Ahad, November 04, 2012

Cinta ke tu??? ~part 7~


Alhamdulillah, aku syukur giler kat mamat tu sebab tak bocorkan perlakuan buruk aku kepada bos aku yang garang tu……syukur sangat, sampai nak buat kenduri doa selamat tujuh hari tujuh malam….oooh, melampau sangat tu…aku mana ada duit nak buat kenduri bagai tengah2 bulan ni….

“Adakah aku perlu berterima kasih kepada mamat tu…..hmmm, insya-Allah kalau aku jumpa dia nanti barulah.”  Ati bermonolog dan tanpa sedar dia telah berjanji jika bertemu kembali dengan Zamir dia akan berterima kasih. Tapi adakah aka nada pertemuan antara mereka lagi?

Tepat pukul 6.00 petang, Ati dan Fatin sudah bergegas mengejar train yang begitu pantas bergerak serta bersesak-sesak dengan penumpang yang lain. Tetapi Ati tetap memilih naik KTM daripada bas kerana sekurang-kurangnya dekat train itu ada coach istimewa untuk wanita, walaupun ada segelintir yang mengaku dia wanita.

Ati melihat gelagat para penumpang di train yang dia naiki, macam-macam ragam, adanya mendengar MP3, MP4, ada yang tengah berbual di telefon dan ada juga yang tersengih-sengih berbalas mesej dengan buah hati, melihat panorama ini selama 10 tahun mengenal apa itu cinta, hati Nurul berbisik cemburu dan iri hati. Kadang-kadang sampai menyalahkan takdir kenapa jodoh susah nak datang kat dia……tapi setelah bergaul dengan rakan yang faham agama dan mempraktikannya, hati aku rasa tenang.

 Kata mereka, cinta atau jodoh itu pasti akan tiba bila diri kita dah bersedia untuk memikul amanah serta peranan dalam bercinta atau lebih manis perkahwinan. Ya betul, kita tak boleh menanti je tanpa membuat apa2 tapi bukan dengan cara kita berkawan dengan lelaki tanpa batasan, terhegeh2, berlagak gedik, pakai seksi-meksi. BUKAN. Cara terbaik adalah dengan memantapkan hubungan dengan ALLAH serta hubungan dengan manusia…..

Dan itulah yang aku pegang sampai sekarang, tapi iman aku ni stay ada turun naik juga lah…..hihi, tapi aku stay mencuba……berdoa juga aku tidak pernah lupa…..Moga aku akan berjumpa denga si dia yang tercipta untukku. Amin….

“Ati……Ati…..!” kejut Fatin.

“Yeah, kenapa ko ni, kacau je lamunan indah aku ni” marah Ati.

“Ala…..ko ni, memang nak sentap je….., sebenarnya ada benda penting yang aku nak bincang dengan ko ni. Berkenaan hidup dan mati” luah Fatin dengan seriusnya.

Almak minah ni macam serius bebenor je, buat aku seram je…penting sangat ke “Wait…kita cakap kat rumah ti tak boleh ke? Inikan public place, tak sesuailah….ok ke??? Balas Ati, ialah tak sampai hati nak hampakan kawan sendiri, right?

“Ok, thanks.” Hups, baru hati aku lega, dari tadi tak habis2 dub dab dub dab je……lega Fatin dengan jawapan Ati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan