Tiba-tiba je aku nak mengulas apa yang aku faham tentang jodoh dan cinta ni. Hal ini disebabkan oleh kawan aku yang baca novel tajuk ni lah lebih kurg, Jodoh dan Cinta, under Kaya Novel. Mula-mula aku baca sinopsis dia aku tak faham apa orang tu nak cakap dan baca lagi sekali baru aku jelas apa yang penulis ingin sampaikan.
Mereka, watak utama, hero dan heroin berkahwin tapi time tu dorang tak bercinta lagi, time ni hati masing-masing membenci antara satu sama lain. In other hand, bila dorang dah jatuh cinta, banyak betul halangan terjadi sampai terdetik dalam hati mereka, perkahwinan ini tidak akan kekal dan dekat sini lah JODOH dan CINTA dipertikaikan maknanya.
Tapi, kerana jodoh dorang kuat dan cinta yang suci antara mereka, alhamdulillah, dorang bahagia.
Macam biasalah, ending novel mesti yang best punye dan happy ending, kalau tak pembaca mesti merungut. Itu juga yang aku rasalah, baca tebal2 tapi akhir mcm hampei je....rasa rugi kat situ, tapi ikut creativity of authors to make the best ending of their novels even it was a bad ending... right?
Ok, masuk balik tajuk kat atas, bagi aku cinta itu lebih kepada perasaan sayang kita kepada something or somebody. Manakala, jodoh means takdir yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa dan ia lebih selamat kerana si dia kita yang punya...haha or kita dah jadi suami/isteri lah.
Thus, aku lebih memilih untuk jodoh sebab ia pasti, kerana aku percaya bila kita kahwin dengan sesorg tu dan dialah yang wajib kita cinta, sayang, rindu, belai, prihatin dan lain. Ia lebih selamat dan jauh dari nodakan? Even kita tak kenal sangat orang itu tapi kita percaya dengan janji Allah dengan melakukan istikharah dan musyawarrah serta redha orang tua, cinta itu pasti akan berputik, cuma cepat atau lambat je.
Manakala, cinta itu universal. Cinta kepada tuhan, ibubapa, harta, couple dll. Sebagai contoh kita fokuskan cinta kita kepada manusia, andaikata kita bercinta sekarang with someone, it was uncertainty that he/she will be our husband/wife or maybe not, takde janji dan kepastian atas itu. So, I choose to waited my JODOH than CINTA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan