Khamis, Disember 13, 2012

Senior vs Junior

Pada waktu malam yang permai berlaku lah pertemuan senoir dengan juniornya dan berlaku perbualan antara mereka.

Junior: Maaf...maaf senior, saya tak kenal tadi, macam tak yakin takut nak tegur risau salah orang...(sambil menggaru kepala.

Senior: takpe...saya pun bersalah gak, saya takut nak tegur, selalunya saya selalu nampak awak dekat kafe, libry, naik tangga tapi saya pun risau salah orang...(sambil main handphone)

Junior:....(terdiam, cuba mencerna tapi lambat)...oh ye ke...ala...lain kali jumpa tegur je, in sha Allah saya menyahut punye...(sambil tersenyum malu)...saya minta diri dulu senior..ada hal nak kena uruskan... in sha Allah jumpa lagi....(tersenyum sambil melambaikan tangan dan beredar dari sana)

Senior: Ok...in sha Allah...belajar rajin2 ye....ALL THE BEST ALWAYS...

...................................................................................................................................................................

Sedikit sketsa yang realitinya sentiasa terjadi....dulu dia junior or senior kita bila dah masuk U sombong, taknak tegur...

Cuma nak tanya pendapat korang le...., sape yang patut tegur dulu, senior or junior....?

Or, ia tak kisah...kalau dulu korang rapat dengan dorang, tak ada rasa segan nak tegur even berlainan jantina. Thus, sombong dengan senior/junior takde kat situ...

But for senior yang kita tak pernah cakap hanya tahu nama je, apa pula reaksi kita dan kita yakin itu dia...?

Bagi aku, aku akan tegur even takut dorang tak menagku junior pula, cuma kalau aku dapat putarkan waktu, aku akan tegur senior yang aku jumpa tu, sebab sebagai junior even tak rapat, ia merupakan tugas kita untuk start the move because, dia lebih tua dari kita dan ia lebih sopan kita tegur dorang dulu...

In sha Allah, I wiil do this, great my ex-senior. Amin..maybe dengan girl je le dengan lelaki segan lah..pape kena jaga adab gak... :) 

Jom great our senior.


Sabtu, Disember 08, 2012

AKU HIPOKRIT...MAAFKAN AKU

Assalam...

Aku tengah konfius sekarang ni.....
hari tu aku pergi usrah dorang cakap sesuatu yang buat aku nak buat benda tu...
tapi tadi aku baca blog inche gabbana dia cakap jangan jadi hipokrit...tak buat apa yang kita cakap...
dan aku rasa bersalah kat situ...
sebab aku suruh orang boikot...
tapi aku pun kadang2 terpakai or terbeli benda boikot tu...
tapi bila fikir2 balik...betul kata inche gabbana tu...sikap 'dualisme' dalam diri memakan diri akhirnya...
tiba2 teringat kata seorang ustaz...."orang yang beriman dia peribadi dia sama di depan dan di belakang manusia"...
sangat susah kan???
tapi kat sini kekuatan iman kita dan kecintaan serta ketaatan kita kepada Allah yang menjadi benteng sikap dualisme ni....
in sha Allah...kita boleh....istiqamah dan start now...

cakap pasal hipokrit ni...major semua orang boleh bagi arahan dan suka-suki mengarah orang ikut kepala dia tapi cuba dia sendiri yang buat...kadang2 dia puye kerja pun cipot je tapi gah dia macam tsunami...ehh cam tak kene je...
tapi itu le realiti manusia mungkin kita pun  macam tu...thus, bila kita bekerja berkumpulan or sorang2 ingat 
ikhlas dan fikir itu tanggungjawab kita..
kalaw kita terima upah or ganjaran fikir le...kita kerja sedikit tapi dpt duit banyak...
keberkatan gaji kita dalam kesangsian

biar buruk di mata orang jangan buruk di mata Allah...
in sha Allah
sama2 kita perbaiki diri...
pesanan utk diri dan orang lain.

Isnin, November 26, 2012

Why Men can't listen and why Women can't read map in Islamic view

Kesimpulan dari Forum: "Why Men can't listen and why Women can't read map...?"

  • Allah hanya melihat hambaNya yang bertaqwa tak kira dia miskin, kaya, lelaki atau perempuan.
  • Yang bezakan dua jantina ini adalah SIKAP masing-masing.
  • Jaga MATA, MULUT, TELINGA untuk elak zina hati dan zina yang lain2 (tangan, kaki, dll)
  • Tanda orang yang beriman ialah depan dan belakang manusia yang lain dia tak hipokrit.
  • Jaga adab pergaulan antara lelaki dan perempuan. Boleh bekerja tapi ada batasnya, okay je tak payah pandang mata lawan gender untuk dapat komunikasi yang baik, itu hanya omong2 orang Barat je...Kerja jalan syariah terpelihara... :)
jom jadi manusia yang menarik pasangan kita ke syurga 
 
EGO + IMAN = PRINSIP + REDHA ALLAH




Khamis, November 22, 2012

Gunung Brinchang, cameron Highland

Assalam...
mood : stay diawangan Gunung Brinchang, Cameron Highland.

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke Cameron Highland...Yeah...alhamdulillah.

Even persediaan untuk kesana sangat kelam-kabut dan rushing, tapi ia berbaloi, dekat sana memang the best...

Boleh le rasa macam bercuti dekat negara luar yang ada 4 musim. Pengalaman kami dekat sana sangat bernilai dan bermakna, 1 dalam sejuta... :)

Dekat sana le kitorang bole rasa perasaan student yang further study bila musim sejuk, berbual dengan kawan2 keluar asap dari mulut..semua batak..hahaha. :D

Sebenarnya, program ini adalah ekspedisi mendaiki gunung bukan berjalan-jalan macam orang pergi honeymoon bagai... Bagi aku Gunung Brinchang amat mencabar dan lagi dahsyat masa aku PLKN dulu. Tapi ini adalah gunung pertama yang aku daki...

Tapi, masya-Allah, subhana-Allah, sangat berbaloi peluh yang keluar ketika mendaki itu, pemandangan kat sana memang 1 dalam sejuta...sangat cantik, even tangkap gambar pun tak sama or not exactly the eyes had saw....wow, hebat ciptaan Allah, memang tiada tandingan. Alhamdulillah, Ya Allah, Kau pilih aku dan kawan2 merasa nikmat ciptaan Kau yang sangat indah.

Malangnya, ketika menurun dari gunung itu yang menguji stamina. Kami berjalan kaki selama 9 km...Balik itu memang lenguh2 kaki sampai bawa ke pinggang. Memang azab tapi ia berbaloi sebab pemandangan sepanjang jalan sangat cantik dan mempersonakan, kebun sayur, taman bunga, rumah persendirian yang cantik design dia dan paling utama aku dapat tengok live ladang teh. Kalau tak silap itu kepunyaan Teh Boh...wow sangat hijau dan cantik.

Kitorang sempat menangkap gambar kat sana dan hari terakhir kami belanja puas2, beli strawbery, souvenir utk bg kwn2 dan family, bantal peluk dll. Kitorang berasa puas, even duit banyak habis, yele...masa berbelanja itu,  moto aku adalah "beli je, bila lagi nak datang kat sini, macam banyak duit sgt..."

Dan masa hari terakhir itu aku rasa sedih macam tak nak balik, even waktu pagi mengigil dan air yang sangat sejuk, rasa sangat berat untuk menaiki bas dan pulang. Biasalah dah balik kampus banyak betul tanggungjawab yang menanti tapi mungkin sebab lain kot...huhu (nada gedik)

Dekat sana boleh pula aku tangkap admirer dekat salah sorang guider ekspedisi tu...hish....hish...
Yele bila lagi boleh jumpa dia, sempat lagi berazam dalam diri kalau aku jumpa dia lagi, maknanya ada jodoh lah tu...hahaha, angan2 je hihi : p

Pape, Brinchang, Cameron Highland the best ever.... : )

atas gunung brinchang    

Ladang Teh Boh

Isnin, November 12, 2012

Surat untuk kawan yang jauh...

Assalam...

aku dalam keadaan dilema...

masa aku PLKN dulu, aku ada minat + kagum dekat mamat cina ni dan aku sangat-sangat nak berdepan dengan dia balik. Kadang-kadang, aku pernah berangan, bila aku pergi lepak dengan kawan2 dekat shopping complex, aku akan terjumpa dia... Tiba2 like a magic, dia ada kat depan mata aku.

Tapi, alhamdulillah, benda tu tak jadi pun. Aku bukan apa, bukan cinta ye, aku cuma nak jumpa dia nak tahu dia belajar kat ne...dan macam2 aku nak tahu tp aku pasti ini bukan cinta or rindu seorang kekasih ia cuma rindu seorang kawan. Alamak, bukan dia lelaki ke...bukan salah ke rindu dekat orang bukan muhrim...? Tepuk dada tanya iman.

Pernah, dorang buat reunion, tapi aku malas nak gi ialah dorang buat bukan apa yang aku nak, maksud aku, aku nak tempat reunion tu macam makan2 kat hotel dan sedikit slide show/video dll.

Kitorang pun ada juga facebook, tapi nama dia takde, mugkin dia takde facebook kot.

Kalau boleh aku nak hanya aku yang perasan dia dan dia tak perasan, klw dia ada FB, boleh stalker dia kn??? hihi :P

aku harap, even dia berada dimana-mana, moga dia capai apa yang dia perlukan.

Dia, orang Kristian dan ambil Bible dkt sekolah dia, dan aku boleh nampak dia betul2 nak faham agama dan aku ingat lagi, dia ada kekeliruan tentang Bible. Cuma time aku dekat PLKN tu, aku tak terfikir pentingnya berdakwah untuk memperkenalkan kecantikan dan keunikan Islam kepada bukan Muslim dan juga membaiki remaja muslim kat situ... my bad :(

So, aku harap dia akan jumpa cahaya kebenaran dan mungkin sekarang dia dah peluk Islam dan menjadi muslim yang lebih baik dari aku....God willing it.

p/s: wei, B** mana2 ko berada, kita harap ko sihat dan jumpa cahaya serta berjaya dalam hidup k, hope jumpa lagi...

(alamak, rasa macam tulis surat dekat pakwe lama lak....)

Ahad, November 11, 2012

Kuat vs Lemah

Assalam

Hari ini aku rasa lesu sangat, even tak buat apa2 kat rumah, rasa penat dan nak tidur je....hmm macam mana nak dpt tubuh sihat ni.

Aku baru sedar kelemahan aku, aku kalau tengah malu akan mengakibatkan semua aktiviti aku akan jadi kelam-kabut.

Cerita dia camni, tadi masa aku tengah isi minyak, tiba2 pakcik polis trafik tegur aku sebab time tu aku nak gerak dan sebagai orang Islam kita akan membaca doa naiki kenderaan dan tadi aku baca sekejap dan tak habis doa tu lagi aku dah aminkan doa tu dan pakcik tu nampak dan dia tegur... (berapa banyak dan daa...)

Yang membuatkan aku malu, rupa pakcik itu macam rupa mamak, kalau islam takpe le, kalau bukan. Ya Allah, malunya, dan rasa berdosa sebab tunjuk contoh yang tak baik dekat orang bukan Islam.

Kalau boleh aku tak nak bagi orang bukan Islam nampak yang orang Islam itu tak betul, takut ia akan membuatkan mereka tidak jadi masuk Islam, dahlah aku nak berdakwah tu memang tak boleh le...sebab iman dan pengetahuan aku pun lebih nipis dan lebih kecil dari kuman. So, hanya menunjukkan apa yang aku faham je le jalan yang aku boleh buat untuk masa sekarang.

Sekurang-kurangnya ada juga bakti aku dekat Islam kan...tapi satu hari nanti aku kena kembangkan dan tingkatkan usaha untuk perbetulkan tanggapan mereka terhadap Islam. God willing it. Insya-Allah.

Dan lagi satu, betul le kata hadis (or pepatah, maaf tak sure :(, nmpk sgt lemah):

"orang Islam yang kuat lagi Allah suka dari yang lemah"

sebab aku rasa benda ni, aku ni lembik, nak tolak keluar motor pun ambil masa yang lama, siap kena tegur lagi dan yang malunya dekat opposite gender le, kalau boleh aku tak nak nampak lemah dekat dorang sebab nanti senang dorang perkotak-katikkan kita.

Even tak mcm related dgn kata2 tersebut tapi betul apa. Orang Islam perlu kuat supaya musuh tak berani buat apa2 kat kita, contoh macam orang Barat pegang pasaran ekonomi, kalau apa2 terjadi dekat dorang, kita yang sedang naik pun akan kena tempias juga... So, mari kita jadi kuat dalam segala benda bukan tang makan je and cakap je. Ok, lets do it.

~p/s: benda ini hanya pendapat aku yang menggunakan otak dan pengalaman yang sedikit takda fakta yang kukuh pun just on my head only...huhu~





Isnin, November 05, 2012

Jodoh vs Cinta

Tiba-tiba je aku nak mengulas apa yang aku faham tentang jodoh dan cinta ni. Hal ini disebabkan oleh kawan aku yang baca novel tajuk ni lah lebih kurg, Jodoh dan Cinta, under Kaya Novel. Mula-mula aku baca sinopsis dia aku tak faham apa orang tu nak cakap dan baca lagi sekali baru aku jelas apa yang penulis ingin sampaikan.

Mereka, watak utama, hero dan heroin berkahwin tapi time tu dorang tak bercinta lagi, time ni hati masing-masing membenci antara satu sama lain. In other hand, bila dorang dah jatuh cinta, banyak betul halangan terjadi sampai terdetik dalam hati mereka, perkahwinan ini tidak akan kekal dan dekat sini lah JODOH dan CINTA dipertikaikan maknanya.

Tapi, kerana jodoh dorang kuat dan cinta yang suci antara mereka, alhamdulillah, dorang bahagia.

Macam biasalah, ending novel mesti yang best punye dan happy ending, kalau tak pembaca mesti merungut. Itu juga yang aku rasalah, baca tebal2 tapi akhir mcm hampei je....rasa rugi kat situ, tapi ikut creativity of authors to make the best ending of their novels even it was a bad ending... right?

Ok, masuk balik tajuk kat atas, bagi aku cinta itu lebih kepada perasaan sayang kita kepada something or somebody. Manakala, jodoh means takdir yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa dan ia lebih selamat kerana si dia kita yang punya...haha or kita dah jadi suami/isteri lah.

Thus, aku lebih memilih untuk jodoh sebab ia pasti, kerana aku percaya bila kita kahwin dengan sesorg tu dan dialah yang wajib kita cinta, sayang, rindu, belai, prihatin dan lain. Ia lebih selamat dan jauh dari nodakan? Even kita tak kenal sangat orang itu tapi kita percaya dengan janji Allah dengan melakukan istikharah dan musyawarrah serta redha orang tua, cinta itu pasti akan berputik, cuma cepat atau lambat je.

Manakala, cinta itu universal. Cinta kepada tuhan, ibubapa, harta, couple dll. Sebagai contoh kita fokuskan cinta kita kepada manusia, andaikata kita bercinta sekarang with someone, it was uncertainty that he/she will be our husband/wife or maybe not, takde janji dan kepastian atas itu. So, I choose to waited my JODOH than CINTA.

Ahad, November 04, 2012

Cinta ke tu??? ~part 7~


Alhamdulillah, aku syukur giler kat mamat tu sebab tak bocorkan perlakuan buruk aku kepada bos aku yang garang tu……syukur sangat, sampai nak buat kenduri doa selamat tujuh hari tujuh malam….oooh, melampau sangat tu…aku mana ada duit nak buat kenduri bagai tengah2 bulan ni….

“Adakah aku perlu berterima kasih kepada mamat tu…..hmmm, insya-Allah kalau aku jumpa dia nanti barulah.”  Ati bermonolog dan tanpa sedar dia telah berjanji jika bertemu kembali dengan Zamir dia akan berterima kasih. Tapi adakah aka nada pertemuan antara mereka lagi?

Tepat pukul 6.00 petang, Ati dan Fatin sudah bergegas mengejar train yang begitu pantas bergerak serta bersesak-sesak dengan penumpang yang lain. Tetapi Ati tetap memilih naik KTM daripada bas kerana sekurang-kurangnya dekat train itu ada coach istimewa untuk wanita, walaupun ada segelintir yang mengaku dia wanita.

Ati melihat gelagat para penumpang di train yang dia naiki, macam-macam ragam, adanya mendengar MP3, MP4, ada yang tengah berbual di telefon dan ada juga yang tersengih-sengih berbalas mesej dengan buah hati, melihat panorama ini selama 10 tahun mengenal apa itu cinta, hati Nurul berbisik cemburu dan iri hati. Kadang-kadang sampai menyalahkan takdir kenapa jodoh susah nak datang kat dia……tapi setelah bergaul dengan rakan yang faham agama dan mempraktikannya, hati aku rasa tenang.

 Kata mereka, cinta atau jodoh itu pasti akan tiba bila diri kita dah bersedia untuk memikul amanah serta peranan dalam bercinta atau lebih manis perkahwinan. Ya betul, kita tak boleh menanti je tanpa membuat apa2 tapi bukan dengan cara kita berkawan dengan lelaki tanpa batasan, terhegeh2, berlagak gedik, pakai seksi-meksi. BUKAN. Cara terbaik adalah dengan memantapkan hubungan dengan ALLAH serta hubungan dengan manusia…..

Dan itulah yang aku pegang sampai sekarang, tapi iman aku ni stay ada turun naik juga lah…..hihi, tapi aku stay mencuba……berdoa juga aku tidak pernah lupa…..Moga aku akan berjumpa denga si dia yang tercipta untukku. Amin….

“Ati……Ati…..!” kejut Fatin.

“Yeah, kenapa ko ni, kacau je lamunan indah aku ni” marah Ati.

“Ala…..ko ni, memang nak sentap je….., sebenarnya ada benda penting yang aku nak bincang dengan ko ni. Berkenaan hidup dan mati” luah Fatin dengan seriusnya.

Almak minah ni macam serius bebenor je, buat aku seram je…penting sangat ke “Wait…kita cakap kat rumah ti tak boleh ke? Inikan public place, tak sesuailah….ok ke??? Balas Ati, ialah tak sampai hati nak hampakan kawan sendiri, right?

“Ok, thanks.” Hups, baru hati aku lega, dari tadi tak habis2 dub dab dub dab je……lega Fatin dengan jawapan Ati.

Rabu, September 19, 2012

Cinta ke tu??? ~PART 6~


Dalam masa yang sama Zamir juga bermonolog dalam hatinya. Dia cuba mengingati rupa wanita yang berdiri dihadapannya……’Aku rasa aku pernah nampak perempuan ini tapi kat mana ye…..’ 

Di daun yang ikut
Mengalir lembut
Terbawa sungai ke hujung mata
Dan aku mula takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesak kan dada…..

Tiba-tiba telefon bimbit Zamir berbunyi memainkan lagu Di Ruang Rindu by Leto…yang memaksa dia melupakan seketika persoalan dalam kepalanya dan tanpa membuang masa dia mengangkatnya dengan perasaan malas dan berat hati untuk bercakap dengan Julia, sepupu merangkap bakal tunang dia.

“Hmm, hello, Ju kenapa call abang Mir ni, ada hal penting ke?” 

“Alaaa, abang ni bila Ju call je, abang tanya benda penting, orang rindu pun tak kan tak boleh call…abang ni memang. Ok lah, bye.” Merajuk Julia dengan bakal tunang dia dan terus meng’off’n handset BBnya.

“Ju, Ju, Ju…..lah dah merajuk lah pulak. Lantak ko lah, malas aku nak layan.” Monolog Zamir sambil memasukkan handsetnya ke dalam poket baju.

Ting…..

Bunyi pintu lif yang terbuka di tingkat 10 menyedarkan Ati dan memaksanya berhenti menelinga perbualan antara pasangan kekasih yang merajuk manja…huhu. Biasalah lumrah orang berkasih.

Dah, Ati better ko pergi ke meja ko cepat banyak lagi kerja yang kau belum settle lagi, deadline dah nak dekat ni……ok, Ati semangat, chayok2, aza2 fighting. (macam2 bahasa keluar). Tetapi Ati berhenti melangkah bila suara lelaki itu meminta pertolongan.

“Maaf, saudari, boleh saya tahu pejabat En. Munir ditingkat ini kan, tingkat sepuluh?” Tanya Zamir kepada perempuan yang satu lif dengannya.

“Hah…,err, aaa, apa…hmm….maaf, En. Munir dari KLM Sdn. Bhd. ke?” Tanya Ati, dengan tergagap-gagap sebab terkejut dan tergamam beserta kagum kerana pemuda di hadapannya sangat kacak dan macho serta gentleman. Habis pahala solat zohor aku tadi…eee

Zamir tersenyum kacak dan menjawab persoalan wanita tadi. “Ya, En. Munir B. Kadir, pejabat dia di sinikan?” tanpa jemu, Zamir mengulang kembali persoalan yang sama cuma ayat saja bertukar. Dalam hati, Zamir memuji wanita ayu dihadapannya, even she is a little clumsy but it makes her looks cute and yang peliknya hati Zamir asyik melihatnya tanpa hendak mengalihkan walau sesaat.

Ati cuba menumpukan perhatian pada pertanyaan si jejaka tetapi payah sebab lelaki itu memandangnya macam nak telan. Tanpa teragak-agak Nurul Atiyah hanya mengangguk dan terus berlalu menuju pejabatnya kerana dia tidak mampu mengawal gerak degupan jantungnya yang berdegup pantas seperti baru berlari 100 meter.

Alamak kenapa aku boleh berdebar ni, asal tiba-tiba pula, tapi takpe ke aku buat mamat tu macam tu, tapi dia tanya tentang bos aku tu. Andai kata dia client company, memang masak aku tapi nak buat camne, tadi jantung aku macam nak tercabut je tadi, baik aku blah cepat sebelum aku betul2 KO kat depan lif tadi.

Eh…eh, minah ni sombongnya dan kurang mesra pula tu, sabar je lah, terus cancel rancangan aku tadi nak pikat. Memang comfirm, kalau aku bawa dia jumpa mak ayah aku, memang dorang bantah awal2, dan terus cepatkan tarikh nikah aku dengan minah tak cukup umur tu….Ohhhh…ampun. Cis, sempat lagi berangan nak kahwin dengan perempuan tu….


tengok, kucing pun pakai spet.......so, jaga lah mata anda dengan baik.





Jumaat, September 14, 2012

Korang mungkin tak jumpa aku lagi...maaf ku pinta

Assalam kepada semua

Alhamdulillah, aku masih hidup dan mampu ketawa dan menangis bersam-sama

Al-kisah yang benar2 membuat aku rasa fobia nak lalu kawasan simpang Nilai Kolej. Aku baru balik dari Giant, Nilai menghantar surat PTPTN dekat pejabat pos kat situ.

After, lampu isyarat bertukar kepada hijau, aku pun gerak dan masuk lorong ke Desa Kasia. Bila dah dekat kawasan simpang Nilai Kolej, ada sebiji kereta warna putih ingin masuk simpang ke kanan aku, mungkin dia nak pergi ke stesen minyak or dia nak terus masuk ke kawasan perumahan.

Aku pelik dekat pemandu itu sebab bila aku masih jauh dia tak nak gerak tapi bila aku dah dekat baru dia nak gerak. Dalam masa yang sama, silap aku juga, time dekat simpang itu aku bawa motor gear empat, memang sangat laju......

Alhamdulillah, aku sempat mengelak dan pemandu itu pun tak pandu laju, kalau tak memang kawan2 aku tak akan jumpa aku kat lecture hall malam tu.....dan bersyukur kepada Allah, motor dan aku takde ape2 calar dan lain2 dan kereta tu pun takde pape.

Andai kata, aku tak sempat elak kereta tu, memang aku pergi lah. Sebab aku bawa motor memang risiko aku nak mati itu paling besar jikalau berlaku accident antara aku dan dia.......

Aku jadi takut dan bimbang, sebab kalau aku accident, lesen L aku memang mati sia2 dah lah aku sayang giler lesen aku even ia lesen L......itu lah satu-satunya lesen kenderaan yang aku ada.....tragik tak cinta aku..

So, insya-Allah aku dalam perancangan nak ambil lesen P.....Doakan aku ye...terima kasih.

Oh yeah, sebelum terlupa peristiwa ini mengajar aku supaya memandu berhati2 dan berhemah serta bila lalu dekat simpang jangan laju sangat dan pastikan perhati kiri kanan depan belakang...so, kawan2 aku harap korang tak akan jadi macam aku......k

Rabu, September 12, 2012

Alhamdulillah, aku sekarang dah masuk semester 5. Insya-Allah tinggal lagi satu tahun dan aku akan bergraduasi dua tahun lagi dan lepas tu mencari kerja. Harap aku dan kawan-kawan berjaya dengan cemerlang dan mudah mendapat pekerjaan nanti. Amien.

Sebelum aku berjaya untuk bergraduasi aku mesti lepas MUET dengan band 3. Yang merunsingkan aku sekarang dorang kata tahun depan (2013) format MUET akan berubah dan lebih susah dari sebelum ni. Bagi aku, Muet yang aku lemah sangat adalah component of Reading, Writing and Listening. Speaking bagi aku boleh lagi le tapi tak berapa bagus sangat.

Thus, aku tertarik dengan rancangan Oh My English!!!.....yang ditayangkan di astro. It quite impressive and interesting to watch it and I must take this opportunity to improve my English and prepare for MUET. Insya-Allah.

So, pelbagai halangan dan cubaan serta ujian yang wajib aku hadapi sebelum aku tamat belajar. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Amien  = )

Sabtu, Mei 19, 2012

Tip fresh back our eyes

assalam,

I would like to share something that is very useful as a student. Likely, in class, I easy feel asleep and this will make me loss to catch up what my teacher said. However, maybe I fall asleep lately that is why this happen but I want to try this tips that I taken from other blog, sorry I don't remember the link.....sorry.

The tip is, just read ayat Qursi with tajwid correctly and insya-Allah it can fresh our eyes back.....insya-Allah and we can able to focus during learning......lets try this.....ok... :)

kucing pun pakai spet

Doa bertemu jodoh (untuk wanita je tau)


I take from other blog, and this look interesting, so, why not we apply this doa......insya-Allah :)

Ahad, Mei 13, 2012


Even this tips is more suitable for secondary or primary school but this tips is infinity, even we are in university this is stay the same. Just our effort to do or not........Frankly say, I am lazy to do this thing but to make our more understand our learning why not we try this tips, right?

Cara elak maksiat

gambar ini aku rembat dari facebook orang. Jom kita buat sama2.........

Benda yang kita berat nak buat tapi ia ambil masa yang sedikit

sama2 le kita hayati dan mulakan dari sekarang

Jumaat, Mei 04, 2012

Bagi mereka, kalau kita tidak suka disusahkan
oleh orang lain, maka janganlah kita
menyusahkan orang lain. Itu hukumnya. Kalau
semua orang berkongsi pemikiran yang sama,
maka suasana yang harmonis insyaAllah
akan terhasil.

Khamis, April 05, 2012

Persediaan kepada bakal Ibubapa


persediaan kepada bakal ibu dan bapa.
didik anak kita menjadi penjuang diri, keluarga, agama Islam, bangsa, negara dan dunia.
so.....marilah kita doa dari sekarang supaya dikurniakan cahaya mata penyejuk mata dan soleh serta solehah.
tetapi diri kita juga perlu betul......
 

Selasa, Mac 20, 2012

We do we get

Today is 20 March 2012. This date is my birthday. About 20 years I am living in this world but nothing I had  contributed towards myself, family, religion, race, nation and world.

I am an envy when I saw the singer of Korean had success and knowing well in the eyes of the world like FT Island, Super Junior, 2am, Girls Generation and many more. They have a glory time in the age like me.....but I am still in this, type on my computer about my feelings.

