Jumaat, September 14, 2012

Korang mungkin tak jumpa aku lagi...maaf ku pinta

Assalam kepada semua

Alhamdulillah, aku masih hidup dan mampu ketawa dan menangis bersam-sama

Al-kisah yang benar2 membuat aku rasa fobia nak lalu kawasan simpang Nilai Kolej. Aku baru balik dari Giant, Nilai menghantar surat PTPTN dekat pejabat pos kat situ.

After, lampu isyarat bertukar kepada hijau, aku pun gerak dan masuk lorong ke Desa Kasia. Bila dah dekat kawasan simpang Nilai Kolej, ada sebiji kereta warna putih ingin masuk simpang ke kanan aku, mungkin dia nak pergi ke stesen minyak or dia nak terus masuk ke kawasan perumahan.

Aku pelik dekat pemandu itu sebab bila aku masih jauh dia tak nak gerak tapi bila aku dah dekat baru dia nak gerak. Dalam masa yang sama, silap aku juga, time dekat simpang itu aku bawa motor gear empat, memang sangat laju......

Alhamdulillah, aku sempat mengelak dan pemandu itu pun tak pandu laju, kalau tak memang kawan2 aku tak akan jumpa aku kat lecture hall malam tu.....dan bersyukur kepada Allah, motor dan aku takde ape2 calar dan lain2 dan kereta tu pun takde pape.

Andai kata, aku tak sempat elak kereta tu, memang aku pergi lah. Sebab aku bawa motor memang risiko aku nak mati itu paling besar jikalau berlaku accident antara aku dan dia.......

Aku jadi takut dan bimbang, sebab kalau aku accident, lesen L aku memang mati sia2 dah lah aku sayang giler lesen aku even ia lesen L......itu lah satu-satunya lesen kenderaan yang aku ada.....tragik tak cinta aku..

So, insya-Allah aku dalam perancangan nak ambil lesen P.....Doakan aku ye...terima kasih.

Oh yeah, sebelum terlupa peristiwa ini mengajar aku supaya memandu berhati2 dan berhemah serta bila lalu dekat simpang jangan laju sangat dan pastikan perhati kiri kanan depan belakang...so, kawan2 aku harap korang tak akan jadi macam aku......k

Tiada ulasan:

Catat Ulasan