*SUAMI ISTERI WAJIB BACA.ADA PENGAJARAN UNTUK KITA*




ku cuba untuk mendidik nurani ku kepada yang diredhai Allah....AMIN
*SUAMI ISTERI WAJIB BACA.ADA PENGAJARAN UNTUK KITA*
Kisah yang aku cuba untuk lupakan adalah jangan percaya dengan janji lelaki dengan mudah dan percaya kepada RED FLAGS.
Aku kenal S (bukan nama sebenar) dalam apps jodoh. Aku kenal dia pada 15 Jun 2020, masa ini aku tak buat FMBI pun, lebih kepada niat nak hilangkan bosan. Aku hanya tanya benda asas je, konon nak bina Trust dulu la baru masuk FBI. Alhamdulillah, S memang aktif dalam apps tu dan kami sentiasa bersembang dalam apps jodoh tu. Dan sejujurnya aku tak ingat langsung apa yang aku tanya dan apa yang S jawab.
Lebih kurang seminggu lepas tu, meter kami dah sampai 100% dan admin apps jodoh tu benarkan kami tengok nama penuh dan nombor telefon.
So, kami berdua aktif berchat di whatsapp. Dan S minta nak jumpa aku, pada mulanya aku macam 50-50 dengan dia, sebab dia muda 4 tahun dari aku, satu sekolah menengah dengan adik aku, dan hati aku berat mengatakan dia tidak matang dan tidak puas hidup membujang. Sebab dia suka lepak dengan kawan dan kaki motor.
So, S memang sungguh² nak kenal dengan aku, so aku bentangkan proposal kenal dalam masa sebulan, dalam ini kami setuju untuk berjumpa dulu, kemudian jumpa keluarga masing-masing.
So, kami keluar date pada 25 Jun 2020 di shopping mall area rumah aku. Masa ini aku berkeras nak bawa teman, sebab aku belajar dari kesilapan aku masa relay sebelum ini. Untuk jaga keselamatan aku dan kurangkan kerisauan keluarga. So aku bawalah adik aku, dan syukur sangat adik nak temankan.
Awalnya, S marah aku bawa adik tapi dia tak tunjuk. Kami borak-borak tak lama pun sebab S malu nak borak sebab ada adik aku. Waktu ini, aku dah nampak 'red flag' dekat S, tapi hati aku menidakkan dan nak juga teruskan berkawan dengan dia. Sebab masa dating ini dia tak hormat aku, jawab telefon dari kawan dia. Dan dia juga bagitahu, ex girlfriend call dia dan dia tak angkat dan tunjuk kat aku call id tu. Waktu ini aku dah syak, maksudnya S masih bermesej dengan ex dia dalam masa yang sama mesej aku juga.
So, nak puas hati, aku tanyalah dkt S. Dia pilih siapa, pastu dia cakap dia pilih aku sebab ex girlfriend dia macam ujian lah untuk S setia dengan aku. Aku terima alasan S.
Assalamualaikum wbt.
Hai semua.
Sebenarnya saja nak update.
Sekarang dah bulan 12, lagi 19 hari nak masuk tahun baru.
Alhamdulillah, masih hidup dan Allah bagi pinjam nikmat kesihatan dan bernafas di muka bumi ini.
Mungkin esok kita dah di alam lain.
Oleh itu, maafkan salah silap saya.
Dan terima kasih kerana hadir dalam hidup saya yang nak masuk 30 tahun.
Terima kasih kepada kenangan yang manis sebab akan sentiasa menjadi penyebab untuk teruskan hidup dan bersyukur sentiasa kepada kurniaan Allah kepada hambaNya yang banyak dosa ini. Alhamdulillah.
Terima kasih juga kepada kenangan pahit kerana ia mengajar aku erti kehidupan, sentiasa bersemangat untuk bangkit dan sentiasa berharap dan bersyukur kepada ALLAH.
Betul orang cakap ujian susah lebih baik dari ujian senang. Sebab bila tengah bahagia kita lupa kepada Yang Maha Pemberi dan Pemilik segala Bahagia. Allahu.
Moga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah selalu. in sya Allah aamiin.
Moga tahun baharu, 2021 kita semua sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan sentiasa bersama keluarga dan orang yang tersayang. in sya Allah, aamiin.
Terima kasih 2020.
Assalamualaikum wbt.
Hai semua, moga dikurniakan kesihatan dan bahagia selalu dan dipermudahkan semua urusan.
Aamiin.
Kali ni aku nak share pendapat aku tentang drama ini. Drama ini hot masa awal PKP bulan 3 kalau tak silap. Dan aku baru habis tengok cerita ini bulan 9 dan tergerak nak share sesuatu sebagai panduan aku bila (minta dijauhkan) dicurangi oleh pasangan. Tapi, minta dijauhkan, walau gaduh dan peritnya ujian kami, suami isteri sentiasa bersama dan bertoleransi untuk memahami dan menyelesaikan masalah tersebut. In sya Allah, aamiin. Btw, aku tak kawen lagi...hahahha...in sya Allah ada rezeki kita kawen ye. aamiin.
So...ini hanyalah pendapat aku je.
1. Curang ada tanda – curang itu adalah pilihan
Ada
lebihan masa, duit dan tenaga. Sbb watak utama yg bagi nafkah dan belanja semua
atau hampir besar belanja-belanja rumah sbb gaji dan jawatan yang lebih tinggi
dari si suami. Tenaga pula all kerja rumah isteri buat sendiri sbb dia
pentingkan kesempurnaan dan kebersihan. Masa pula, kadang isteri sibuk dan
balik lambat dari keje dan kadang hari minggu kena keje, suami rasa sunyi dan
bosan maka dia mencari orang luar untuk hiburkan hati. Tp dlm cerita ini,
layanan batin sgt cukup walaupun suami makan luar. So, kena tengok juga pattern
suami...klw dia asyik tengok phone kena start siasat. Minta dijauhkan. Dlm
cerita ni, suami dia ada 2 handphone.
2. Kesan penceraian pada anak2 dan keluarga
Rasa
rendah diri, senang jadi mangsa buli, pemarah, suka buat hal sendiri, pendiam,
mula start memberontak seperti mencuri, gaduh dgn rakan, ponteng kelas dll.
Anak-anak
kalau boleh dia nak mak n ayah dia bersama semula dan dorang rasa dorang dah
dewasa, so jgn ada rahsia dengan mereka. Bagitahu semua benda dan rancangan
kepada mereka.
Dan mereka turn untuk selalu salahkan diri. Sebab anak jadi rebutan mak dan ayah. Emosi anak memang terganggu.
Tapi
yang bagus ye jika dorang faham dan menerima situasi ini, dorang cepat matang
malah menjadi support terkuat mak atau ayah dia.
3.
cinta pertama / perkahwinan pertama
Watak
suami yg curang bila dah kawen kali kedua dia masih ingat kepada isteri
pertama. Time ni taste baju tidur, cara layanan sbb dia suka isteri yg provided
semua benda termasuk duit dll. Ex suami dia obsesi dengan janda dia.
Ada episode nak akhir-akhir, dorang terlanjur balik. Dan isteri dia sekarang tahu benda tu. Waktu ini isteri itu tengah memikir sama ada untuk stay atau minta cerai. Waktu ini isteri baru lelaki ni memikir, dia cintakan aku atau isteri pertama tu.
Pastu watak utama tu, berjumpa dan bagitahu yg lelaki ini tak lupakan dia lagi, dia bagitahu style rambut, taste minyak wangi, baju kawen dan lain-lain sama macam perkahwinan pertama.
Pastu isteri baru dia memutuskan untuk bercerai dan cut credit card, business tak laku kena buang kerja, kena halau dari rumah dan tak dibenarkan jumpa anak dia lagi.
Sedih memang sedih, tapi pengajaran dalam cerita ini, as suami ko yg kena kuat, ada keje, ada income dan aset. Dan jangan harapkan dan tumpang kesenangan isteri dan keluarga yang kaya. Orang kata ukur baju di badan sendiri. gitewww.
So, apa yang aku faham, sorang perempuan tu boleh stay dlm perhubungan itu jika dia pasti partner dia cinta dan sayang dia maka dia bagi peluang kedua. So, bila dah tiada perasaan apa2, maka terjadilah penceraian. Tapi perkahwinan dan penceraian bukan benda main-main. So, ingat tau semua. Cuba jaga hubungan dan lakukan amanah yang dipertanggungjawabkan.
4. As Isteri kena cerdik
Dalam ini watak utama dia rancang banyak benda la. Pastukan cara nak tuntut cerai kat mahkamah susah juga lah, kalau kita cakap partner kita curang kena ada bukti, maybe gambar, video dll. Dalam cerita ini lah n tak sure dkt negara kita camni juga cara ye.
So, watak utama kawal emosi dia, walaupun sakit hati dan sedih kecewa dengan bukti curang suami dia, dia masih layan macam biasa. Dan lelaki itu memang tak bersalah bila dah curang. Sedih.
So, bila jadi isteri kena cerdik, alert dengan perubahan suami dan orang sekitar.
5. Bergantung hanya pada diri sendiri.
Drama ni, suami isteri itu mempunyai kawan yang sama. Dalam awal2 episode kawan baik malah jiran dia pun tahu suami dia curang dah masuk 2 tahun tapi dia senyap tak bagitahu sebab hormatkan permintaan si suami tu.
Waktu ini, watak utama tahu tentang kebenaran ini dia memang jatuh berkali-kali lah. Dia tak tahu kepada siapa untuk dia cerita dan luahkan perasaan.
Dia rasa keseorangan malah dikhianati kawan baik.
Tapi yang bagusnya selepas penceraian dia, dia layan je macam biasa kawan-kawan perempuan yang khianati dia. Tapi memang kena elakkan berkawan baik dengan orang yang bermuka 2. Bahaya. Kawan seadanya.
Sebenarnya banyak juga pengajaran drama ini, tapi aku share 5 point ni je la.
Moga kita semua dikurniakan keluarga yang sakinah, mawadah dan rahmat.
Aamiin.
Assalamualaikum wbt.
Hai semua yang sudi singgah ke blog saya ini.
Harap semuanya dalam keadaan baik, dikurniakan kesihatan fizikal dan mental yang baik dan dipermudahkan semua urusan. Aamiin.
Jangan lupa jaga SOP Covid-19, jauhkan diri dari 3S ini:
1. Sesak
2. Sembang jarak dekat
3. Jarak Sosial (1 meter)
Okay, aku nak cerita hari tu aku ada borak dengan sorang ini berkaitan self love. Dia seorang yang sangat hebat dan baik bagi aku. Lelaki, umur 37 tahun, tinggal di Pahang dan karakter KKDI dia adalah Penguin.
Dan jawapan yang dia bagi memang terserlah kelebihan Penguin iaitu Penulisan. Aku akan share, harap semua yang membaca dapat manfaat. Untuk ini, aku dah minta izin dari dia untuk berkongsi kat sini. If korang berminat untuk berkawan dengan beliau boleh pm aku ye...aku cuba jadi orang tengah. In sya Allah...
Soalan aku kepada beliau adalah perbezaan dan persamaan antara self love dan me time.
Sebab bagi aku, self love ini (yang aku faham based on bacaan dan video yang aku tengok)
1. kita utamakan diri kita dalam segala benda dan perkara, ada perbatasan dari segala benda, kita tahu apa yg kita nak, tahu kekuatan dan kelemahan diri,
2. cabar diri buat sesuatu yang kita takut untuk dapatkan keyakinan dalam diri, yang ini untuk keluar dari comfort zone, dan
3. sayangi diri. macam mana kita sayang orang camtu jugalah kita kena sayang diri sendiri. Fokus untuk kebaikan dan grow up.
So, ini pula jawapan beliau....wow unexpected....hebat giler...x terfikir dia akan jawab camni, mungkin dari pengalaman dia kot...huhu....harap bermanfaat ye.
