Ahad, September 13, 2020

Kelas GMR - Counting the blessings vs trauma/sad event

Alhamdulillah, aku nak share 1 kelas secara maya yang aku join untuk overcome trauma aku. Pada mulanya aku ingat aku tiada trauma, rupanya pengalaman itulah yg masih buat aku tak move on lagi. 

Now, baru aku faham kenapa Couch selalu pesan kat kitorang dan task harian tu buat counting the blessings always. Rupanya dari kita bersyukur apa yg kita ada akan buat kita redha dan berlapang dada untuk melepaskan kenangan yang pahit dan pedih. 

Sebenarnya dengan lebih banyak kita besyukur dan berterima kasih kepada Allah atas segalanya seperti pengalaman, rezeki, takdir, jodoh, pertemuan dan lain-lain yang terjadi dalam hidup kita lagi cepat kita untuk move on, baiki kehidupan kita, grab new opportunity, capai gembira dan bahagia.

Jujurnya, aku masih teringat kisah lama dan rasa ralat tapi, kena sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah gantikan takdir, peluang dan rezeki kepada aku. 

Aku harap sedikit perkongsian ini dapat membantu kawan-kawan di sana. Dan maaf jika ada tersalah dan silap. Ini hanyalah pandangan aku selepas masuk kelas GMR ini by Kak Kamalia Kamal



#Bekerja di Audit Firm selepas graduate dari USIM.

Alhamdulillah, pada tahun 2014 aku dapat tawaran bekerja sebagai Account Assistant kat tempat yang aku praktikal 6 bulan. Tanpa fikir panjang, aku terima tawaran tersebut sebab gaji pun cantik dalam RM2,000.00, tempat kerja dekat dengan rumah, aku dah kenal dengan staf yang ajar aku masa praktikal dan aku malas nak fikir cari kerja lain sebab memang aku minat dan suka bekerja kat sini.

Walau bagaimanapun, lumrah hidup diuji dengan hal kerja. Dan aku kena agak teruklah sampai aku trauma dan hilang keyakinan diri dan aku rasa aku bodoh dan tak berguna untuk syarikat. Yang paling sedih, Boss pernah marah aku depan budak-budak praktikal yang lain dan staf senior yang lain sebab aku lembap dan lambat buat kerja. Waktu ini aku pun dah start ponteng kerja dan rasa tak semangat nak masuk pejabat. Dan waktu ini juga aku rasa aku keseorangan dan aku tak percaya nak bercerita dengan senior staf. Dorang memihak kepada Boss dan aku memang rasa lonely. Kitorang borak dan makan tengahari bersama tapi aku berpura-pura baik je depan dorang tapi dalam hati menangis.

Aku cuba bertahan sampai setahun dari Ogos 2014 hingga September 2015 sebab aku nak cantikkan resume aku bila mohon kerja yang lain. (Maaf, emosi giler dan tak boleh cerita semua, tak sangka aku ingat aku okay). Saya sambung semula cerita ini, sebab kisah yang tak boleh dilupakan.

Waktu ini, aku memang rasa down giler, aku malas pergi kerja, suka ponteng, prestasi menurun, gaji kena potong, pernah kawan-kawan tak ajak makan sesama. Boss suka cerita aku kat staf lain. Kiranya, aku memberontak cara camtulah.

Sebenarnya, aku pun tak tahu kenapa Boss buat aku camni. Tapi bila aku renungkan kembali, aku rasa dia buat camtu sebab dia nak buang pekerja tanpa syarikat yang keluarkan surat berhenti kepada pekerja. Sebab kalau dia buat camtu syarikat kena bayar lagi tinggi.

Yang buat aku geram, masa aku kerja sebagai pengganti kakak yg jadi head of account masa aku praktikal dia kena pindah bahagian Audit Department dan aku kena jadi dan jaga Account Department, Boss ada ambil seorang pekerja perempuan sebangsa dengan dia. Dari sini yang aku tengok Boss aku tak adil dan racist. Sebab aku keje banyak di luar, staf cina tu yang jaga account department dan jaga/memantau semua kerja budak praktikal. Awal-awal Boss aku pecahkan kerja la. Bila aku masuk ofis setelah selesai kerja akaun kat luar, tiba-tiba boss tanya aku pasal laporan kerja budak praktikal. Time tu memang aku gelabah la sebab tu bukan job scope aku. Dan yang kena marah adalah aku tapi staf sebangsa dia tak kena langsung padahal itu kerja dia. Waktu ini aku blur, terkedu dan tiada point untuk aku backup diri aku.

Time kena ni, memang aku rasa keseorangan la, mental aku memang rosak. Dan yang tak boleh aku terima, masa Boss datang bahagian kitorang, Boss suruh aku jadi cleaner, bersihkan perabot dan susun fail. Dan yang paling sedih, dia kata aku tak buat kerja dia suruh aku duduk dengan tempat budak praktikal dan hanya buat key in data ke dalam accounting system. Aku ingat lagi, siap dia halau aku pergi keje kat luar buat akaun tapi mujurlah tiada client yang perlu buat kerja akaun di luar. Waktu tu memang terasa dan rasa sedih tapi aku tahan jangan nangis depan boss dan semua yang ada kat situ.

Time ni yang buat aku bertahan adalah, nasihat mak dan kata-kata semangat dari budak praktikal. Senior memang ada tegur, cara aku kerja dan bagi nasihat untuk aku baiki prestasi aku bekerja. Tapi bila aku start untuk baiki, tak sampai seminggu, Boss macam tak bagi aku peluang, dan aku pula mula putus asa.

Waktu ini juga bila aku audit diri, yang pertama, aku memang tak jaga solat. Waktu subuh dan isyak tinggal sebab bangun lambat dan tidur awal. Rezeki aku pun rasa tak berkat, gaji banyak tapi aku rasa tak cukup padahal aku duduk dengan keluarga. Hutang PTPTN pun aku tak boleh bayar bulan-bulan. So, boleh dikatakan dalaman aku pun lemah dan dapat pula ujian pressure dari boss dan kerja, waktu ni memang aku rasa lost dan masih tidak sedar diri untuk berubah dan untuk baiki diri aku.

So, aku tekad bulan Ogos 2015 aku hantar notis perletakan jawatan sebulan dengan alasan aku nak sambung Master, padahal tak pun, hahha. Tapi alhamdulillah bila Boss dan senior tanya, aku boleh cerita kebetulan, ada kawan juga sambung master, so dia share lah tentang tu dan sebaik boss tak minta offer letter untuk sambung belajar. Sebaik, alhamdulillah, ye lah dia kan tak sabar nak suruh aku blah dari syarikat dia.

Dan 30 September 2015 adalah hari kebebasan aku tetapi time aku minta berhenti aku memang takde backup plan atau cari kerja lain. Memang gamble hantar surat resigned sebab dah tak tahan dan prestasi semakin menurun dan diri aku pun tak bermotivasi untuk teruskan hidup.

So, start bulan Oktober tu, aku just duduk rumah dan layan drama korea, aku ingat lagi cerita It’s Okay it’s Love dan makan dan tidur. Sampailah mak aku tegur dan marah dia suruh aku cari kerja.

Kebetulan aku tengok FB dan aku tertarik dengan kawan university dulu dia berkerja assist jemaah haji tahun tu. So, aku tanya dia camne nak apply dan dia bagi borang SL1M Tabung Haji dan aku isi dan hantar, alhamdulillah aku berjaya interview dan dapatlah kerja.

Dan aku syukur giler, aku dapat tawaran kerja sebagai pelatih SL1M kat Tabung Haji bermula 1 November 2015. So aku dah selamat dan buang title as penganggur di rumah dan mak aku pun happy dan teruja aku kerja di TH. Alhamdulillah.

Kesimpulannya, ikutkan aku memang masih sakit hati dengan ex boss tapi rupanya Allah nak bagi sesuatu yang lebih indah dan tenang. Yang penting sentiasa jaga hubungan dengan Allah dan buat semua kerja atau sesuatu perkara tanpa mengharapkan recognition dari manusia. Yang penting ikhlas dan dapat gaji berkat. So, saya maafkan Boss dan terima kasih atas semuanya ilmu dan pengalaman bekerja dengan boss, memang best dan some of knowledge dan skills saya apply dekat kerja sekarang. Alhamdulillah, moga boss sentiasa sihat, happy dan kaya serta berjaya.

(Ya Allah, rasa tenang...allahu...terima kasih Allah, bila tulis semua ni dan tengok balik rezeki dan nikmat yang kita dapat, rasa tenang dan best dan bersyukur dengan pengalaman yang kita rasa. Sha, aku bangga dengan kau sebab berani dan sungguh-sungguh masuk GMR ni, I Love You)

Alhamdulillah, Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, syukur atas kurniaan dan rahmat yang kau berikan kepadaku untuk kembali semula kepadaMu. Ya Allah, ampunkan dosaku dan terima kasih Allah, kerana kau menutup aib aku dan sentiasa memberi peluang untuk aku bertaubat dan kembali mengejar cintaMu. Alhamdulillah, syukur atas semuanya. Aamiin. Ya Allah, yang Maha Kuat dan Maha Menguasai, kurniakanlah aku kekuatan untuk memaafkan orang yang menyakitkan aku dan kurniakanlah kekuatan kepada aku untuk meminta maaf kepada orang yang aku sakiti dan lembutkan hati mereka untuk memaafkan aku. Aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan