Assalamualaikum wbt.
Hai semua, moga dikurniakan kesihatan dan bahagia selalu dan dipermudahkan semua urusan.
Aamiin.
Kali ni aku nak share pendapat aku tentang drama ini. Drama ini hot masa awal PKP bulan 3 kalau tak silap. Dan aku baru habis tengok cerita ini bulan 9 dan tergerak nak share sesuatu sebagai panduan aku bila (minta dijauhkan) dicurangi oleh pasangan. Tapi, minta dijauhkan, walau gaduh dan peritnya ujian kami, suami isteri sentiasa bersama dan bertoleransi untuk memahami dan menyelesaikan masalah tersebut. In sya Allah, aamiin. Btw, aku tak kawen lagi...hahahha...in sya Allah ada rezeki kita kawen ye. aamiin.
So...ini hanyalah pendapat aku je.
1. Curang ada tanda – curang itu adalah pilihan
Ada
lebihan masa, duit dan tenaga. Sbb watak utama yg bagi nafkah dan belanja semua
atau hampir besar belanja-belanja rumah sbb gaji dan jawatan yang lebih tinggi
dari si suami. Tenaga pula all kerja rumah isteri buat sendiri sbb dia
pentingkan kesempurnaan dan kebersihan. Masa pula, kadang isteri sibuk dan
balik lambat dari keje dan kadang hari minggu kena keje, suami rasa sunyi dan
bosan maka dia mencari orang luar untuk hiburkan hati. Tp dlm cerita ini,
layanan batin sgt cukup walaupun suami makan luar. So, kena tengok juga pattern
suami...klw dia asyik tengok phone kena start siasat. Minta dijauhkan. Dlm
cerita ni, suami dia ada 2 handphone.
2. Kesan penceraian pada anak2 dan keluarga
Rasa
rendah diri, senang jadi mangsa buli, pemarah, suka buat hal sendiri, pendiam,
mula start memberontak seperti mencuri, gaduh dgn rakan, ponteng kelas dll.
Anak-anak
kalau boleh dia nak mak n ayah dia bersama semula dan dorang rasa dorang dah
dewasa, so jgn ada rahsia dengan mereka. Bagitahu semua benda dan rancangan
kepada mereka.
Dan mereka turn untuk selalu salahkan diri. Sebab anak jadi rebutan mak dan ayah. Emosi anak memang terganggu.
Tapi
yang bagus ye jika dorang faham dan menerima situasi ini, dorang cepat matang
malah menjadi support terkuat mak atau ayah dia.
3.
cinta pertama / perkahwinan pertama
Watak
suami yg curang bila dah kawen kali kedua dia masih ingat kepada isteri
pertama. Time ni taste baju tidur, cara layanan sbb dia suka isteri yg provided
semua benda termasuk duit dll. Ex suami dia obsesi dengan janda dia.
Ada episode nak akhir-akhir, dorang terlanjur balik. Dan isteri dia sekarang tahu benda tu. Waktu ini isteri itu tengah memikir sama ada untuk stay atau minta cerai. Waktu ini isteri baru lelaki ni memikir, dia cintakan aku atau isteri pertama tu.
Pastu watak utama tu, berjumpa dan bagitahu yg lelaki ini tak lupakan dia lagi, dia bagitahu style rambut, taste minyak wangi, baju kawen dan lain-lain sama macam perkahwinan pertama.
Pastu isteri baru dia memutuskan untuk bercerai dan cut credit card, business tak laku kena buang kerja, kena halau dari rumah dan tak dibenarkan jumpa anak dia lagi.
Sedih memang sedih, tapi pengajaran dalam cerita ini, as suami ko yg kena kuat, ada keje, ada income dan aset. Dan jangan harapkan dan tumpang kesenangan isteri dan keluarga yang kaya. Orang kata ukur baju di badan sendiri. gitewww.
So, apa yang aku faham, sorang perempuan tu boleh stay dlm perhubungan itu jika dia pasti partner dia cinta dan sayang dia maka dia bagi peluang kedua. So, bila dah tiada perasaan apa2, maka terjadilah penceraian. Tapi perkahwinan dan penceraian bukan benda main-main. So, ingat tau semua. Cuba jaga hubungan dan lakukan amanah yang dipertanggungjawabkan.
4. As Isteri kena cerdik
Dalam ini watak utama dia rancang banyak benda la. Pastukan cara nak tuntut cerai kat mahkamah susah juga lah, kalau kita cakap partner kita curang kena ada bukti, maybe gambar, video dll. Dalam cerita ini lah n tak sure dkt negara kita camni juga cara ye.
So, watak utama kawal emosi dia, walaupun sakit hati dan sedih kecewa dengan bukti curang suami dia, dia masih layan macam biasa. Dan lelaki itu memang tak bersalah bila dah curang. Sedih.
So, bila jadi isteri kena cerdik, alert dengan perubahan suami dan orang sekitar.
5. Bergantung hanya pada diri sendiri.
Drama ni, suami isteri itu mempunyai kawan yang sama. Dalam awal2 episode kawan baik malah jiran dia pun tahu suami dia curang dah masuk 2 tahun tapi dia senyap tak bagitahu sebab hormatkan permintaan si suami tu.
Waktu ini, watak utama tahu tentang kebenaran ini dia memang jatuh berkali-kali lah. Dia tak tahu kepada siapa untuk dia cerita dan luahkan perasaan.
Dia rasa keseorangan malah dikhianati kawan baik.
Tapi yang bagusnya selepas penceraian dia, dia layan je macam biasa kawan-kawan perempuan yang khianati dia. Tapi memang kena elakkan berkawan baik dengan orang yang bermuka 2. Bahaya. Kawan seadanya.
Sebenarnya banyak juga pengajaran drama ini, tapi aku share 5 point ni je la.
Moga kita semua dikurniakan keluarga yang sakinah, mawadah dan rahmat.
Aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan