Rabu, Februari 10, 2021

Tips Menarik Bagi Pasangan Yang Dah Berkahwin

 *SUAMI ISTERI WAJIB BACA.ADA PENGAJARAN UNTUK KITA*

Kisah ini agak panjang tetapi berbaloi bagi sesiapa yang meluangkan masa membacanya....
MENYELAMATKAN PERKAHWINAN DENGAN UBAH DIRI
Satu hari saya bersembang bersama dengan anak perempuan saya. Dia beritahu saya, "Ayah nak tahu tak, masa kecil-kecil dulu, satu perkara yang paling saya takut sekali, ialah bila ayah dengan ibu sering bergaduh dan hampir-hampir nak bercerai. Tapi saya syukur sangat ia tak terjadi sampai hari ini". Kata anak perempuan saya..
Saya hanya tersenyum saja.. teringat kisah lama.
Bila saya imbau kembali pengalaman tersebut, saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anak perempuan saya peristiwa ini, semoga ia boleh dijadikan pengajaran pada mereka nanti.
Dahulu ayah berkahwin dengan ibu engkau atas dasar suka sama suka,
tetapi ayah sendiri tak berapa pasti apa yang ayah suka pada ibu engkau,
tapi apa yang ayah tahu, makin lama masa berlalu, makin banyak perkara yang tak bersesuaian antara kami.
Kadang-kadang nak buat keputusan nak makan kat mana pun boleh jadi gaduh.
Makin lama, perbezaan semakin ketara.
Salah sikit, ibu engkau merajuk berhari-hari.
Salah sikit, ayah sendiri naik angin,
kadang-kadang sampai baling barang kesana kemari.
Ayah tahu, anak-anak semua jadi takut pada ayah, tapi ayah rasa ibu engkau selalu buat perkara yang ayah tak suka.
Pergaduhan kami jadi semakin kerap, ia berlarutan bertahun-tahun.
Masing-masing tak boleh salah sikit, dua-dua nak melenting, tidur pun kadang-kadang asing-asing.
Kami rasa perkahwinan ini sudah semakin mustahil untuk diselamatkan, penyelesaian yang mampu difikirkan hanyalah PENCERAIAN sahaja.
Cuma apabila fikir pasal anak-anak, ayah jadi sebak dan sering kali cuba buang pemikiran tersebut.
Satu hari ayah kerja outstation, cuba telefon ibu engkau nak bertanya khabar,
ayah tak tahu macamana ianya berakhir dengan pertengkaran.
Ibu engkau terus hempas telefon.
Waktu itu ayah benar-benar frust, give up, rasa keseorangan, marah,
ayah jerit sorang-sorang dalam kereta dan waktu itu ayah rasa ia betul-betul dah sampai limit.
Sudah habis tahap kesabaran yang ada dalam diri ini.
Malam tu ayah tidur disebuah hotel budget. Malam tu cuba nak tidur, tapi mata tak boleh lelap.
Sakit hati dekat ibu engkau dah sampai tahap maksima.
Jam dah tunjuk pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap.
Nak call ibu engkau semula seperti mana yang ayah buat selalu,
sebab ayah selalu mengalah akhirnya, rasanya kali ini tidak lagi lah.
Kali ini ayah nekad, apa nak jadi, jadilah. Ayah dah tak sanggup hidup bersama ibu engkau lagi.
Kepala batu, kuat merajuk, sombong, tak pernah nak jaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka melawan, tak jaga makan minum ayah dan tak mahu-mahu berubah jadi isteri yang baik.
Dalam keadaan yang tak keruan itu, ayah tak sedar bila masa ayah bangun dan ayah ambil sejadah dan ayah solat ditengah-tengah malam.
Ini jalan terakhir, ayah berdoa dan mengadu pada ALLAH.
Itulah malam yang ayah tak boleh lupa hingga hari ini.
Ayah mengadu yang kahwin dengan ibu engkau adalah satu kesilapan dan ayah dah tak mahu terusnya lagi.
Memang ayah benci dan menderita dengan perkataan cerai, apa lagi bila terbayang muka anak-anak, tetapi meneruskan hidup dengan ibu engkau juga satu penderitaan.
Tetapi semakin lama ayah berdoa dan mengadu kepada Tuhan,
tiba-tiba ayah mula konfius, ayah rasa ayah orang baik, ayah selalu betul dan ibu engkau bukanlah orang jahat, dia tak pernah menduakan ayah,
dalam hidup dia bukan ada orang lain pun, hanya ayah sahaja, tapi kenapa perkahwinan kami tidak bahagia, kenapa banyak sangat perbezaan pendapat, kenapa dia tak mahu berubah ikut cakap ayah?
Akhirnya, suatu keajaiban berlaku.
Dalam keadaan air mata masih berlinangan di pipi ayah, dalam keadaan yang sangat putus asa dengan ibu engkau,
tiba-tiba ayah seperti terasa sesuatu memaksa masuk dalam fikiran ayah.
Seperti ayah mendapat kekuatan bercakap dengan diri ayah sendiri.
"Ayah tak boleh nak ubah ibu engkau, ayah hanya boleh ubah diri ayah sendiri. Ayah pun berdoa, ya Allah, jika memang benar aku tidak boleh mengubah isteri ku ini, tolonglah ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah."
Esoknya, ayah naik kereta dan mulakan perjalanan balik kerumah kerana kerja outstation ayah sudah habis.
Sesampai dirumah, anak-anak riang gembira sambut ayah balik,
tapi ibu engkau bergegas pergi ke dapur, buat kerja dia, dan langsung tak salam dengan ayah, langsung tak bercakap dengan ayah pada hari itu.
Malam tu, ayah tidur, tapi ibu engkau bagi belakang aje kat ayah.
Bila ayah dah rasa ibu engkau benar-benar tidur, ayah selimutkan dia, dan ayah perasan tiba-tiba dia terjaga dan buang selimut tersebut.
Kali ini ayah tersenyum saje, tak seperti selalu.
Esok pagi, ayah datang dekat-dekat ibu engkau, ayah bagi salam, dan ayah tanya dia
"Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
Ibu engkau lihat ayah dengan marah dan merajuk, "Cakap apa ni?"
Ayah ulang lagi "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
"Awak memang tak boleh, dah bertahun awak. Pasal apa awak tanya ni?"
"Saya benar-benar ingin berubah kali ini, saya benar-benar ingin tahu apa yang saya boleh buat supaya awak bahagia."
Ibu engkau menjeling sinis, "Ha, kalau awak betul-betul nak buat, tu, pergi lah cuci baju, basuh pinggan mangkuk kat dapur tu"
Mesti waktu tu ibu engkau jangka ayah akan mengamuk lagi seperti biasa, bertengkar lagi, tapi ayah hanya senyum dan mengangguk, tup tup ayah pergi ke dapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masuk ke dalam washing machine, tunggu sampai kering dan sidai di ampaian, bila siap, barulah ayah bersiap-siap untuk pergi kerja.
Seperti biasa kalau ibu engkau merajuk, jangan harap apa-apa sarapan pagi akan ada. Tapi kali ini ayah tak kisah.
Bila dah siap, ayah cium kepala ibu engkau dan ayah terus pergi kerja.
Esok pagi ayah buat perkara yang sama, pagi-pagi ayah bangun, ayah bagi salam kat ibu engkau dan ayah tanya dia,
"Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
Mata ibu engkau masih pandang kelain, "Hendak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak-anak"
Ayah tarik nafas dalam-dalam, ibu engkau tahu, ayah kalut nak pergi kerja, dan ayah rasa dia sengaja nak tengok ayah nak mengamuk lagi, tapi kali ini ayah hanya senyum, ayah mengangguk, dan ayah terus pergi kedapur buatkan sarapan roti bakar, telur goreng dan air kopi panas.
Semuanya ayah letak bawah tudung saji. Lepas tu, ayah sendiri tak makan, dan ayah bersiap utk pergi kerja sebab dah lewat.
Sebelum pergi ayah cium kepala ibu engkau dan baru ayah pergi kerja.
Esoknya, pagi-pagi lagi ayah dah bangun, ayah gerak ibu engkau, bagi salam dan ayah tanya soalan yang sama, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
"Tak ada apa awak, tak ada yang awak boleh buat pun, saya minta maaf, hati saya dah terlalu sakit. Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi. Tapi kenapa awak buat semua ni?"
"Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, mulai hari ini sehingga akhir nyawa saya, saya akan berusaha untuk buat perkara yang boleh membahagiakan awak"
Ibu engkau diam, mata dia pandang ke tempat lain, tapi ayah perasan, ada manik jernih dimatanya.
Bila ayah berlalu kerana bersiap nak pergi kerja, ayah perasan ibu engkau lap mata dia.
Esoknya dan esoknya dan esoknya seperti biasa ayah tanya soalan yang sama pada ibu engkau, sehinggalah pada minggu kedua, satu pagi tu, satu keajaiban berlaku.
Seperti biasa pagi tu ayah tanya soalan yang sama pada ibu engkau, tiba-tiba ibu engkau menangis dan peluk kaki ayah,
"Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi, awak bukan masalahnya, sebenarnya sayalah yang bermasalah, saya keras hati, saya tak tahu kenapa awak boleh tahan hidup dengan saya".
Perlahan-lahan ayah angkat dagu ibu engkau dan ayah cakap,
"Kerana awak penting dalam hidup saya, kerana awak ibu kepada anak-anak saya, kerana awak teman saya sebelum ini, kerana awak tak pernah tinggalkan saya walau bagaimana pertengkaran kita sekali pun, kerana saya nak selamatkan perkahwinan kita dan kerana saya sangat sayangkan awak"
Ayah tanya lagi "Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
"Patutnya saya yang tanya soalan itu"
"Awak memang patut tanya, tapi bukan hari ini, kerana saya yang perlu DIUBAH DAN BERUBAH, saya nak awak tahu betapa bermaknanya diri awak dalam hidup saya.
Saya sayang awak sangat. Jadi apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
Ibu engkau renung ayah dan dia kata " Boleh kita spend masa dua-dua bercuti, kita tinggal budak-budak kat rumah atok dia"
"Cadangan yang baik, jom kita plan hari ini kita nak pergi mana?"
Saya terus lakukan perkara yang sama selama lebih dua bulan, dan keadaan berubah perlahan-lahan.
Bertengkar sudah tiada lagi. Ibu engkau pun dah pandai tanya soalan yang sama pada ayah. "Apa yang awak nak dari saya? Macamana saya boleh jadi isteri yang lebih baik?"
Dinding yang memisahkan kami selama ini telah runtuh.
Kehidupan ibu dengan ayah lebih bahagia. Kadang-kadang masih juga terjadi pertengkaran, tetapi cara pertengkaran tersebut jauh berbeza, kami berselisih faham sahaja, tidak lagi bertengkar sehingga menyakitkan hati masing-masing, tidak seperti dulu lagi.
Ayah dan ibu kahwin dah lebih 20 tahun, ayah bukan saja sayang ibu engkau, ayah suka dia, ayah perlukan dia.
Banyak perbezaan pendapat ayah lihat ia menjadi kekuatan dalam kehidupan kami, selebihnya ayah dah tak kisah.
Ayah telah belajar bagaimana mengambil berat antara satu sama lain dan yang terpenting, kami mendapat kekuatan untuk buat perkara itu.
Perkahwinan sesuatu yang sukar nak. Tetapi mendapat teman didalam hidup merupakan satu anugerah besar daripada Tuhan.
Saya sering bertanya apa yang boleh saya lakukan untuk menjaga anugerah ini.
Marilah kita sama-sama mendalami ilmu kekeluargaan demi kesejahteraan dan keharmonian rumahtangga kita semua.
Menerima tulisan ini daripada seorang sahabat melalui aplikasi Whatsapp tanpa diketahui siapa penulisnya.
Didoakan yang menulis dan memanjangkannya diberikan pahala yang melimpah ruah. Nasihat yang bermanfaat.
❤
[ dulu2 saya selalu sangat fikir, hebatnya orang yang nikah.. dan bersama sampai ketua ni..
tak boring ke dorang,,
dari muda sampai ke tua duk tengok muka yang sama aje..
setiap hari, setiap detik, setiap waktu..
masa tu fikir, ishh.. boring tuh 😅
bila dah meningkat remaja, ada orang bagitahu..
cinta hanya bertahan sekejap aje, beberapa tahun awal perkahwinan..
yang bertahan lama adalah tanggungjawab antara satu sama lain..
bila dah semakin dewasa, semakin faham dengan cinta..
cintai Allah, cintai Rasulullah..
maka cinta pada yang lain tak akan pernah habis jika berlandaskan cinta Allah dan Rasul 😊 ]
kerana yang mengurniakan cinta itu Allah jua ❤

Yang ni aku abik dari FB: BaitulMuslim IIUM

Selasa, Januari 26, 2021

Cerita Lama Yang Aku Nak Lupakan dan Jadikan Pengajaran

Kisah yang aku cuba untuk lupakan adalah jangan percaya dengan janji lelaki dengan mudah dan percaya kepada RED FLAGS.

Aku kenal S (bukan nama sebenar) dalam apps jodoh. Aku kenal dia pada 15 Jun 2020, masa ini aku tak buat FMBI pun, lebih kepada niat nak hilangkan bosan. Aku hanya tanya benda asas je, konon nak bina Trust dulu la baru masuk FBI. Alhamdulillah, S memang aktif dalam apps tu dan kami sentiasa bersembang dalam apps jodoh tu. Dan sejujurnya aku tak ingat langsung apa yang aku tanya dan apa yang S jawab. 

Lebih kurang seminggu lepas tu, meter kami dah sampai 100% dan admin apps jodoh tu benarkan kami tengok nama penuh dan nombor telefon.

So, kami berdua aktif berchat di whatsapp. Dan S minta nak jumpa aku, pada mulanya aku macam 50-50 dengan dia, sebab dia muda 4 tahun dari aku, satu sekolah menengah dengan adik aku, dan hati aku berat mengatakan dia tidak matang dan tidak puas hidup membujang. Sebab dia suka lepak dengan kawan dan kaki motor.

So, S memang sungguh² nak kenal dengan aku, so aku bentangkan proposal kenal dalam masa sebulan, dalam ini kami setuju untuk berjumpa dulu, kemudian jumpa keluarga masing-masing.

So, kami keluar date pada 25 Jun 2020 di shopping mall area rumah aku. Masa ini aku berkeras nak bawa teman, sebab aku belajar dari kesilapan aku masa relay sebelum ini. Untuk jaga keselamatan aku dan kurangkan kerisauan keluarga. So aku bawalah adik aku, dan syukur sangat adik nak temankan.

Awalnya, S marah aku bawa adik tapi dia tak tunjuk. Kami borak-borak tak lama pun sebab S malu nak borak sebab ada adik aku. Waktu ini, aku dah nampak 'red flag' dekat S, tapi hati aku menidakkan dan nak juga teruskan berkawan dengan dia. Sebab masa dating ini dia tak hormat aku, jawab telefon dari kawan dia. Dan dia juga bagitahu, ex girlfriend call dia dan dia tak angkat dan tunjuk kat aku call id tu. Waktu ini aku dah syak, maksudnya S masih bermesej dengan ex dia dalam masa yang sama mesej aku juga. 

So, nak puas hati, aku tanyalah dkt S. Dia pilih siapa, pastu dia cakap dia pilih aku sebab ex girlfriend dia macam ujian lah untuk S setia dengan aku. Aku terima alasan S.

Esoknya, 26 Jun 2020, S whatsapp aku dia cakap nak putus. Waktu ini aku memang down giler, menangis macam orang gila, sebab aku dah berharap kat dia dan rasa dia boleh jadi suami aku dan dalam masa yang sama aku malu dengan mak aku, sebab aku selalu cerita dengan dia.
So, aku kata okay, dan terus blok nombor dia dan semua sosial media (FB, IG, whatsapp & telegram). Waktu ini, S memang betul² rasa bersalah dan dia call banyak kali, tapi aku tak angkat. Dan kesilapan aku yang paling besar, aku pergi baca mesej S di apps jodoh. Dan aku cair. S janji dia nak jayakan hubungan kami.
So, tanpa fikir panjang aku terima S semula. Tapi kali ini, S memang berbeza, our second date, aku singgah sekejap dkt tempat keje dia sbb nak ambil barang dari dia dan aku tengok reaksi muka dia tak macam dulu dah tak happy nak jumpa. Waktu ini aku menidakkan detikan hati aku supaya jangan berkawan lagi dengan dia. Tapi aku degil dan nak teruskan.

Kali ini, aku rasa tertekan dengan permintaan S untuk aku jadi lawa, jadi kurus dan pakai pendakap gigi. Sebab S sangat fokus kepada kecantikan dan selalu bercerita tentang kecantikan setiap kali kami bersembang. Waktu ini aku rasa kurang keyakinan diri dan tak percaya kat diri. Bayangkanlah, S suruh aku kurus lagi padahal ramai kawan aku kata aku kurus (berat 50kg). So, aku memang fikir panjang dan buat semula solat istikharah dan doa sungguh-sungguh untuk dapatkan pertunjuk dan bimbingan.

Maka pada 2 Julai 2020, S chat aku dan cakap dia nak berpisah buat kali kedua, dan alasan kali ini lebih kelakar, dia cakap mak dia tak restu sebab aku tua 2 tahun daripada kakak sulung dia. Kemudian dia cakap dia tak bersedia nak kurangkan lepak jumpa dengan kawan bila dah kahwin nanti, S bagitahu dia malu dan tak nak jumpa dengan adik aku sebab satu sekolah dan dia cakap dia GAY. Waktu ini aku memang rasa marah, geram, rasa diperbodohkan dan macam-macam lagi sebab alasan dia sangat la bodoh, kenapa dia tak jujur cakap dia tak nak berkawan dengan aku sebab aku tak cantik.Tapi aku memang rasa lega yang teramat sangat dan tak meroyan seperti sebelum ini. Tapi kesan tu masih ada lagi, dan kali ini aku dah tak blok social media dengan S. 
Sebab kes aku dengan S lah, aku bersungguh nak masuk GMR untuk baiki diri dan sayang diri lebih sebab pengenalan yang tak sampai sebulan ini buat aku lupa tentang diri aku. 

So, betul cakap kak kay dan semua alumni kkdi n fmbi, never attach, never confess and choose wisely. Pengalaman ini buat aku lebih berhati-hati dengan janji manis lelaki, jangan tinggal istikharah, sentiasa tanya pendapat ramai orang sebab aku tiada pengalaman bercinta. Bila orang ajak kahwin terus percaya dan cuba juga nak usahakan padahal hati langsung tak tenang. Dan paling penting percaya juga dengan detikan hati dan 'red flag'. 

Tapi aku syukur sangat, hubungan kami tidak menjadi dan berterima kasih kepada S sebab banyak benda yang aku belajar dan sedar apa yang aku kena baiki lagi. Alhamdulilllah syukur bila kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita. Kena selalu ingat dalam keadaan sedih dan senang sentiada ingat kepada Allah.

Betul semua yang terjadi telah ditakdirkan Allah. KIta kena redha, terima dan berdamai dengan masa lalu dan teruskan kehidupan. Yang paling penting sentiasa audit diri untuk baiki, belajar dari kesilapan dan pengalaman. In sya Allah akan hadir pelangi setelah hujan ribut. Ingat ujian kau ni kecik je kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang diuji dengan kehilangan org tersayang, hilang kerja, sakit tak sembuh-sembuh, ditipu dan dikhianati pasangan, dipukul dan didera oleh pasangan. Ingatlah bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada/terjadi dan sentiasa berharap dan tawakal kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Besar dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah, S terima kasih atas pengalaman ini, moga bahagia dengan pilihan awak. I wish you happiness.
Thank you for the memories.