Rabu, September 19, 2012

Cinta ke tu??? ~PART 6~


Dalam masa yang sama Zamir juga bermonolog dalam hatinya. Dia cuba mengingati rupa wanita yang berdiri dihadapannya……’Aku rasa aku pernah nampak perempuan ini tapi kat mana ye…..’ 

Di daun yang ikut
Mengalir lembut
Terbawa sungai ke hujung mata
Dan aku mula takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesak kan dada…..

Tiba-tiba telefon bimbit Zamir berbunyi memainkan lagu Di Ruang Rindu by Leto…yang memaksa dia melupakan seketika persoalan dalam kepalanya dan tanpa membuang masa dia mengangkatnya dengan perasaan malas dan berat hati untuk bercakap dengan Julia, sepupu merangkap bakal tunang dia.

“Hmm, hello, Ju kenapa call abang Mir ni, ada hal penting ke?” 

“Alaaa, abang ni bila Ju call je, abang tanya benda penting, orang rindu pun tak kan tak boleh call…abang ni memang. Ok lah, bye.” Merajuk Julia dengan bakal tunang dia dan terus meng’off’n handset BBnya.

“Ju, Ju, Ju…..lah dah merajuk lah pulak. Lantak ko lah, malas aku nak layan.” Monolog Zamir sambil memasukkan handsetnya ke dalam poket baju.

Ting…..

Bunyi pintu lif yang terbuka di tingkat 10 menyedarkan Ati dan memaksanya berhenti menelinga perbualan antara pasangan kekasih yang merajuk manja…huhu. Biasalah lumrah orang berkasih.

Dah, Ati better ko pergi ke meja ko cepat banyak lagi kerja yang kau belum settle lagi, deadline dah nak dekat ni……ok, Ati semangat, chayok2, aza2 fighting. (macam2 bahasa keluar). Tetapi Ati berhenti melangkah bila suara lelaki itu meminta pertolongan.

“Maaf, saudari, boleh saya tahu pejabat En. Munir ditingkat ini kan, tingkat sepuluh?” Tanya Zamir kepada perempuan yang satu lif dengannya.

“Hah…,err, aaa, apa…hmm….maaf, En. Munir dari KLM Sdn. Bhd. ke?” Tanya Ati, dengan tergagap-gagap sebab terkejut dan tergamam beserta kagum kerana pemuda di hadapannya sangat kacak dan macho serta gentleman. Habis pahala solat zohor aku tadi…eee

Zamir tersenyum kacak dan menjawab persoalan wanita tadi. “Ya, En. Munir B. Kadir, pejabat dia di sinikan?” tanpa jemu, Zamir mengulang kembali persoalan yang sama cuma ayat saja bertukar. Dalam hati, Zamir memuji wanita ayu dihadapannya, even she is a little clumsy but it makes her looks cute and yang peliknya hati Zamir asyik melihatnya tanpa hendak mengalihkan walau sesaat.

Ati cuba menumpukan perhatian pada pertanyaan si jejaka tetapi payah sebab lelaki itu memandangnya macam nak telan. Tanpa teragak-agak Nurul Atiyah hanya mengangguk dan terus berlalu menuju pejabatnya kerana dia tidak mampu mengawal gerak degupan jantungnya yang berdegup pantas seperti baru berlari 100 meter.

Alamak kenapa aku boleh berdebar ni, asal tiba-tiba pula, tapi takpe ke aku buat mamat tu macam tu, tapi dia tanya tentang bos aku tu. Andai kata dia client company, memang masak aku tapi nak buat camne, tadi jantung aku macam nak tercabut je tadi, baik aku blah cepat sebelum aku betul2 KO kat depan lif tadi.

Eh…eh, minah ni sombongnya dan kurang mesra pula tu, sabar je lah, terus cancel rancangan aku tadi nak pikat. Memang comfirm, kalau aku bawa dia jumpa mak ayah aku, memang dorang bantah awal2, dan terus cepatkan tarikh nikah aku dengan minah tak cukup umur tu….Ohhhh…ampun. Cis, sempat lagi berangan nak kahwin dengan perempuan tu….


tengok, kucing pun pakai spet.......so, jaga lah mata anda dengan baik.





Jumaat, September 14, 2012

Korang mungkin tak jumpa aku lagi...maaf ku pinta

Assalam kepada semua

Alhamdulillah, aku masih hidup dan mampu ketawa dan menangis bersam-sama

Al-kisah yang benar2 membuat aku rasa fobia nak lalu kawasan simpang Nilai Kolej. Aku baru balik dari Giant, Nilai menghantar surat PTPTN dekat pejabat pos kat situ.

After, lampu isyarat bertukar kepada hijau, aku pun gerak dan masuk lorong ke Desa Kasia. Bila dah dekat kawasan simpang Nilai Kolej, ada sebiji kereta warna putih ingin masuk simpang ke kanan aku, mungkin dia nak pergi ke stesen minyak or dia nak terus masuk ke kawasan perumahan.

Aku pelik dekat pemandu itu sebab bila aku masih jauh dia tak nak gerak tapi bila aku dah dekat baru dia nak gerak. Dalam masa yang sama, silap aku juga, time dekat simpang itu aku bawa motor gear empat, memang sangat laju......

Alhamdulillah, aku sempat mengelak dan pemandu itu pun tak pandu laju, kalau tak memang kawan2 aku tak akan jumpa aku kat lecture hall malam tu.....dan bersyukur kepada Allah, motor dan aku takde ape2 calar dan lain2 dan kereta tu pun takde pape.

Andai kata, aku tak sempat elak kereta tu, memang aku pergi lah. Sebab aku bawa motor memang risiko aku nak mati itu paling besar jikalau berlaku accident antara aku dan dia.......

Aku jadi takut dan bimbang, sebab kalau aku accident, lesen L aku memang mati sia2 dah lah aku sayang giler lesen aku even ia lesen L......itu lah satu-satunya lesen kenderaan yang aku ada.....tragik tak cinta aku..

So, insya-Allah aku dalam perancangan nak ambil lesen P.....Doakan aku ye...terima kasih.

Oh yeah, sebelum terlupa peristiwa ini mengajar aku supaya memandu berhati2 dan berhemah serta bila lalu dekat simpang jangan laju sangat dan pastikan perhati kiri kanan depan belakang...so, kawan2 aku harap korang tak akan jadi macam aku......k

Rabu, September 12, 2012

Alhamdulillah, aku sekarang dah masuk semester 5. Insya-Allah tinggal lagi satu tahun dan aku akan bergraduasi dua tahun lagi dan lepas tu mencari kerja. Harap aku dan kawan-kawan berjaya dengan cemerlang dan mudah mendapat pekerjaan nanti. Amien.

Sebelum aku berjaya untuk bergraduasi aku mesti lepas MUET dengan band 3. Yang merunsingkan aku sekarang dorang kata tahun depan (2013) format MUET akan berubah dan lebih susah dari sebelum ni. Bagi aku, Muet yang aku lemah sangat adalah component of Reading, Writing and Listening. Speaking bagi aku boleh lagi le tapi tak berapa bagus sangat.

Thus, aku tertarik dengan rancangan Oh My English!!!.....yang ditayangkan di astro. It quite impressive and interesting to watch it and I must take this opportunity to improve my English and prepare for MUET. Insya-Allah.

So, pelbagai halangan dan cubaan serta ujian yang wajib aku hadapi sebelum aku tamat belajar. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Amien  = )