Isnin, November 26, 2012

Why Men can't listen and why Women can't read map in Islamic view

Kesimpulan dari Forum: "Why Men can't listen and why Women can't read map...?"

  • Allah hanya melihat hambaNya yang bertaqwa tak kira dia miskin, kaya, lelaki atau perempuan.
  • Yang bezakan dua jantina ini adalah SIKAP masing-masing.
  • Jaga MATA, MULUT, TELINGA untuk elak zina hati dan zina yang lain2 (tangan, kaki, dll)
  • Tanda orang yang beriman ialah depan dan belakang manusia yang lain dia tak hipokrit.
  • Jaga adab pergaulan antara lelaki dan perempuan. Boleh bekerja tapi ada batasnya, okay je tak payah pandang mata lawan gender untuk dapat komunikasi yang baik, itu hanya omong2 orang Barat je...Kerja jalan syariah terpelihara... :)
jom jadi manusia yang menarik pasangan kita ke syurga 
 
EGO + IMAN = PRINSIP + REDHA ALLAH




Khamis, November 22, 2012

Gunung Brinchang, cameron Highland

Assalam...
mood : stay diawangan Gunung Brinchang, Cameron Highland.

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke Cameron Highland...Yeah...alhamdulillah.

Even persediaan untuk kesana sangat kelam-kabut dan rushing, tapi ia berbaloi, dekat sana memang the best...

Boleh le rasa macam bercuti dekat negara luar yang ada 4 musim. Pengalaman kami dekat sana sangat bernilai dan bermakna, 1 dalam sejuta... :)

Dekat sana le kitorang bole rasa perasaan student yang further study bila musim sejuk, berbual dengan kawan2 keluar asap dari mulut..semua batak..hahaha. :D

Sebenarnya, program ini adalah ekspedisi mendaiki gunung bukan berjalan-jalan macam orang pergi honeymoon bagai... Bagi aku Gunung Brinchang amat mencabar dan lagi dahsyat masa aku PLKN dulu. Tapi ini adalah gunung pertama yang aku daki...

Tapi, masya-Allah, subhana-Allah, sangat berbaloi peluh yang keluar ketika mendaki itu, pemandangan kat sana memang 1 dalam sejuta...sangat cantik, even tangkap gambar pun tak sama or not exactly the eyes had saw....wow, hebat ciptaan Allah, memang tiada tandingan. Alhamdulillah, Ya Allah, Kau pilih aku dan kawan2 merasa nikmat ciptaan Kau yang sangat indah.

Malangnya, ketika menurun dari gunung itu yang menguji stamina. Kami berjalan kaki selama 9 km...Balik itu memang lenguh2 kaki sampai bawa ke pinggang. Memang azab tapi ia berbaloi sebab pemandangan sepanjang jalan sangat cantik dan mempersonakan, kebun sayur, taman bunga, rumah persendirian yang cantik design dia dan paling utama aku dapat tengok live ladang teh. Kalau tak silap itu kepunyaan Teh Boh...wow sangat hijau dan cantik.

Kitorang sempat menangkap gambar kat sana dan hari terakhir kami belanja puas2, beli strawbery, souvenir utk bg kwn2 dan family, bantal peluk dll. Kitorang berasa puas, even duit banyak habis, yele...masa berbelanja itu,  moto aku adalah "beli je, bila lagi nak datang kat sini, macam banyak duit sgt..."

Dan masa hari terakhir itu aku rasa sedih macam tak nak balik, even waktu pagi mengigil dan air yang sangat sejuk, rasa sangat berat untuk menaiki bas dan pulang. Biasalah dah balik kampus banyak betul tanggungjawab yang menanti tapi mungkin sebab lain kot...huhu (nada gedik)

Dekat sana boleh pula aku tangkap admirer dekat salah sorang guider ekspedisi tu...hish....hish...
Yele bila lagi boleh jumpa dia, sempat lagi berazam dalam diri kalau aku jumpa dia lagi, maknanya ada jodoh lah tu...hahaha, angan2 je hihi : p

Pape, Brinchang, Cameron Highland the best ever.... : )

atas gunung brinchang    

Ladang Teh Boh

Isnin, November 12, 2012

Surat untuk kawan yang jauh...

Assalam...

aku dalam keadaan dilema...

masa aku PLKN dulu, aku ada minat + kagum dekat mamat cina ni dan aku sangat-sangat nak berdepan dengan dia balik. Kadang-kadang, aku pernah berangan, bila aku pergi lepak dengan kawan2 dekat shopping complex, aku akan terjumpa dia... Tiba2 like a magic, dia ada kat depan mata aku.

Tapi, alhamdulillah, benda tu tak jadi pun. Aku bukan apa, bukan cinta ye, aku cuma nak jumpa dia nak tahu dia belajar kat ne...dan macam2 aku nak tahu tp aku pasti ini bukan cinta or rindu seorang kekasih ia cuma rindu seorang kawan. Alamak, bukan dia lelaki ke...bukan salah ke rindu dekat orang bukan muhrim...? Tepuk dada tanya iman.

Pernah, dorang buat reunion, tapi aku malas nak gi ialah dorang buat bukan apa yang aku nak, maksud aku, aku nak tempat reunion tu macam makan2 kat hotel dan sedikit slide show/video dll.

Kitorang pun ada juga facebook, tapi nama dia takde, mugkin dia takde facebook kot.

Kalau boleh aku nak hanya aku yang perasan dia dan dia tak perasan, klw dia ada FB, boleh stalker dia kn??? hihi :P

aku harap, even dia berada dimana-mana, moga dia capai apa yang dia perlukan.

Dia, orang Kristian dan ambil Bible dkt sekolah dia, dan aku boleh nampak dia betul2 nak faham agama dan aku ingat lagi, dia ada kekeliruan tentang Bible. Cuma time aku dekat PLKN tu, aku tak terfikir pentingnya berdakwah untuk memperkenalkan kecantikan dan keunikan Islam kepada bukan Muslim dan juga membaiki remaja muslim kat situ... my bad :(

So, aku harap dia akan jumpa cahaya kebenaran dan mungkin sekarang dia dah peluk Islam dan menjadi muslim yang lebih baik dari aku....God willing it.

p/s: wei, B** mana2 ko berada, kita harap ko sihat dan jumpa cahaya serta berjaya dalam hidup k, hope jumpa lagi...

(alamak, rasa macam tulis surat dekat pakwe lama lak....)

Ahad, November 11, 2012

Kuat vs Lemah

Assalam

Hari ini aku rasa lesu sangat, even tak buat apa2 kat rumah, rasa penat dan nak tidur je....hmm macam mana nak dpt tubuh sihat ni.

Aku baru sedar kelemahan aku, aku kalau tengah malu akan mengakibatkan semua aktiviti aku akan jadi kelam-kabut.

Cerita dia camni, tadi masa aku tengah isi minyak, tiba2 pakcik polis trafik tegur aku sebab time tu aku nak gerak dan sebagai orang Islam kita akan membaca doa naiki kenderaan dan tadi aku baca sekejap dan tak habis doa tu lagi aku dah aminkan doa tu dan pakcik tu nampak dan dia tegur... (berapa banyak dan daa...)

Yang membuatkan aku malu, rupa pakcik itu macam rupa mamak, kalau islam takpe le, kalau bukan. Ya Allah, malunya, dan rasa berdosa sebab tunjuk contoh yang tak baik dekat orang bukan Islam.

Kalau boleh aku tak nak bagi orang bukan Islam nampak yang orang Islam itu tak betul, takut ia akan membuatkan mereka tidak jadi masuk Islam, dahlah aku nak berdakwah tu memang tak boleh le...sebab iman dan pengetahuan aku pun lebih nipis dan lebih kecil dari kuman. So, hanya menunjukkan apa yang aku faham je le jalan yang aku boleh buat untuk masa sekarang.

Sekurang-kurangnya ada juga bakti aku dekat Islam kan...tapi satu hari nanti aku kena kembangkan dan tingkatkan usaha untuk perbetulkan tanggapan mereka terhadap Islam. God willing it. Insya-Allah.

Dan lagi satu, betul le kata hadis (or pepatah, maaf tak sure :(, nmpk sgt lemah):

"orang Islam yang kuat lagi Allah suka dari yang lemah"

sebab aku rasa benda ni, aku ni lembik, nak tolak keluar motor pun ambil masa yang lama, siap kena tegur lagi dan yang malunya dekat opposite gender le, kalau boleh aku tak nak nampak lemah dekat dorang sebab nanti senang dorang perkotak-katikkan kita.

Even tak mcm related dgn kata2 tersebut tapi betul apa. Orang Islam perlu kuat supaya musuh tak berani buat apa2 kat kita, contoh macam orang Barat pegang pasaran ekonomi, kalau apa2 terjadi dekat dorang, kita yang sedang naik pun akan kena tempias juga... So, mari kita jadi kuat dalam segala benda bukan tang makan je and cakap je. Ok, lets do it.

~p/s: benda ini hanya pendapat aku yang menggunakan otak dan pengalaman yang sedikit takda fakta yang kukuh pun just on my head only...huhu~





Isnin, November 05, 2012

Jodoh vs Cinta

Tiba-tiba je aku nak mengulas apa yang aku faham tentang jodoh dan cinta ni. Hal ini disebabkan oleh kawan aku yang baca novel tajuk ni lah lebih kurg, Jodoh dan Cinta, under Kaya Novel. Mula-mula aku baca sinopsis dia aku tak faham apa orang tu nak cakap dan baca lagi sekali baru aku jelas apa yang penulis ingin sampaikan.

Mereka, watak utama, hero dan heroin berkahwin tapi time tu dorang tak bercinta lagi, time ni hati masing-masing membenci antara satu sama lain. In other hand, bila dorang dah jatuh cinta, banyak betul halangan terjadi sampai terdetik dalam hati mereka, perkahwinan ini tidak akan kekal dan dekat sini lah JODOH dan CINTA dipertikaikan maknanya.

Tapi, kerana jodoh dorang kuat dan cinta yang suci antara mereka, alhamdulillah, dorang bahagia.

Macam biasalah, ending novel mesti yang best punye dan happy ending, kalau tak pembaca mesti merungut. Itu juga yang aku rasalah, baca tebal2 tapi akhir mcm hampei je....rasa rugi kat situ, tapi ikut creativity of authors to make the best ending of their novels even it was a bad ending... right?

Ok, masuk balik tajuk kat atas, bagi aku cinta itu lebih kepada perasaan sayang kita kepada something or somebody. Manakala, jodoh means takdir yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa dan ia lebih selamat kerana si dia kita yang punya...haha or kita dah jadi suami/isteri lah.

Thus, aku lebih memilih untuk jodoh sebab ia pasti, kerana aku percaya bila kita kahwin dengan sesorg tu dan dialah yang wajib kita cinta, sayang, rindu, belai, prihatin dan lain. Ia lebih selamat dan jauh dari nodakan? Even kita tak kenal sangat orang itu tapi kita percaya dengan janji Allah dengan melakukan istikharah dan musyawarrah serta redha orang tua, cinta itu pasti akan berputik, cuma cepat atau lambat je.

Manakala, cinta itu universal. Cinta kepada tuhan, ibubapa, harta, couple dll. Sebagai contoh kita fokuskan cinta kita kepada manusia, andaikata kita bercinta sekarang with someone, it was uncertainty that he/she will be our husband/wife or maybe not, takde janji dan kepastian atas itu. So, I choose to waited my JODOH than CINTA.

Ahad, November 04, 2012

Cinta ke tu??? ~part 7~


Alhamdulillah, aku syukur giler kat mamat tu sebab tak bocorkan perlakuan buruk aku kepada bos aku yang garang tu……syukur sangat, sampai nak buat kenduri doa selamat tujuh hari tujuh malam….oooh, melampau sangat tu…aku mana ada duit nak buat kenduri bagai tengah2 bulan ni….

“Adakah aku perlu berterima kasih kepada mamat tu…..hmmm, insya-Allah kalau aku jumpa dia nanti barulah.”  Ati bermonolog dan tanpa sedar dia telah berjanji jika bertemu kembali dengan Zamir dia akan berterima kasih. Tapi adakah aka nada pertemuan antara mereka lagi?

Tepat pukul 6.00 petang, Ati dan Fatin sudah bergegas mengejar train yang begitu pantas bergerak serta bersesak-sesak dengan penumpang yang lain. Tetapi Ati tetap memilih naik KTM daripada bas kerana sekurang-kurangnya dekat train itu ada coach istimewa untuk wanita, walaupun ada segelintir yang mengaku dia wanita.

Ati melihat gelagat para penumpang di train yang dia naiki, macam-macam ragam, adanya mendengar MP3, MP4, ada yang tengah berbual di telefon dan ada juga yang tersengih-sengih berbalas mesej dengan buah hati, melihat panorama ini selama 10 tahun mengenal apa itu cinta, hati Nurul berbisik cemburu dan iri hati. Kadang-kadang sampai menyalahkan takdir kenapa jodoh susah nak datang kat dia……tapi setelah bergaul dengan rakan yang faham agama dan mempraktikannya, hati aku rasa tenang.

 Kata mereka, cinta atau jodoh itu pasti akan tiba bila diri kita dah bersedia untuk memikul amanah serta peranan dalam bercinta atau lebih manis perkahwinan. Ya betul, kita tak boleh menanti je tanpa membuat apa2 tapi bukan dengan cara kita berkawan dengan lelaki tanpa batasan, terhegeh2, berlagak gedik, pakai seksi-meksi. BUKAN. Cara terbaik adalah dengan memantapkan hubungan dengan ALLAH serta hubungan dengan manusia…..

Dan itulah yang aku pegang sampai sekarang, tapi iman aku ni stay ada turun naik juga lah…..hihi, tapi aku stay mencuba……berdoa juga aku tidak pernah lupa…..Moga aku akan berjumpa denga si dia yang tercipta untukku. Amin….

“Ati……Ati…..!” kejut Fatin.

“Yeah, kenapa ko ni, kacau je lamunan indah aku ni” marah Ati.

“Ala…..ko ni, memang nak sentap je….., sebenarnya ada benda penting yang aku nak bincang dengan ko ni. Berkenaan hidup dan mati” luah Fatin dengan seriusnya.

Almak minah ni macam serius bebenor je, buat aku seram je…penting sangat ke “Wait…kita cakap kat rumah ti tak boleh ke? Inikan public place, tak sesuailah….ok ke??? Balas Ati, ialah tak sampai hati nak hampakan kawan sendiri, right?

“Ok, thanks.” Hups, baru hati aku lega, dari tadi tak habis2 dub dab dub dab je……lega Fatin dengan jawapan Ati.