Cinta adalh satu²nya perkara yang membuat kita semua terus berjalan dan menjadikan kita ni kurang seperti robot dlm dunia yg memerlukan kita bekerja, berfikir dan bertindak seperti kita ni diprogramkan. nak tahu tak..!! Setiap orang memerlukan kasih sayang dan kita ni menghabiskan sebahagian besar tenaga kita untuk mengasihi orang lain - sama ada rakan,majikan,pasangan, anak-anak atau keluarga mahupun kpd haiwan.
Kita semua suka menyebarkan cinta, mcm awk kpd si dia, tetapi persoalannya - adakah kita ni menghasilkan cukup untuk diri kita sendiri?
Kita x blh mengharapkan hanya bergantung pd sumber luaran utk cinta dan di situlah konsep cinta diri wujud. Seseorang yang mengamalkan cinta utk diri sendiri tidak perlu bergantung pada orang lain untuk bahagia dan itu adalah perasaan yang memberdayakan kita ni untuk menjadi gembira dr dlm hati.
Cinta diri sendiri x mementingkan diri sendiri; ia hanya meletakkan diri kita ni yang pertama dan tidak terlalu berat pada diri sendiri. Oleh itu, bila awk mendengar suara kecil di kepala awk memberitahu awk bahawa awk xcukup baik atau awk x mampu melakukan kesalahan; abaikan saja. tu bagi sy lah..
Apabila orang yang kita sayangi melakukan kesalahan, kita sering memaafkannya dengan mudah, betul tak..!!? tetapi apabila kita melakukan kesalahan, kita sering terlalu menyusahkan diri sendiri.. mcm org putus chinta.. tu yg smpi boleh ada kes bunuh.. nauzubillah min zalik..
Langkah pertama cinta diri kita sendiri adalah menyedari bahawa kita ni hanya manusia dan x blh melakukan kesalahan; x mengapa kalah kadang-kadang; x mengapa tidak mempunyai hari terbaik ... minggu ... atau bulan.
Yang perlu kita lakukan adalah mencintai diri sendiri dan membiarkan perkara-perkara negatif dilalui; akhirnya keadaan akan berubah dan masa buruk akan berlalu.
Cinta diri sendiri ni mempunyai banyak faedah; faedah pertama adlh kepuasan hidup yg lebih besar. Apabila kita lebih menyayangi diri kita, kita langsung mengubah perspektif dunia. Cinta diri sendiri ni dapat memberi kita sikap yg lebih positif terhadap kehidupan.
Manfaat cinta diri sendiri yang kedua adalah bahawa ia dpt mendorong kita untuk menerapkan kebiasaan yang baik. Cinta diri tu sendiri bermaksud mencintai tubuh, jiwa, dan fikiran kita. Oleh itu, orang yang mencintai diri mereka sendiri sering menahan diri daripada melakukan perkara yang akan memberi kesan kepada ketenangan mereka. Oleh itu, ia dapat membantu kita menyesuaikan tabiat sihat.
Sekiranya awk mula mencintai badan dan minda awk lebih daripada yang lain, awk tidak akan bekerja pada hujung minggu; awk lebih suka pergi hangout, pergi makan dan minum kesukaan awk atau melakukan aktiviti lain yang menenangkan fikiran awk seperti hiking.
Manfaat penting lain dari cinta diri sendiri adalah kesihatan mental yang lebih baik. Orang yang x mengasihi diri sendiri cenderung mengalami kegelisahan atau kemurungan; jd cinta diri sendiri juga membuka jalan menuju pemikiran positif yg merupakan unsur penting utk kejayaan dalam hidup dan kesejahteraan mental.
Belajar mencintai diri sendiri juga mengurangkan tekanan, mengurangkan penundaan dan membuat anda lebih fokus di tempat kerja.Letakkan diri awk tu sedikit lebih tinggi dalam senarai keutamaan awk tau. fikirkan diri awk saje.. kerana dunia boleh membawa awk pada anggaran awk sendiri. Sekiranya awk mempunyai hari yang panjang di tempat kerja, pulang ke rumah dan berehat panjang.
Best kan jawapan dia....
so, aku kalau self love yang aku buat:
-Main games candy crush
-baca novel cinta
-tengok show yang aku suka sambil minum kopi
-tidur (ni paling best)
tapikan self love yg paling best dan paling nampak kesan adalah, kita cabar diri...bila kita berjaya rasa seronok, n bila gagal kita masih semangat untuk cuba lagi. tapi jangan berkeras sangat dengan diri.
okay, so terima kasih bagi yang sudi membaca sampai habis dan minta maaf kalau ada salah silap. terima kasih juga kepada kawanku yang sudi sharing ilmu ngan aku. moga semuanya dipermudahkan urusan dan berjaya mencapai impian dengan izin Allah. Aamiin.
Perbualan antara aku dan adik lelaki aku siang tadi buat aku nak update dalam blog aku ni...hihi.
Tengok tajuk best kan sbb bagi hadiah is best apatah lagi dapat hadiah.
So, ni lebih kurang perbualan aku n adik aku:
Aku: Ko ada balas tak hadiah yang awek ko bagi ni?
Adik: Takde buat apa, sebab aku x minta pape tapi dia yg nak bagi...
Aku: Ko serius arrrrr, selalunya perempuan bagi hadiah kat lelaki yg bukan family dia, most sbb dia nak ngurat n dia memang suka ko....so, ko balas la perasaan dia dengan memberi juga...aduiii
Adik: buat apa, aku dengan dia kawan je la. Aku bukan nak kawen or serius pun lagi. Ko taye asal? Mesti sbb ko x pernah dpt hadiah kan?
Aku: [terkesima dan terkedu jap] aah aku x pernah dpt...hari tu pun pernah keluar date 2 tahun lepas, aku pakai duit aku....sedih. So, ko nak ckp ko HOOOOOT la (mata naik atas)
Adik: ye...la...baru tahu ke. (muka berlagak giler)
Aku: “nyampah dan nyesal aku taye dia...hmmmm” kata dlm hati.
Kesimpulan yang aku nak cerita ni....
Dalam Ebook FMBI: Formula Mengorat Bakal Imam ada bab tentang bagi hadiah...sape yang berminat boleh refer or lawat ig @kamaliakamal atau avilliate Kak Kay.....
Bukan apa bila perempuan bagi hadiah kat lelaki selalunya sebab kita suka kat dia dan dah start ada perasaan kat dia. Tapi hati2 ye jangan senang sgt nak bagi hadiah kat pakwe or crush dengan harapan si dia akan balas balik dengan beri hadiah atau balas perasaan kau....tak semua cmtu. Dari perbualan adik aku tu, aku tersedar, jangan invest duit dan perasaan pada awal pengenalan melainkan ko dah yakin dia nak serius ngan kau. Dari cerita adik aku....aku perasan dia macam nak mainkan perasaan perempuan tu secara tanpa sedar. Dia cakap kawan tapi perempuan tu dah start rse cam pakwe dia...camtu la.
Tapi kalau nak bagi hadiah tu tapi tak mengharapkan pape balasan dan tidak mengungkit, itu adalah sangat baik. Sebab dengan memberi buat kita lebih rasa gembira dan happy dan buat juga rezeki dan harta lebih berkat. Jangan takut untuk memberi sebab takut miskin dan lain-lain. (Aku pun kena apply ni).
Malah kita patut start budaya memberi hadiah tak kisah atas reason apa, just nak bagi hadiah dan tak mengharapkan pape pun. Even sebatang pen kat cleaner pu okay....asal kita ada niat nak bagi hadiah. Kadang org suka nak bagi hadiah kat sesorang atas benda/mknn/sesuatu yg org tu suka. Bila kita dah niat mcm tu, means bila bagi hadiah kita akan mengharapkan sesuatu. So, thats why la kita start bagi hadiah tak kira benda tu si penerima suka atau tak. Janji bagi dan tak mengharapkan pape.
Nampak mudahkan tapi susah tu nak buat...all the best utk aku dan semua.
Terima kasih kerana sudi baca, moga ada manfaat buat semua. Aamiin.
Lautan by Yuna