Assalam….
Bila semua
orang semangat buat assignment malam ni tapi aku pula semangat nak berjiwang…huhu
Alahamdulillah
aku dah ada sijil pra kahwin so dah boleh kahwin hihi >.<
For me, kursus yang hanya 2 hari even banyak slot2
yang penting dalam perkahwinan ia tak cukup untuk bekalan kepada bakal mempelai
kerana dunia perkahwinan penuh dengan ranjau dan duri serta warna2 pelangi dan duka.
Dari kursus tu aku faham untuk berjaya atau bertahan dalam dunia perkahwinan kita; maksudnya dua2 pihak kena faham tanggungjawab masing2 dan laksanakannya sesempurna dan seikhlas mungkin tetapi kekuatan akidah serta keimanan kita perlu kukuh seperti akar.
Sebab slot pertama dalam kursus kahwin tu menekankan akidah kita diikuti ibadah, akhlak, makna perkahwinan, tanggungjawab masing2, kesihatan dan terakhir sekali tentang pembubaran perkahwinan. Aku tak boleh cerita lebih2 nti korang semangat pula nak kahwin...so cadangan aku pergi kursus dulu k..hihi
Yang penting, hah...ni Dr. Jiwang nak bagi cadangan k sebelum nak melangsungkan perkahwinan....(tak kisah le nak ambik or not ni just my view and in sha Allah my plan....hihi n aku sje2 mengiktiraf aku Dr. Jiwang, maaflah takde sijil yg boleh tunjuk hihi, ok stop korang mesti nak tahu k)
- Kursus Pra Kahwin
Wajib di Malaysia supaya korang boleh dibenarkan akad nikah....bagi yang takde calon tapi nak join pergi je jangan malu2 le...hihi macam aku even belum ada official calon tapi aku gatal pergi juga. At first, rasa malu gak tapi kuatkan hati dan tetapkan niat kita nak ilmu serta pengetahuan di peringkat awal supaya kita bersedia dari segi rohani dan jasmani....
- Pilih Pasangan
Ni paling penting le sebab dalam rukun nikah mesti ada pengantin lelaki dan perempuan. wali, akad dan dua orang saksi. So kalaw korang berkahwin same jantina dah comfirm2 tak sah ye....so jauhkan k n check betul2 dia lelaki or perempuan k.... Selain itu, dalam Islam, terdapat dalam al-quran dan hadith untuk pilih calon2 suami/isteri. Yang utama adalah yang beriman, yang mampu membimbing kita dan keluarga ..In sha Allah bahagia hingga ke syurga. Amiin n.n
- Kewangan
Oooo lupa pulak masa kursus pun ada slot tentang pengurusan kewangan. Bagi aku ini amat penting juga, so kita kena ada kerjaya dan kewangan yang kukuh sebelum dan selepas akad nikah. Sebelum untuk kumpul bayar duit hantaran dan selepas untuk urusan dan belanja harian.
Bagi aku, aku memang tengok bakal aku mesti mempunyai kewangan dan perancangan yang kukuh...Betul..ada orang kata duit tak boleh membawa kebahagian tetapi itu belum kahwin hati tengah penuh dengan bunga2 indah dan berasa diawang-awangan dan belum dapat. Sebab punca salah satu penceraian adalah DUIT. Bagi aku maksud bahagia adalah bila hati kita senang tanpa ada sekelumit rasa gundah dan resah....so, tapi ingatlah berkat dari Allah itu lah yang buat kita rasa cukup even gaji ciput je dan ada orang kata kahwin dan anak adalah pembawa rezeki.
- Rohani
Kita perlu kuatkan cinta kepada Allah dan Rasul melebihi segala-galanya di dunia ini. Kerana cintaNya abadi dan kita tak akan dikecewakan.
So, aku pun sedang memperbaiki dan memperbanyakkan amalan aku supaya aku menggapai cintaNya dan baru aku rasa yakin dan faham cinta kepada manusia...doakan kita berjaya ye n awak semua juga k :)
cam menarik dibaca
- Bacaan Tambahan
Kalau pergi kursus semata2 tak cukup so, banyaklah membaca buku tentang perkahwinan, also baca tentang mendidik anak pun penting juga supaya kita bersedia dan menjadi ibubapa yang terbaik. Sebab, sekarang ni ramai yang nak kahwin tapi bila dapat anak terabai, terbiar, marah2, ada lagi sifat penting diri dan lain2.
Aku cadangkan baca buku Hilal...sebelum aku bernikah
So harap dapat membantu bakal mempelai k...Selamat pengantin baru jom kita bercinta sampai ke syurga..in sha Allah..... >.<
Tiada ulasan:
Catat Ulasan