Selasa, Februari 08, 2011

Kata- kata yang baik akan memberi kesan kapada air yang kita minum

Baru2 ni aku teringat pasal air.....

Ada orang kata minum air masjid dapat sembuhkan pelbagai penyakit dan boleh pandai dalam menuntut ilmu. Tapi benda ni karut marut kalau ia terjadi pun kerana dengan izin Allah dan juga kebetulan ataupun usaha yang mereka buat tanpa mereka sedari......

Ceritanya macam ni...., dulu mak aku ada membekalkan aku dan juga semua adik-beradik aku sebotol air yang diambil dari masjid. Pada mulanya aku minum tapi tiba2 satu hari tu aku tergerak untuk menengok air tu....., dan aku sangat terkejut dan terus memuntahkan air di dalam mulutku sebab dalam air tu, sangat kotor, ada keladak......

Mak aku bagi air tu kerana terikut kata2 seorang bomoh ni, katanya kalau minum air masjid ni bole pandai lah anak nanti. Tapi benda ni terjadi sebaliknya terhadap adik sepupu aku....pelajaran dia semakin merosot berbanding sebelum ni....

Kalaupun kita mahu minum air biarlah ia suci dan bersih, tapi ada orang kata air yang dimasak tak elok sebab ia mematikan segala mineral, nutrien dan khasiat dalam air tersebut.

Air zam zam adalah contoh air yang terbaik untuk diminum. Baru-baru ni, kawan aku ada memaparkan sebuah video tentang keajaiban air zam zam yang meneutralkan iodine yang dicampur bersamanya....

Selain itu, air yang dibaca dengan doa2, yasin dan kata2 yang baik ia akan menjadikan molukel air itu menjadi sebuah kristal yang cantik dan apabila air itu di dedahkan dengan kata2 yang buruk ia berubah menjadi bentuk yang hodoh.....


Oleh itu, sebagai umat Islam kita haruslah membaca bismillah sebelum minum, makan dan sebagainya dalam perbuatan seharian kita.....( insya-Allah kita sama2 buat).......

So, berbalik kepada topik di atas, elok lah kita minum air zam zam or yasin dan banyak kan berdoa dan solat hajat serta tingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan....insya-Alah, amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan