aku ingat aku sorang je mengalami kesusahan n berasa gelisah untuk menghadapi ujian pahit getir kehidupan.....
Ustaz aku ada bercerita pasal cubaab yang dihadapi oleh mak angkatnya....
Beliau sangat suka menuntut ilmu.....
Ujian hidupnya bermula apabila dia terpaksa untk menerima pilihan ibu bapanya dan terpaksa melupakan kekasih hati. Pada awal perkahwinan beliau berasa bahagia tapi hanya sementara kerana belang si suami sudah kelihatan. Sungguh kejam suaminya kerana memaksa beliau untuk menggugurkan kandungan mereka. Tidak kah si suami berfikir janin di dalam rahim beliau merupakan zuriat mereka. Tidak sayang kah?
Walaubagaimanapun, beliau minum juga ubat itu tapi kuasa Allah beliau selamat melahirkan anak tersebut....
Tapi ini baru permulaan, si suami buat perangai, dia ada perempuan lain dan mereka merancang untuk berkahwin dan awek lelakinya memaksa n memujuk supaya menceraikan isterinya.
Kerana sayangkan awek....si suami tanpa perasaan menceraikan beliau dan hiduplah beliau dengan anak2.
Kemudian keluarga beliau memujuknya lagi supaya menerima pinangan yang kedua. Dengan berat hati beliau pun menerimanya dan berharap sinar bahagia akan menjadi miliknya. Setelah berkahwin untuk kali kedua beliau masih derita tapi beliau bersungguh mendalami ilmu agama. Malah beliau kelihatan tenang menanti arus kehidupan tidak pernah mengeluh dengan nasib yang dialaminya malah beliau bertambah bersyukur dengan kurnia ilahi.....
.......cerita ni sgt2 sedih dan memberi ak cahaya untuk sabar n bergantung kepada Allah dan juga cinta kepadaNya kerana Allah akan menyambut cinta hamba2Nya.....dan kita tak kan berasa kecewa berbeza kalaw kita cinta dan kasih terhadap manusia kerana mungkin mereka akan melukakan kita, mereka akan pergi dan cinta mereka akan berubah mengikut detik waktu......
so.....sekarang marilah kita beramai2 CINTA ALLAH.....insya-Allah :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan