Kisah yang aku cuba untuk lupakan adalah jangan percaya dengan janji lelaki
dengan mudah dan percaya kepada RED FLAGS.
Aku kenal S (bukan nama sebenar) dalam apps jodoh. Aku kenal dia pada 15 Jun
2020, masa ini aku tak buat FMBI pun, lebih kepada niat nak hilangkan bosan.
Aku hanya tanya benda asas je, konon nak bina Trust dulu la baru masuk FBI.
Alhamdulillah, S memang aktif dalam apps tu dan kami sentiasa bersembang dalam
apps jodoh tu. Dan sejujurnya aku tak ingat langsung apa yang aku tanya dan apa
yang S jawab.
Lebih kurang seminggu lepas tu, meter kami dah sampai 100% dan admin apps jodoh
tu benarkan kami tengok nama penuh dan nombor telefon.
So, kami berdua aktif berchat di whatsapp. Dan S minta nak jumpa aku, pada
mulanya aku macam 50-50 dengan dia, sebab dia muda 4 tahun dari aku, satu
sekolah menengah dengan adik aku, dan hati aku berat mengatakan dia tidak
matang dan tidak puas hidup membujang. Sebab dia suka lepak dengan kawan dan
kaki motor.
So, S memang sungguh² nak kenal dengan aku, so aku bentangkan proposal kenal
dalam masa sebulan, dalam ini kami setuju untuk berjumpa dulu, kemudian jumpa
keluarga masing-masing.
So, kami keluar date pada 25 Jun 2020 di shopping mall area rumah aku. Masa ini
aku berkeras nak bawa teman, sebab aku belajar dari kesilapan aku masa relay
sebelum ini. Untuk jaga keselamatan aku dan kurangkan kerisauan keluarga. So
aku bawalah adik aku, dan syukur sangat adik nak temankan.
Awalnya, S marah aku bawa adik tapi dia tak tunjuk. Kami borak-borak tak lama
pun sebab S malu nak borak sebab ada adik aku. Waktu ini, aku dah nampak 'red
flag' dekat S, tapi hati aku menidakkan dan nak juga teruskan berkawan dengan
dia. Sebab masa dating ini dia tak hormat aku, jawab telefon dari kawan dia.
Dan dia juga bagitahu, ex girlfriend call dia dan dia tak angkat dan tunjuk kat
aku call id tu. Waktu ini aku dah syak, maksudnya S masih bermesej dengan ex
dia dalam masa yang sama mesej aku juga.
So, nak puas hati, aku tanyalah dkt S.
Dia pilih siapa, pastu dia cakap dia pilih aku sebab ex girlfriend dia macam
ujian lah untuk S setia dengan aku. Aku terima alasan
S.
Esoknya, 26 Jun 2020, S whatsapp aku dia cakap nak putus. Waktu ini aku memang
down giler, menangis macam orang gila, sebab aku dah berharap kat dia dan rasa
dia boleh jadi suami aku dan dalam masa yang sama aku malu dengan mak aku,
sebab aku selalu cerita dengan dia.
So, aku kata okay, dan terus blok nombor dia dan semua sosial media (FB, IG,
whatsapp & telegram). Waktu ini, S memang betul² rasa bersalah dan dia call
banyak kali, tapi aku tak angkat. Dan kesilapan aku yang paling besar, aku
pergi baca mesej S di apps jodoh. Dan aku cair. S janji dia nak jayakan
hubungan kami.
So, tanpa fikir panjang aku terima S semula. Tapi kali ini, S memang berbeza,
our second date, aku singgah sekejap dkt tempat keje dia sbb nak ambil barang
dari dia dan aku tengok reaksi muka dia tak macam dulu dah tak happy nak jumpa.
Waktu ini aku menidakkan detikan hati aku supaya jangan berkawan lagi dengan
dia. Tapi aku degil dan nak teruskan.
Kali ini, aku rasa tertekan dengan permintaan S untuk aku jadi lawa, jadi kurus
dan pakai pendakap gigi. Sebab S sangat fokus kepada kecantikan dan selalu
bercerita tentang kecantikan setiap kali kami bersembang. Waktu ini aku rasa
kurang keyakinan diri dan tak percaya kat diri. Bayangkanlah, S suruh aku kurus
lagi padahal ramai kawan aku kata aku kurus (berat 50kg). So, aku memang fikir
panjang dan buat semula solat istikharah dan doa sungguh-sungguh untuk dapatkan
pertunjuk dan bimbingan.
Maka pada 2 Julai 2020, S chat aku dan cakap dia nak berpisah buat kali kedua,
dan alasan kali ini lebih kelakar, dia cakap mak dia tak restu sebab aku tua 2
tahun daripada kakak sulung dia. Kemudian dia cakap dia tak bersedia nak
kurangkan lepak jumpa dengan kawan bila dah kahwin nanti, S bagitahu dia malu
dan tak nak jumpa dengan adik aku sebab satu sekolah dan dia cakap dia GAY.
Waktu ini aku memang rasa marah, geram, rasa diperbodohkan dan macam-macam lagi
sebab alasan dia sangat la bodoh, kenapa dia tak jujur cakap dia tak nak
berkawan dengan aku sebab aku tak cantik.Tapi aku memang rasa lega yang teramat
sangat dan tak meroyan seperti sebelum ini. Tapi kesan tu masih ada lagi, dan
kali ini aku dah tak blok social media dengan S.
Sebab kes aku dengan S lah, aku bersungguh nak masuk GMR untuk baiki diri dan
sayang diri lebih sebab pengenalan yang tak sampai sebulan ini buat aku lupa
tentang diri aku.
So, betul cakap kak kay dan semua alumni kkdi n fmbi, never attach, never
confess and choose wisely. Pengalaman ini buat aku lebih berhati-hati dengan
janji manis lelaki, jangan tinggal istikharah, sentiasa tanya pendapat ramai
orang sebab aku tiada pengalaman bercinta. Bila orang ajak kahwin terus percaya
dan cuba juga nak usahakan padahal hati langsung tak tenang. Dan paling penting
percaya juga dengan detikan hati dan 'red flag'.
Tapi aku syukur sangat,
hubungan kami tidak menjadi dan berterima kasih kepada S sebab banyak benda
yang aku belajar dan sedar apa yang aku kena baiki lagi. Alhamdulilllah syukur bila kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita. Kena selalu ingat dalam keadaan sedih dan senang sentiada ingat kepada Allah.
Betul semua yang terjadi telah ditakdirkan Allah. KIta kena redha, terima dan berdamai dengan masa lalu dan teruskan kehidupan. Yang paling penting sentiasa audit diri untuk baiki, belajar dari kesilapan dan pengalaman. In sya Allah akan hadir pelangi setelah hujan ribut. Ingat ujian kau ni kecik je kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang diuji dengan kehilangan org tersayang, hilang kerja, sakit tak sembuh-sembuh, ditipu dan dikhianati pasangan, dipukul dan didera oleh pasangan. Ingatlah bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada/terjadi dan sentiasa berharap dan tawakal kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Besar dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah, S terima kasih atas pengalaman ini, moga bahagia dengan pilihan awak. I wish you happiness.
Thank you for the memories.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan