Ahad, Disember 13, 2020

Sekadar Luahan Hati Yang Tengah Overthinking

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua.

Sebenarnya saja nak update.

Sekarang dah bulan 12, lagi 19 hari nak masuk tahun baru.

Alhamdulillah, masih hidup dan Allah bagi pinjam nikmat kesihatan dan bernafas di muka bumi ini.

Mungkin esok kita dah di alam lain.

Oleh itu, maafkan salah silap saya.

Dan terima kasih kerana hadir dalam hidup saya yang nak masuk 30 tahun.

Terima kasih kepada kenangan yang manis sebab akan sentiasa menjadi penyebab untuk teruskan hidup dan bersyukur sentiasa kepada kurniaan Allah kepada hambaNya yang banyak dosa ini. Alhamdulillah.

Terima kasih juga kepada kenangan pahit kerana ia mengajar aku erti kehidupan, sentiasa bersemangat untuk bangkit dan sentiasa berharap dan bersyukur kepada ALLAH.

Betul orang cakap ujian susah lebih baik dari ujian senang. Sebab bila tengah bahagia kita lupa kepada Yang Maha Pemberi dan Pemilik segala Bahagia. Allahu.

Moga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah selalu. in sya Allah aamiin.

Moga tahun baharu, 2021 kita semua sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan sentiasa bersama keluarga dan orang yang tersayang. in sya Allah, aamiin.

Terima kasih 2020. 

Khamis, Disember 10, 2020

BedahDrama Korea: The World of Married Couple

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua, moga dikurniakan kesihatan dan bahagia selalu dan dipermudahkan semua urusan.

Aamiin.

Kali ni aku nak share pendapat aku tentang drama ini. Drama ini hot masa awal PKP bulan 3 kalau tak silap. Dan aku baru habis tengok cerita ini bulan 9 dan tergerak nak share sesuatu sebagai panduan aku bila (minta dijauhkan) dicurangi oleh pasangan. Tapi, minta dijauhkan, walau gaduh dan peritnya ujian kami, suami isteri sentiasa bersama dan bertoleransi untuk memahami dan menyelesaikan masalah tersebut. In sya Allah, aamiin. Btw, aku tak kawen lagi...hahahha...in sya Allah ada rezeki kita kawen ye. aamiin.

So...ini hanyalah pendapat aku je.


1. Curang ada tanda – curang itu adalah pilihan

Ada lebihan masa, duit dan tenaga. Sbb watak utama yg bagi nafkah dan belanja semua atau hampir besar belanja-belanja rumah sbb gaji dan jawatan yang lebih tinggi dari si suami. Tenaga pula all kerja rumah isteri buat sendiri sbb dia pentingkan kesempurnaan dan kebersihan. Masa pula, kadang isteri sibuk dan balik lambat dari keje dan kadang hari minggu kena keje, suami rasa sunyi dan bosan maka dia mencari orang luar untuk hiburkan hati. Tp dlm cerita ini, layanan batin sgt cukup walaupun suami makan luar. So, kena tengok juga pattern suami...klw dia asyik tengok phone kena start siasat. Minta dijauhkan. Dlm cerita ni, suami dia ada 2 handphone.

2. Kesan penceraian pada anak2 dan keluarga

Rasa rendah diri, senang jadi mangsa buli, pemarah, suka buat hal sendiri, pendiam, mula start memberontak seperti mencuri, gaduh dgn rakan, ponteng kelas dll.

Anak-anak kalau boleh dia nak mak n ayah dia bersama semula dan dorang rasa dorang dah dewasa, so jgn ada rahsia dengan mereka. Bagitahu semua benda dan rancangan kepada mereka.

Dan mereka turn untuk selalu salahkan diri. Sebab anak jadi rebutan mak dan ayah. Emosi anak memang terganggu.

Tapi yang bagus ye jika dorang faham dan menerima situasi ini, dorang cepat matang malah menjadi support terkuat mak atau ayah dia.

3. cinta pertama / perkahwinan pertama

Watak suami yg curang bila dah kawen kali kedua dia masih ingat kepada isteri pertama. Time ni taste baju tidur, cara layanan sbb dia suka isteri yg provided semua benda termasuk duit dll. Ex suami dia obsesi dengan janda dia.

Ada episode nak akhir-akhir, dorang terlanjur balik. Dan isteri dia sekarang tahu benda tu. Waktu ini isteri itu tengah memikir sama ada untuk stay atau minta cerai. Waktu ini isteri baru lelaki ni memikir, dia cintakan aku atau isteri pertama tu.

Pastu watak utama tu, berjumpa dan bagitahu yg lelaki ini tak lupakan dia lagi, dia bagitahu style rambut, taste minyak wangi, baju kawen dan lain-lain sama macam perkahwinan pertama.

Pastu isteri baru dia memutuskan untuk bercerai dan cut credit card, business tak laku kena buang kerja, kena halau dari rumah dan tak dibenarkan jumpa anak dia lagi.

Sedih memang sedih, tapi pengajaran dalam cerita ini, as suami ko yg kena kuat, ada keje, ada income dan aset. Dan jangan harapkan dan tumpang kesenangan isteri dan keluarga yang kaya. Orang kata ukur baju di badan sendiri. gitewww.

So, apa yang aku faham, sorang perempuan tu boleh stay dlm perhubungan itu jika dia pasti partner dia cinta dan sayang dia maka dia bagi peluang kedua. So, bila dah tiada perasaan apa2, maka terjadilah penceraian. Tapi perkahwinan dan penceraian bukan benda main-main. So, ingat tau semua. Cuba jaga hubungan dan lakukan amanah yang dipertanggungjawabkan. 

4. As Isteri kena cerdik

Dalam ini watak utama dia rancang banyak benda la. Pastukan cara nak tuntut cerai kat mahkamah susah juga lah, kalau kita cakap partner kita curang kena ada bukti, maybe gambar, video dll. Dalam cerita ini lah n tak sure dkt negara kita camni juga cara ye.

So, watak utama kawal emosi dia, walaupun sakit hati dan sedih kecewa dengan bukti curang suami dia, dia masih layan macam biasa. Dan lelaki itu memang tak bersalah bila dah curang. Sedih.

So, bila jadi isteri kena cerdik, alert dengan perubahan suami dan orang sekitar. 

5. Bergantung hanya pada diri sendiri.

Drama ni, suami isteri itu mempunyai kawan yang sama. Dalam awal2 episode kawan baik malah jiran dia pun tahu suami dia curang dah masuk 2 tahun tapi dia senyap tak bagitahu sebab hormatkan permintaan si suami tu.

Waktu ini, watak utama tahu tentang kebenaran ini dia memang jatuh berkali-kali lah. Dia tak tahu kepada siapa untuk dia cerita dan luahkan perasaan.

Dia rasa keseorangan malah dikhianati kawan baik.

Tapi yang bagusnya selepas penceraian dia, dia layan je macam biasa kawan-kawan perempuan yang khianati dia. Tapi memang kena elakkan berkawan baik dengan orang yang bermuka 2. Bahaya. Kawan seadanya.


Sebenarnya banyak juga pengajaran drama ini, tapi aku share 5 point ni je la.

Moga kita semua dikurniakan keluarga yang sakinah, mawadah dan rahmat.

Aamiin.




Isnin, November 30, 2020

Maksud Cinta Diri Sendiri (Self Love) - Perspektif seorang lelaki karakter Penguin [KKDI]

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua yang sudi singgah ke blog saya ini.

Harap semuanya dalam keadaan baik, dikurniakan kesihatan fizikal dan mental yang baik dan dipermudahkan semua urusan. Aamiin. 

Jangan lupa jaga SOP Covid-19, jauhkan diri dari 3S ini:

1. Sesak

2. Sembang jarak dekat

3. Jarak Sosial (1 meter)


Okay, aku nak cerita hari tu aku ada borak dengan sorang ini berkaitan self love. Dia seorang yang sangat hebat dan baik bagi aku. Lelaki, umur 37 tahun, tinggal di Pahang dan karakter KKDI dia adalah Penguin.

Dan jawapan yang dia bagi memang terserlah kelebihan Penguin iaitu Penulisan. Aku akan share, harap semua yang membaca dapat manfaat. Untuk ini, aku dah minta izin dari dia untuk berkongsi kat sini. If korang berminat untuk berkawan dengan beliau boleh pm aku ye...aku cuba jadi orang tengah. In sya Allah...

Soalan aku kepada beliau adalah perbezaan dan persamaan antara self love dan me time.

Sebab bagi aku, self love ini (yang aku faham based on bacaan dan video yang aku tengok)

1. kita utamakan diri kita dalam segala benda dan perkara, ada perbatasan dari segala benda, kita tahu apa yg kita nak, tahu kekuatan dan kelemahan diri,

2. cabar diri buat sesuatu yang kita takut untuk dapatkan keyakinan dalam diri, yang ini untuk keluar dari comfort zone, dan 

3. sayangi diri. macam mana kita sayang orang camtu jugalah kita kena sayang diri sendiri. Fokus untuk kebaikan dan grow up.

So, ini pula jawapan beliau....wow unexpected....hebat giler...x terfikir dia akan jawab camni, mungkin dari pengalaman dia kot...huhu....harap bermanfaat ye.

Cinta adalh satu²nya perkara yang membuat kita semua terus berjalan dan menjadikan kita ni kurang seperti robot dlm dunia yg memerlukan kita bekerja, berfikir dan bertindak seperti kita ni diprogramkan. nak tahu tak..!!  Setiap orang memerlukan kasih sayang dan kita ni menghabiskan sebahagian besar tenaga kita untuk mengasihi orang lain - sama ada rakan,majikan,pasangan, anak-anak atau keluarga mahupun kpd haiwan. 

Kita semua suka menyebarkan cinta, mcm awk kpd si dia, tetapi persoalannya - adakah kita ni menghasilkan cukup untuk diri kita sendiri?

Kita x blh mengharapkan hanya bergantung pd sumber luaran utk cinta dan di situlah konsep cinta diri wujud. Seseorang yang mengamalkan cinta utk diri sendiri tidak perlu bergantung pada orang lain untuk bahagia dan itu adalah perasaan yang memberdayakan kita ni untuk menjadi gembira dr dlm hati. 

Cinta diri sendiri x mementingkan diri sendiri; ia hanya meletakkan diri kita ni yang pertama dan tidak terlalu berat pada diri sendiri. Oleh itu, bila awk mendengar suara kecil di kepala awk memberitahu awk bahawa awk xcukup baik atau awk x mampu melakukan kesalahan; abaikan saja. tu bagi sy lah.. 

Apabila orang yang kita sayangi melakukan kesalahan, kita sering memaafkannya dengan mudah, betul tak..!!? tetapi apabila kita melakukan kesalahan, kita sering terlalu menyusahkan diri sendiri.. mcm org putus chinta.. tu yg smpi boleh ada kes bunuh.. nauzubillah min zalik.. 

Langkah pertama cinta diri kita sendiri adalah menyedari bahawa kita ni hanya manusia dan x blh melakukan kesalahan; x mengapa kalah kadang-kadang; x mengapa tidak mempunyai hari terbaik ... minggu ... atau bulan.

Yang perlu kita lakukan adalah mencintai diri sendiri dan membiarkan perkara-perkara negatif dilalui; akhirnya keadaan akan berubah dan masa buruk akan berlalu.

Cinta diri sendiri ni mempunyai banyak faedah; faedah pertama adlh kepuasan hidup yg lebih besar. Apabila kita lebih menyayangi diri kita, kita langsung mengubah perspektif dunia. Cinta diri sendiri ni dapat memberi kita sikap yg lebih positif terhadap kehidupan.

Manfaat cinta diri sendiri yang kedua adalah bahawa ia dpt mendorong kita untuk menerapkan kebiasaan yang baik. Cinta diri tu sendiri bermaksud mencintai tubuh, jiwa, dan fikiran kita. Oleh itu, orang yang mencintai diri mereka sendiri sering menahan diri daripada melakukan perkara yang akan memberi kesan kepada ketenangan mereka. Oleh itu, ia dapat membantu kita menyesuaikan tabiat sihat.

Sekiranya awk mula mencintai badan dan minda awk lebih daripada yang lain, awk tidak akan bekerja pada hujung minggu; awk lebih suka pergi hangout, pergi makan dan minum kesukaan awk atau melakukan aktiviti lain yang menenangkan fikiran awk seperti hiking.

Manfaat penting lain dari cinta diri sendiri adalah kesihatan mental yang lebih baik. Orang yang x mengasihi diri sendiri cenderung mengalami kegelisahan atau kemurungan; jd cinta diri sendiri juga membuka jalan menuju pemikiran positif yg merupakan unsur penting utk kejayaan dalam hidup dan kesejahteraan mental.

Belajar mencintai diri sendiri juga mengurangkan tekanan, mengurangkan penundaan dan membuat anda lebih fokus di tempat kerja.Letakkan diri awk tu sedikit lebih tinggi dalam senarai keutamaan awk tau. fikirkan diri awk saje.. kerana dunia boleh membawa awk pada anggaran awk sendiri. Sekiranya awk mempunyai hari yang panjang di tempat kerja, pulang ke rumah dan berehat panjang.

 Best kan jawapan dia....

so, aku kalau self love yang aku buat:

-Main games candy crush

-baca novel cinta

-tengok show yang aku suka sambil minum kopi

-tidur (ni paling best)

tapikan self love yg paling best dan paling nampak kesan adalah, kita cabar diri...bila kita berjaya rasa seronok, n bila gagal kita masih semangat untuk cuba lagi. tapi jangan berkeras sangat dengan diri.

okay, so terima kasih bagi yang sudi membaca sampai habis dan minta maaf kalau ada salah silap. terima kasih juga kepada kawanku yang sudi sharing ilmu ngan aku. moga semuanya dipermudahkan urusan dan berjaya mencapai impian dengan izin Allah. Aamiin.

Rabu, September 16, 2020

Teknik pikat si dia: HADIAH

Perbualan antara aku dan adik lelaki aku siang tadi buat aku nak update dalam blog aku ni...hihi.

Tengok tajuk best kan sbb bagi hadiah is best apatah lagi dapat hadiah.


So, ni lebih kurang perbualan aku n adik aku:


Aku: Ko ada balas tak hadiah yang awek ko bagi ni?

Adik: Takde buat apa, sebab aku x minta pape tapi dia yg nak bagi...

Aku: Ko serius arrrrr, selalunya perempuan bagi hadiah kat lelaki yg bukan family dia, most sbb dia nak ngurat n dia memang suka ko....so, ko balas la perasaan dia dengan memberi juga...aduiii

Adik: buat apa, aku dengan dia kawan je la. Aku bukan nak kawen or serius pun lagi. Ko taye asal? Mesti sbb ko x pernah dpt hadiah kan?

Aku: [terkesima dan terkedu jap] aah aku x pernah dpt...hari tu pun pernah keluar date 2 tahun lepas, aku pakai duit aku....sedih. So, ko nak ckp ko HOOOOOT la (mata naik atas)

Adik: ye...la...baru tahu ke. (muka berlagak giler)

Aku: “nyampah dan nyesal aku taye dia...hmmmm” kata dlm hati.


Kesimpulan yang aku nak cerita ni....


Dalam Ebook FMBI: Formula Mengorat Bakal Imam ada bab tentang bagi hadiah...sape yang berminat boleh refer or lawat ig @kamaliakamal atau avilliate Kak Kay.....


Bukan apa bila perempuan bagi hadiah kat lelaki selalunya sebab kita suka kat dia dan dah start ada perasaan kat dia. Tapi hati2 ye jangan senang sgt nak bagi hadiah kat pakwe or crush dengan harapan si dia akan balas balik dengan beri hadiah atau balas perasaan kau....tak semua cmtu. Dari perbualan adik aku tu, aku tersedar, jangan invest duit dan perasaan pada awal pengenalan melainkan ko dah yakin dia nak serius ngan kau. Dari cerita adik aku....aku perasan dia macam nak mainkan perasaan perempuan tu secara tanpa sedar. Dia cakap kawan tapi perempuan tu dah start rse cam pakwe dia...camtu la.


Tapi kalau nak bagi hadiah tu tapi tak mengharapkan pape balasan dan tidak mengungkit, itu adalah sangat baik. Sebab dengan memberi buat kita lebih rasa gembira dan happy dan buat juga rezeki dan harta lebih berkat. Jangan takut untuk memberi sebab takut miskin dan lain-lain. (Aku pun kena apply ni).


Malah kita patut start budaya memberi hadiah tak kisah atas reason apa, just nak bagi hadiah dan tak mengharapkan pape pun. Even sebatang pen kat cleaner pu okay....asal kita ada niat nak bagi hadiah. Kadang org suka nak bagi hadiah kat sesorang atas benda/mknn/sesuatu yg org tu suka. Bila kita dah niat mcm tu, means bila bagi hadiah kita akan mengharapkan sesuatu. So, thats why la kita start bagi hadiah tak kira benda tu si penerima suka atau tak. Janji bagi dan tak mengharapkan pape.


Nampak mudahkan tapi susah tu nak buat...all the best utk aku dan semua.

Terima kasih kerana sudi baca, moga ada manfaat buat semua. Aamiin.


Ahad, September 13, 2020

Bedah Lirik: Lautan by Yuna

Lautan by Yuna


Cinta ini tanda hati
Aku kau yang punya
siapa sangka kita berdua
bersama akhirnya

Oh, biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh, biarkan seluas lautan
Kurenangi jika aku kau perlukan
Oh, biarkan kerna aku kau ada
Tiada cela engkau sempurna
Yang teristimewa
Seandainya tiada istana
'Ku mencintaimu seadanya
Yeah!
Oh, biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh, biarkan seluas lautan
Kurenangi jika aku kau perlukan
Oh, biarkan kerna aku kau ada
Oh, siapa sangka
Cinta yang kita bina
Akhirnya bersemi jua
Oh, biarkan
Kerna kini kau 'ku ada
Oh, biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh, biarkan seluas lautan
Kurenangi jika aku kau perlukan
Oh, biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh, biarkan seluas lautan
Kurenangi jika aku kau perlukan
Oh, biarkan kerna aku kau ada

Sumber: Copy paste google
Bedah lirik....hihi

Okay ni pendapat aku tentang lagu ni tapi kalau ada rezeki aku kawen dan ambil videographer aku nak guna lagu ni as background video kawen hahaha....berangan kan...hihi tak salah sbb berangan tak kena duit pun hahaha....okay now kumpul duit.

So, nak bedah lirik ni xde la sgt....haha more apa yg aku rasa bila dgr lagu ni..hihi...biasalah jiwa jiwang dan sweeet ni...huhu.

Aku dah lama giler x dgr lagu ni, then tak sangka pula Yuna yang nyanyi..hahha...
aku terdengar semasa buka spotify dan ia dlm list lagu yg aku tgh dgr, 
Dan lagu ni aku suka dgr sbb lagu ni buat aku teringat kat seseorang....hmmm cmtula..

Betul org ckp bila dh cinta dan sayang sesorang mmg jadi buta dan susah untuk being rational. So, dari apa yang aku belajar dari pengalaman aku, sentiasa berdoa dan bergantung harap kepada Allah Yang Maha Kuasa dan pemegang hati hamba-hambaNYa. Dan sekarang barulah aku dapat jawapan kepada persoalan aku time remaja dulu, nape si isteri/suami setia bila psgn bed ridden dll. rupanya sebab sayang, cinta, tanggungjawab dan balasan yang indah t di sana. camtulah...huhu

Supaya kita tak akan bersedih dan sentiasa yakin dengan janji dan takdir Allah. Yang paling penting sekali adik-adik dan rakan-rakan sekalian jangan sekali-kali bagi pasangan yang bukan halal tengok aurat kita dan bagi dia pegang kita. Cinta memang cinta tapi jangan serah diri kepada yang bukan halal untuk awak. Kalau dia minta bukti tanda sayang awak kat dia, cakap kat dia dulu jumpa family dan akad nikah tok kadi baru la awak proceed ngan dia. Jaga diri tau semua...sayang korang....sebab yang akan merana org perempuan juga, n lelaki lepas tangan dan paling penting fikirkan ttg nasib anak tu nanti.

Untuk ini, korang bole tengok dan baca di FB Syed Azmi, dia banyak share tentang nasib remaja dan single mom ni.

All the best semua dan moga dilindungi dan dipelihara oleh Allah dan dipermudahkan semua urusan. Aamiin.Maaf ye salah silap, saya just share pendapat yang xde la byk pengalaman...huhu. 
Love you all.

Kelas GMR - Counting the blessings vs trauma/sad event

Alhamdulillah, aku nak share 1 kelas secara maya yang aku join untuk overcome trauma aku. Pada mulanya aku ingat aku tiada trauma, rupanya pengalaman itulah yg masih buat aku tak move on lagi. 

Now, baru aku faham kenapa Couch selalu pesan kat kitorang dan task harian tu buat counting the blessings always. Rupanya dari kita bersyukur apa yg kita ada akan buat kita redha dan berlapang dada untuk melepaskan kenangan yang pahit dan pedih. 

Sebenarnya dengan lebih banyak kita besyukur dan berterima kasih kepada Allah atas segalanya seperti pengalaman, rezeki, takdir, jodoh, pertemuan dan lain-lain yang terjadi dalam hidup kita lagi cepat kita untuk move on, baiki kehidupan kita, grab new opportunity, capai gembira dan bahagia.

Jujurnya, aku masih teringat kisah lama dan rasa ralat tapi, kena sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah gantikan takdir, peluang dan rezeki kepada aku. 

Aku harap sedikit perkongsian ini dapat membantu kawan-kawan di sana. Dan maaf jika ada tersalah dan silap. Ini hanyalah pandangan aku selepas masuk kelas GMR ini by Kak Kamalia Kamal



#Bekerja di Audit Firm selepas graduate dari USIM.

Alhamdulillah, pada tahun 2014 aku dapat tawaran bekerja sebagai Account Assistant kat tempat yang aku praktikal 6 bulan. Tanpa fikir panjang, aku terima tawaran tersebut sebab gaji pun cantik dalam RM2,000.00, tempat kerja dekat dengan rumah, aku dah kenal dengan staf yang ajar aku masa praktikal dan aku malas nak fikir cari kerja lain sebab memang aku minat dan suka bekerja kat sini.

Walau bagaimanapun, lumrah hidup diuji dengan hal kerja. Dan aku kena agak teruklah sampai aku trauma dan hilang keyakinan diri dan aku rasa aku bodoh dan tak berguna untuk syarikat. Yang paling sedih, Boss pernah marah aku depan budak-budak praktikal yang lain dan staf senior yang lain sebab aku lembap dan lambat buat kerja. Waktu ini aku pun dah start ponteng kerja dan rasa tak semangat nak masuk pejabat. Dan waktu ini juga aku rasa aku keseorangan dan aku tak percaya nak bercerita dengan senior staf. Dorang memihak kepada Boss dan aku memang rasa lonely. Kitorang borak dan makan tengahari bersama tapi aku berpura-pura baik je depan dorang tapi dalam hati menangis.

Aku cuba bertahan sampai setahun dari Ogos 2014 hingga September 2015 sebab aku nak cantikkan resume aku bila mohon kerja yang lain. (Maaf, emosi giler dan tak boleh cerita semua, tak sangka aku ingat aku okay). Saya sambung semula cerita ini, sebab kisah yang tak boleh dilupakan.

Waktu ini, aku memang rasa down giler, aku malas pergi kerja, suka ponteng, prestasi menurun, gaji kena potong, pernah kawan-kawan tak ajak makan sesama. Boss suka cerita aku kat staf lain. Kiranya, aku memberontak cara camtulah.

Sebenarnya, aku pun tak tahu kenapa Boss buat aku camni. Tapi bila aku renungkan kembali, aku rasa dia buat camtu sebab dia nak buang pekerja tanpa syarikat yang keluarkan surat berhenti kepada pekerja. Sebab kalau dia buat camtu syarikat kena bayar lagi tinggi.

Yang buat aku geram, masa aku kerja sebagai pengganti kakak yg jadi head of account masa aku praktikal dia kena pindah bahagian Audit Department dan aku kena jadi dan jaga Account Department, Boss ada ambil seorang pekerja perempuan sebangsa dengan dia. Dari sini yang aku tengok Boss aku tak adil dan racist. Sebab aku keje banyak di luar, staf cina tu yang jaga account department dan jaga/memantau semua kerja budak praktikal. Awal-awal Boss aku pecahkan kerja la. Bila aku masuk ofis setelah selesai kerja akaun kat luar, tiba-tiba boss tanya aku pasal laporan kerja budak praktikal. Time tu memang aku gelabah la sebab tu bukan job scope aku. Dan yang kena marah adalah aku tapi staf sebangsa dia tak kena langsung padahal itu kerja dia. Waktu ini aku blur, terkedu dan tiada point untuk aku backup diri aku.

Time kena ni, memang aku rasa keseorangan la, mental aku memang rosak. Dan yang tak boleh aku terima, masa Boss datang bahagian kitorang, Boss suruh aku jadi cleaner, bersihkan perabot dan susun fail. Dan yang paling sedih, dia kata aku tak buat kerja dia suruh aku duduk dengan tempat budak praktikal dan hanya buat key in data ke dalam accounting system. Aku ingat lagi, siap dia halau aku pergi keje kat luar buat akaun tapi mujurlah tiada client yang perlu buat kerja akaun di luar. Waktu tu memang terasa dan rasa sedih tapi aku tahan jangan nangis depan boss dan semua yang ada kat situ.

