Realiti pelajar zaman sekarang.
Aku akan skopkan pendapat aku dekat pelajar universiti. Perkara ini berlaku di tempat aku menuntut sejuta ilmu dunia dan akhirat (uni). Ada sesetengah kenalan course aku tak puas hati dengan lecturer kitorang pasal carry mark sedikit dan soalan final exam yang susah.
Ok.....pada pendapat korang, benda tu salah sape.....adakah pensyarah or kawan or kertas periksa tu? Tidak jawapan itu salah semuanya, yang betul adalah SALAH DIRI SENDIRI. Bagi aku kalau kita nak berjaya, nak dapat carry mark yang tinggi dan boleh jawab dalam periksa adalah dengan usaha sendiri. Even, pensyarah kita ajar sedikit or tak sentuh sangat pun or bagi contoh yang senang dari latihan dan exam yang kita jawab, itu semua adalah cabaran kita dan ujian kita sama ada kita ni seorang pelajar yang cemerlang or pelajar yang nak suap je.
Secara jujur ye, aku pun suka yang disuap, bagi terus depan muka sebab malas nak susah2 ni. Bila susah dan tak tahu aku akan cepat fed up dan buat benda yang lain......Korang pula camne ada ke sama macam aku...? Oh korang bukan ye.....bagus2 teruskan.
So, kesimpulannya sebagai seorang pelajar kita perlu tahu dan mengamalkan amanah dan tanggungjawab kita sebagai PELAJAR. Yang aku tahu, sebagai pelajar kita perlu:-
- Menuntut ilmu dengan ikhlas kerana Allah, berbakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
- Membuat assignment dan latihan tutor yang diberikan oleh pensyarah.
- Menghormati pensyarah, staff, kawan-kawan dan orang disekitar kita.
- Memberi contoh terbaik.
Perkara ini bukan untuk diri seorang pelajar saje, tetapi benda ini penting untuk masyarakat dan negara dan juga kerajaan untuk melahirkan seorang graduate yang berjaya dalam segenap segi. So, pihak yang lain juga perlu beri contoh yang baik dan beri peluang dan melakukan apa yang dikata. Kalau nak orang dengar cakap kita dan patuh pada arahan, kita perlu bersikap begitu dekat orang lain dan insya-Allah, mereka akan suka dan patuh dengan kita........Sama-samalah fikirkan dan ambil tindakan sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan