Selasa, Januari 10, 2012

cerita Nur Kasih The movie pada pandangan aku.

Salam.......

Aku baru je habis tengok cerita Nur Kasih The Movie karya Kabir Bhatia dan lakonan mantap dari, Tiz Zaqiyah, Remy Ishak, Fizz Fairoz, Ayu Raudhah dan lain2 yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas masing2 untuk menjayakan cerita ni.

Pada mulanya aku tak faham cerita ni, tapi bila dah sampai tengah dan akhir aku bole le faham. Even cerita ni dah lama keluar tapi aku baru berkesempatan menengok dan menghayati serta memahami jalan cerita ni.

Bagi aku, cerita ni macam connection drama yang dekat TV3 tu. Aku suka cerita ni sebab ia banyak mengetengahkan isu2 semasa dalam negara kita dan mungkin dekat negara luar.

Even cerita ni lebih kepada perasaan sayang, cinta, kasih dan saling memerlukan pasangan suami isteri tetapi ada benda lain yang menghidupkan cerita ni.

Aku suka pada screen ni bila seorang ustaz menolak untuk menyampaikan ilmu dekat budak2 yang dijaga oleh Adam. Alasan ye sebab pelajar perempuan tak menutup aurat, bercampur lelaki dan perempuan dan lain2. Tetapi, aku akan lebih setuju jika, even pelajar perempuan tersebut tak pakai tudung, tetapi cube dorang asingkan kedudukan lelaki dan wanita. Ya, betul, dorang masih baru lagi dan masih bertatih untuk menjadi mukmin yang sebenarye. Memang betul kita perlu betulkan dalaman dulu, bile hati kita dan fikiran kita dah ada rasa yakin dan percaya serta beriman kepada Allah, insya-allah, secara automatiknya luaran kita pun akan ikut jalan kebenaran. So, better kita sampaikan ilmu tersebut dari kita menolaknya, jika tidak mereka semakin sesat dan jauh dari hidayah Allah. Mungkin kita adalah perantara yang Allah takdirkan untuk menyedarkan mereka ni........

Lagi satu, kita patut puji, orang macam Adam, Nur dan Aidil, menyampaikan ilmu Allah dengan ikhlas tanpa memilih bulu or type orang tersebut. Yang penting kita sampaikan ilmu Allah dekat sesiapa yang dahagakan kebenaranNya. Contoh terdekat yang boleh kita kagumi sekarang ialah, usaha Uztaz Azhar Idrus(UAI) dan angakatannya yang lain.

Ok, seterusnya, watak sampingan lakonan Jehan Miskin. Screen ni memaparkan realiti sebenar manusia sekarang tentang Islam. Paling menyedihkan dorang kata orang yang bertudung ni, narrow minded, tak boleh maju, tersekat, kuno dan lain2. Takpe biarkan mereka dan maafkan mereka atas kejahilan mereka tentang agama serta tidak tahu suruhan dan larangan Allah. Inilah tugas penting umat Islam supaya membetulkan fikiran mereka ke jalan Allah dengan dibuktikan melalui perbuatan, percakapan, pemikiran dan sikap kita yang berlandaskan Islam sebenar, bukan semata2 perkataan Islam tertera dekat MyCard dan nama berbin dan berbinti. So, jom kita masuk SYURGA sama2.

Yang bestnya, cerita ni buat dekat Jordan(kalau tak silap) pastu ada kaabah dan lain2. Itu tempat idaman kau tu. hihihi.

Kemudian screen yang paling menyayat hati aku adalah bila seorang isteri hanya mampu melihat kesakitan yang dialami oleh suaminya. Dalam cerita ni, masa Adam sedang tidur dan memegang dadanya yang sedang sakit dan Nur hanya mamapu memandang tanpa boleh buat apa2 untuk meringankan kesakitan suaminya. Bagi aku ia adalah penyeksaan yang amat perit, bila kita tengok orang yang kita sayang dalam kesakitan dan kita tak tahi nak buat apa.

Bagi aku benda ni juga bila kita sayang manusia, manusia itu akan pergi dan meninggalkan kita keseorangan untuk meneruskan hidup mencari bekalan di dunia. So, lebih baik kita sayang dan cintakan Allah, kerana Allah itu Maha Esa, dan Kekal Abadi. So, kita kena buktikan cinta kita padaNya dengan melakukan suruhan dan meninggalkan laranganNya. Solat di awal waktu, menutup aurat, jauhi zina, amanah atas tanggungjawab, mengingatiNya setiap waktu, bersangka baik padaNya dan lain2.

Tapi, ending cerita ni ok le, sebab Adam dan Nur hidup berkasih sayang sampai ke tua, cume Adam pergi dulu. Dan Nur macam nyanyuk sikit. Biasalah kita pun akan alaminya bila sampai waktunya.

Aku bukanlah baik dan alim, ni just pendapat aku dan azam aku untuk perbaiki diri. So, marilah kita bersama ambil pedoman dan pengajaran........mana yang baik ambil yang tak baik itu, tolong ajari aku.....nak tahu dan faham lebih lanjut layan le cerita ni......k, selamat menonton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan