/isteri. Yang utama adalah yang beriman, yang mampu membimbing kita dan keluarga ..In sha Allah bahagia hingga ke syurga. Amiin n.n


  • Kewangan
Oooo lupa pulak masa kursus pun ada slot tentang pengurusan kewangan. Bagi aku ini amat penting juga, so kita kena ada kerjaya dan kewangan yang kukuh sebelum dan selepas akad nikah. Sebelum untuk kumpul bayar duit hantaran dan selepas untuk urusan dan belanja harian. 

Bagi aku, aku memang tengok bakal aku mesti mempunyai kewangan dan perancangan yang kukuh...Betul..ada orang kata duit tak boleh membawa kebahagian tetapi itu belum kahwin hati tengah penuh dengan bunga2 indah dan berasa diawang-awangan dan belum dapat. Sebab punca salah satu penceraian adalah DUIT. Bagi aku maksud bahagia adalah bila hati kita senang tanpa ada sekelumit rasa gundah dan resah....so, tapi ingatlah berkat dari Allah itu lah yang buat kita rasa cukup even gaji ciput je dan ada orang kata kahwin dan anak adalah pembawa rezeki.

  • Rohani 
Kita perlu kuatkan cinta kepada Allah dan Rasul melebihi segala-galanya di dunia ini. Kerana cintaNya abadi dan kita tak akan dikecewakan.

So, aku pun sedang memperbaiki dan memperbanyakkan amalan aku supaya aku menggapai cintaNya dan baru aku rasa yakin dan faham cinta kepada manusia...doakan kita berjaya ye n awak semua juga k :)

cam menarik dibaca

  • Bacaan Tambahan
Kalau pergi kursus semata2 tak cukup so, banyaklah membaca buku tentang perkahwinan, also baca tentang mendidik anak pun penting juga supaya kita bersedia dan menjadi ibubapa yang terbaik. Sebab, sekarang ni ramai yang nak kahwin tapi bila dapat anak terabai, terbiar, marah2, ada lagi sifat penting diri dan lain2. 

Aku cadangkan baca buku Hilal...sebelum aku bernikah


So harap dapat membantu bakal mempelai k...Selamat pengantin baru jom kita bercinta sampai ke syurga..in sha Allah..... >.<