Dalam masa yang sama Zamir juga bermonolog
dalam hatinya. Dia cuba mengingati rupa wanita yang berdiri dihadapannya……’Aku
rasa aku pernah nampak perempuan ini tapi kat mana ye…..’
Di daun
yang ikut
Mengalir
lembut
Terbawa
sungai ke hujung mata
Dan aku
mula takut terbawa cinta
Menghirup
rindu yang sesak kan dada…..
Tiba-tiba telefon bimbit Zamir berbunyi
memainkan lagu Di Ruang Rindu by Leto…yang memaksa dia melupakan seketika
persoalan dalam kepalanya dan tanpa membuang masa dia mengangkatnya dengan
perasaan malas dan berat hati untuk bercakap dengan Julia, sepupu merangkap
bakal tunang dia.
“Hmm, hello, Ju kenapa call abang Mir ni, ada
hal penting ke?”
“Alaaa, abang ni bila Ju call je, abang tanya
benda penting, orang rindu pun tak kan tak boleh call…abang ni memang. Ok lah,
bye.” Merajuk Julia dengan bakal tunang dia dan terus meng’off’n handset BBnya.
“Ju, Ju, Ju…..lah dah merajuk lah pulak. Lantak
ko lah, malas aku nak layan.” Monolog Zamir sambil memasukkan handsetnya ke
dalam poket baju.
Ting…..
Bunyi pintu lif yang terbuka di tingkat 10
menyedarkan Ati dan memaksanya berhenti menelinga perbualan antara pasangan
kekasih yang merajuk manja…huhu. Biasalah lumrah orang berkasih.
Dah, Ati better ko pergi ke meja ko cepat
banyak lagi kerja yang kau belum settle lagi, deadline dah nak dekat ni……ok,
Ati semangat, chayok2, aza2 fighting. (macam2 bahasa keluar). Tetapi Ati berhenti melangkah bila suara lelaki
itu meminta pertolongan.
“Maaf, saudari, boleh saya tahu pejabat En.
Munir ditingkat ini kan, tingkat sepuluh?” Tanya Zamir kepada perempuan yang
satu lif dengannya.
“Hah…,err, aaa, apa…hmm….maaf, En. Munir dari
KLM Sdn. Bhd. ke?” Tanya Ati, dengan tergagap-gagap sebab terkejut dan tergamam
beserta kagum kerana pemuda di hadapannya sangat kacak dan macho serta
gentleman. Habis pahala solat zohor aku tadi…eee
Zamir tersenyum kacak dan menjawab persoalan
wanita tadi. “Ya, En. Munir B. Kadir, pejabat dia di sinikan?” tanpa jemu,
Zamir mengulang kembali persoalan yang sama cuma ayat saja bertukar. Dalam
hati, Zamir memuji wanita ayu dihadapannya, even she is a little clumsy but it
makes her looks cute and yang peliknya hati Zamir asyik melihatnya tanpa hendak
mengalihkan walau sesaat.
Ati cuba menumpukan perhatian pada pertanyaan
si jejaka tetapi payah sebab lelaki itu memandangnya macam nak telan. Tanpa
teragak-agak Nurul Atiyah hanya mengangguk dan terus berlalu menuju pejabatnya
kerana dia tidak mampu mengawal gerak degupan jantungnya yang berdegup pantas
seperti baru berlari 100 meter.
Alamak kenapa aku boleh berdebar ni, asal
tiba-tiba pula, tapi takpe ke aku buat mamat tu macam tu, tapi dia tanya
tentang bos aku tu. Andai kata dia client company, memang masak aku tapi nak
buat camne, tadi jantung aku macam nak tercabut je tadi, baik aku blah cepat
sebelum aku betul2 KO kat depan lif tadi.
Eh…eh, minah ni sombongnya dan kurang mesra
pula tu, sabar je lah, terus cancel rancangan aku tadi nak pikat. Memang
comfirm, kalau aku bawa dia jumpa mak ayah aku, memang dorang bantah awal2, dan
terus cepatkan tarikh nikah aku dengan minah tak cukup umur tu….Ohhhh…ampun.
Cis, sempat lagi berangan nak kahwin dengan perempuan tu….
![]() |
tengok, kucing pun pakai spet.......so, jaga lah mata anda dengan baik. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan