Ahad, November 11, 2012

Kuat vs Lemah

Assalam

Hari ini aku rasa lesu sangat, even tak buat apa2 kat rumah, rasa penat dan nak tidur je....hmm macam mana nak dpt tubuh sihat ni.

Aku baru sedar kelemahan aku, aku kalau tengah malu akan mengakibatkan semua aktiviti aku akan jadi kelam-kabut.

Cerita dia camni, tadi masa aku tengah isi minyak, tiba2 pakcik polis trafik tegur aku sebab time tu aku nak gerak dan sebagai orang Islam kita akan membaca doa naiki kenderaan dan tadi aku baca sekejap dan tak habis doa tu lagi aku dah aminkan doa tu dan pakcik tu nampak dan dia tegur... (berapa banyak dan daa...)

Yang membuatkan aku malu, rupa pakcik itu macam rupa mamak, kalau islam takpe le, kalau bukan. Ya Allah, malunya, dan rasa berdosa sebab tunjuk contoh yang tak baik dekat orang bukan Islam.

Kalau boleh aku tak nak bagi orang bukan Islam nampak yang orang Islam itu tak betul, takut ia akan membuatkan mereka tidak jadi masuk Islam, dahlah aku nak berdakwah tu memang tak boleh le...sebab iman dan pengetahuan aku pun lebih nipis dan lebih kecil dari kuman. So, hanya menunjukkan apa yang aku faham je le jalan yang aku boleh buat untuk masa sekarang.

Sekurang-kurangnya ada juga bakti aku dekat Islam kan...tapi satu hari nanti aku kena kembangkan dan tingkatkan usaha untuk perbetulkan tanggapan mereka terhadap Islam. God willing it. Insya-Allah.

Dan lagi satu, betul le kata hadis (or pepatah, maaf tak sure :(, nmpk sgt lemah):

"orang Islam yang kuat lagi Allah suka dari yang lemah"

sebab aku rasa benda ni, aku ni lembik, nak tolak keluar motor pun ambil masa yang lama, siap kena tegur lagi dan yang malunya dekat opposite gender le, kalau boleh aku tak nak nampak lemah dekat dorang sebab nanti senang dorang perkotak-katikkan kita.

Even tak mcm related dgn kata2 tersebut tapi betul apa. Orang Islam perlu kuat supaya musuh tak berani buat apa2 kat kita, contoh macam orang Barat pegang pasaran ekonomi, kalau apa2 terjadi dekat dorang, kita yang sedang naik pun akan kena tempias juga... So, mari kita jadi kuat dalam segala benda bukan tang makan je and cakap je. Ok, lets do it.

~p/s: benda ini hanya pendapat aku yang menggunakan otak dan pengalaman yang sedikit takda fakta yang kukuh pun just on my head only...huhu~





Tiada ulasan:

Catat Ulasan