Time ni yang buat aku bertahan adalah, nasihat mak dan kata-kata semangat dari budak praktikal. Senior memang ada tegur, cara aku kerja dan bagi nasihat untuk aku baiki prestasi aku bekerja. Tapi bila aku start untuk baiki, tak sampai seminggu, Boss macam tak bagi aku peluang, dan aku pula mula putus asa.

Waktu ini juga bila aku audit diri, yang pertama, aku memang tak jaga solat. Waktu subuh dan isyak tinggal sebab bangun lambat dan tidur awal. Rezeki aku pun rasa tak berkat, gaji banyak tapi aku rasa tak cukup padahal aku duduk dengan keluarga. Hutang PTPTN pun aku tak boleh bayar bulan-bulan. So, boleh dikatakan dalaman aku pun lemah dan dapat pula ujian pressure dari boss dan kerja, waktu ni memang aku rasa lost dan masih tidak sedar diri untuk berubah dan untuk baiki diri aku.

So, aku tekad bulan Ogos 2015 aku hantar notis perletakan jawatan sebulan dengan alasan aku nak sambung Master, padahal tak pun, hahha. Tapi alhamdulillah bila Boss dan senior tanya, aku boleh cerita kebetulan, ada kawan juga sambung master, so dia share lah tentang tu dan sebaik boss tak minta offer letter untuk sambung belajar. Sebaik, alhamdulillah, ye lah dia kan tak sabar nak suruh aku blah dari syarikat dia.

Dan 30 September 2015 adalah hari kebebasan aku tetapi time aku minta berhenti aku memang takde backup plan atau cari kerja lain. Memang gamble hantar surat resigned sebab dah tak tahan dan prestasi semakin menurun dan diri aku pun tak bermotivasi untuk teruskan hidup.

So, start bulan Oktober tu, aku just duduk rumah dan layan drama korea, aku ingat lagi cerita It’s Okay it’s Love dan makan dan tidur. Sampailah mak aku tegur dan marah dia suruh aku cari kerja.

Kebetulan aku tengok FB dan aku tertarik dengan kawan university dulu dia berkerja assist jemaah haji tahun tu. So, aku tanya dia camne nak apply dan dia bagi borang SL1M Tabung Haji dan aku isi dan hantar, alhamdulillah aku berjaya interview dan dapatlah kerja.

Dan aku syukur giler, aku dapat tawaran kerja sebagai pelatih SL1M kat Tabung Haji bermula 1 November 2015. So aku dah selamat dan buang title as penganggur di rumah dan mak aku pun happy dan teruja aku kerja di TH. Alhamdulillah.

Kesimpulannya, ikutkan aku memang masih sakit hati dengan ex boss tapi rupanya Allah nak bagi sesuatu yang lebih indah dan tenang. Yang penting sentiasa jaga hubungan dengan Allah dan buat semua kerja atau sesuatu perkara tanpa mengharapkan recognition dari manusia. Yang penting ikhlas dan dapat gaji berkat. So, saya maafkan Boss dan terima kasih atas semuanya ilmu dan pengalaman bekerja dengan boss, memang best dan some of knowledge dan skills saya apply dekat kerja sekarang. Alhamdulillah, moga boss sentiasa sihat, happy dan kaya serta berjaya.

(Ya Allah, rasa tenang...allahu...terima kasih Allah, bila tulis semua ni dan tengok balik rezeki dan nikmat yang kita dapat, rasa tenang dan best dan bersyukur dengan pengalaman yang kita rasa. Sha, aku bangga dengan kau sebab berani dan sungguh-sungguh masuk GMR ni, I Love You)

Alhamdulillah, Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, syukur atas kurniaan dan rahmat yang kau berikan kepadaku untuk kembali semula kepadaMu. Ya Allah, ampunkan dosaku dan terima kasih Allah, kerana kau menutup aib aku dan sentiasa memberi peluang untuk aku bertaubat dan kembali mengejar cintaMu. Alhamdulillah, syukur atas semuanya. Aamiin. Ya Allah, yang Maha Kuat dan Maha Menguasai, kurniakanlah aku kekuatan untuk memaafkan orang yang menyakitkan aku dan kurniakanlah kekuatan kepada aku untuk meminta maaf kepada orang yang aku sakiti dan lembutkan hati mereka untuk memaafkan aku. Aamiin.

Jumaat, Ogos 28, 2020

Impian Untuk Tahun 2020 - Pqa yg comel

 Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Moga dalam rahmat Allah sentiasa.

Alhamdulillah, berkesempatan menjenguk dan mencatat perkembangan terbaru aku kat blog ni. Lama giler aku tinggal. Hahahaah

Sekarang dah masuk tahun 2020 dan umur aku pun nak masuk 30 series. Ikutkan hati tak yakin nak tempuh umur 30 an dengan macam-macam yang aku belum capai. Antaranya, lesen kereta. Sebenarnya setiap tahun aku aim nak dapat lesen kereta tetapi tak ambil-ambil adalah kot dalam 4 tahun. hahaha. Siap kawan aku kat Bangi cakap, cita-cita ko nak abik lesen sama ngan cita-cita dia nak kurus setiap tahun tapi tak capai-capai lagi...huhuhu. Moga tahun 2020, pencetus aku berjaya dapat lesen. Aamiin, tolong doakan saya ye.

Kedua, aku aim nak kahwin tahun ni atau tahun depan. Masih dalam proses pencarian dan kenal seseorang. Mula-mula aku taknak fikir dah pasal kawen sebab sampai sekarang tiada sape yang hulur salam pengenalan ngan aku. Pastu aku rasa sunyi dan teringin nak ada anak sendiri sebab main dengan anak buah tak sama dan selalu rindu ngan dorang. Pastu aku pun dah nak masuk 30 tahun, aku fikir kalau aku masih berlengah tidak cari kawan atau calon, peluang untuk aku mengandung semakin tipis. Tapi ramai orang sekeliling aku cakap jangan kawen sbb nak anak sahaja sebab ada yang dah kawen bertahun-tahun belum rezeki mendapat zuriat. Jangan jadi Tuhan untuk menentukan atau menanya benda-benda camni....camtula. Tapi aku memang bersungguh-sungguh tahun ni nak kenal ngan orang, atleast aku mencuba dan tidak duduk diam menunggu jodoh sampai pintu...huhu. So, start tahun ni aku aktifkan akaun Baitul Jannah aku, masuk kelas motivasi untuk baiki diri dan bina keyakinan diri dan paling penting baiki hubungan dengan Allah dan berharap sepenuhnya kepada Allah. Nanti aku akan cerita proses aku beranikan diri ngurat orang....hehehhhehee. teruja kan nak tahu..tapi doakan saya ye dipermudahkan dan diredhai semuanya. Aamiin.

Ketiga, kerja tetap. Alhamdulillah sekarang aku keje ngan kerajaan, orang ramai kata untung tapi ini semuanya rezeki sebab aku pun lagi setahun tempoh percubaan. Doakan aku ye. Sebenarnya aku pun tak sangka aku akan keje ngan kerajaan, sebab masa belajar aku aim nak dapat charted accountant atau kerja kat Tabung Haji tapi takde rezeki di sana lak. Sekarang aku banyak buat admin dari kewangan, agak susah juga untuk adapt tapi fikirkan rezeki jangan ditolak dan amanah serta tanggungjawab as pekerja dan lepas covid-19 lg banyak orang kena buang kerja, so jangan memilih dan bersyukur sentiasa dan jaga prestasi kerja baik-baik. Kita tak tahu akan datang, sye doakan untuk rakan-rakan yang masih mencari kerja berjaya mendapat kerja yang diidamkan. Ingat tau sentiasa bersyukur dan grab all opportunity depan mata kita, atleast itu semua pengalaman dan kita ada duit poket dan simpanan untuk kecemasan dan lain-lain. Sebab sekarang ekonomi mmg affected by covid-19, satu dunia sbb PKP dan perintah berkurung. Tapi dengarnya, sejak PKPP ekonomi sedang semakin pulih. Tapi sayangnya tak tahu la nape Israel serang Gaza, tak boleh ke aman dan berdamai je. Bukan bole masuk syurga pun lagi merosakkan dunia adalah. entahla...selamatkanlah saudara-saudara islamku di seluruh dunia. aamiin.

So, setakat sini jela ye. so far inilah aim/goals/impian aku yg paling besar dan ingin aku capai before 30 tahun. Doakan saya ye. Terima kasih semua. Moga mendapat manfaat walaupun ini adalah diari online saya. :)