But I understand now, they can achieve this success because they are proud to get it. Yeah, they are very hard working and tough to face the challenge to achieve their stage now and they PATIENCE to continue their ambition and hope and also the support from their fans and families.

So, now I must hard working, patience, strong, think positive and diligent in my study and my life to achieve my dream. For me, we will be success when we had effort, pray and tawakal to ALLAH.

Insya-Allah. Amiin....

Isnin, Februari 27, 2012

Cinta kah itu ??? part 5

Itu merupakan lima tahun dahulu. Kebanyakan batch aku semua dan berkerjaya hebat dan ternama di Malaysia malah juga di mata dunia. Kawan2 aku semua ye dah berkeluarga kecuali Nurul nagn aku. Tapi Nurul lebug advance daripada aku. Insya-Allah, hujung tahun ini dia akan berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga dia tapi mereka semua dah kenal dan aku berjaya korek dari Nurul yang dia memang ada hati dan perasaan kat mamat tu. Alhamdulillah, salah satu impian dia dah tercapai. Aku kagum dengan dia, dia sanggup tunggu benda yang tak pasti lain nngan aku, bila aku dengar MD lelaki yang aku admirer dengan diam itu even kawan2 aku tahu, berkahwin dengan gadis pilihan hati dan belahan jiwa dia terus aku cari orang lain.

Yang hebatnya, aku mampu untuk pergi walimatus-urus dia dekat Perlis nun jauhnya dari rumah aku. Even dekat luar aku nampak tenang padahal dalam jiwa aku menangis tak berlagu. Aku cuba belajar kawal emosi aku jangan terpamer depan semua orang yang aku sedang sedih. After aku balik aku jumpa Nurul dan melepaskan sebak di dada kat dia. Aku dah memang tahu padahnya cinta sebelah pihak tapi entahlah rasa hati yang tak pernah nak letakkan hati pada temat sepatutnya yang aku layak mencintai dan dicintai.

Ok kita lupa pasal hal semalam, yang penting bila dia bahagia dengan keluarganya aku pun turut tumpang gembira. Tapi entahlah mungkin dorang akan kata aku bodoh sebab melepaskan orang yang aku suka.dan aku tak berjuang demi cinta aku. Entahlah aku tak suka nak memaksa orang untuk suka kat aku, sampai sanggup bunuh le, buat dajal dan lain2. Bagi aku aku nak orang tu memang betul2 suka kat aku takde paksa2, mungkin kalau ada orang cakap kat aku yang dia suka aku dan ingin kahwin ngan aku. Aku tak teragak2 untuk menerimanya. Macam terdesak  lah pulak. Entah bagi aku cinta itu boleh dipupuk semasa alam perkahwinan malah ia lebih manis. Mungkin orang kata aku kolot dan dorang tak percaya benda macam tu, tapi takpe biar aku jadi orang itu...

"Ati, dah le tu, berangan dari tdi senyum sorang, mamat bagla tu dah perasan dia ingat ada minah suka kat dia.....dia pun ikut senyum2 macam ko habis le ko"
"aaaaa, alah ko ni kacau lah aku tengah mengenang masa silam aku....ko ni memang....alah kata je le ko jealous bagla tu tak pandang langsung kat ko," sambil memukul manja lengan Fatin, Ati dan Fatin berjalan pulang ke office mereka yang bertentangan dari gerai yang dorang selaalu lepak semasa rehat tengahari.

"Ati, ko naik dulu ye, aku nak pergi bahagian HR jap" kata Fatin sambil mentacap make-up nya.
"ye le, ak......jumpa kat atas and jangan lupe kirim salam sayang kat Abang Kudin....hihi......" sambil mengenyit mata kepada Fatin....

Semasa Ati nak masuk ke dalam perut lif ada seorang mamat yang tinggi lampai yang menghalang laluannya untuk masuk ke dalam lif. Mereka sama2 berebut dan kelam-kabut inginmasuk dahulu.

" Sorry......" Ati meminta maaf kepada lelaki dihadapannya dengan nada kelam-kabut kerana malu dan takut kena marah dengan bos sebab dah lambat masuk kerja.
" Saya yang patut minta maaf....k, awak masuk dulu , lady first" balas Zamir sambil tersenyum kacak.
"oooo, terima kasih" kata Ati dan terus menekan butang 10.

Tetapi lelaki tersebut tidak menekan butang. Ati menganalisa lelaki tersebut dengan menggunakan pantulan pintu lif dihadapannya. Sebenarnya Ati nak pandang muka orang tu tapi kerana perasaan malu dan segan serta prinsip yang dipeganginya menghalang tindakan tersebut. Lelaki itu nampak berkarismatik dan gentleman, serta suara dia tidak lembut dan tidak garau. Agak memikat, Rupa paras yang menunjukkan lambang 1Malaysia, macam kacukan cina+melayu. Tapi bila diamati betul2 macam ernah nampak je.....tapi kat mana eeer.

Aku Kecewa dengan Diri Aku.

Ye aku sangat kecewa ngan aku. Memang semester ni aku sibuk tapi ia salah aku yang tak pandai nak atur kehidupan aku dan juga persediaan mental aku lemah. Bila cubaan yang remeh pun aku cepat naik angin. Aku tak suka perasaan macam ini aku nak setiap hari yang aku lalui dengan rasa gembira dan puas hati tapi sebaliknya terjadi....kenapa...kenapa...

Lagi satu aku geram kat diri aku sendiri kerana teragak2 menunggang motor. Pada mulanya aku ingat aku ni berfikiran positif tetapi aku asyik berfikir negatif, aku ingat nanti accident, tak tahu jalan, seram, tak yakin, takut, malas dan macam2 lagi alasan yang mengarut yang dibagi oleh aku untuk tidak bawa motor. Tu lah, bila motor tu dekat orang lain, aku nak sangat2, merengek kat ayah, mengadu kat kawan dan lain2. Tai bila dah dapat lain pulak.........apa nak jadilah aku ni. Bila aku semangat nak bawa, benda yang remeh pun aku boleh cepat mengalah. So, jalan penyelesaiannya ialah aku kena lawan diri aku sendiri......MESTI.

"KALAU AKU NAK BERJAYA AKU MESTI LAWAN DIRI AKU DULU BUKAN ORANG LAIN DAN TAK PAYAH PEDULIKAN MUSUH PADAHAL RIRI SENDIRI MENJADI MUSUH DALAM SELIMUT YANG BERMASTAUTIN DI BADAN SENDIRI."

Tapi kenapa aku tulis huruf besar ni......hish2 sambil geleng kepala.......so pokok pangkalnya aku kena buang fikiran yang bukan2, dan bangun awal dan siap awal untuk mengelak gabra. Selain itu bawa slow even kereta or motor lain potong atau hon sebab aku kan pegang lesen L so aku ada hak untuk buat camtu sebab aku sedang belajar.....hihi tu bunyi macam pentingkan diri je....tapi ada aku kisah....hahaha

Kemudian tugas sebagai penolong kelas, memang ada mulanya aku nak sangat jadi penolong/ketua/orang berjawatan sebab aku fikir aku akan jadi popular dan ramai orang kenal kat aku dan aku juga dipercayai orang serta diri aku menjadi menyerlah dengan bakat yang aku miliki......Tetapi baru2 ni aku sedar yang aku ni lebih sesuai dipimpin dari memimpin sebab aku takde bakat, memang masa dorang pilih aku jadi penolong tu aku suka tapi bila fikir balik dan aku rasa aku tak boleh dan memang terbukti bila baru nak masuk 2 minggu aku dah nak mengibar bendera putih dan nak letak jawatan. Tai memikirkan inilah satu2 ye peluang aku untuk membuktikan tanggapan aku salah hanya sekali seumur hidup aku dan menimbangkan kata2 pendorong dari sahabat2 aku......aku mesti yakin diri dan cuba yang sedaya mungkin dan yang terbaik. Dan aku juga mesti pegang kuat kepercayaan kawan2 aku dan ketua aku dalam menjalankan tugas.

Tapi entahlah pagi dan petang tadi aku cepat marah mungkin aku stress. Sebenarnya aku kecewa dan sedih dengan diri aku, kawan2 aku tanya hak dorang aku jadi pening memikirkan dan mencari jawapan kepada soalan tersebut. Apa yang aku lihat diri aku ni, punca utama aku rasa camni sebab aku tak tabah, masalah yang kecil pun aku melatah ngan kuat macam itu masalah paling besar. Lagi satu mungkin aku tak buat kerja sebab tu aku blurr bila dorang tanya. Dan lagi satu aku kena bersedia dan selalu fokus my mind......time kuliah dan tutor......Insya-Allah aku boleh.....Amin.

Selasa, Januari 17, 2012

Ia aku gagal

Aku gagal
Aku sedih
Aku kecewa
Aku merana
Aku menyesal

Padan muka aku
Aku yang buat ia gagal
Aku yang tidak cukup usaha
Aku yang tidak serius
Aku yang tidak banyak berdoa
Aku yang asyik dengan tawakal tetapi tiada usaha
Ia itu aku

Aku menyalah kan takdir
Adakah Allah tidak sayang aku?
Tidak cukup ke usaha aku berbanding orang lain
Ya Allah, Yang Maha Alim, apa yang ingin Kau sampaikan
Terhadap aku hambaMu yang lemah
Adakah hubungan ku denganMu kurang
Adakah aku menyakiti orang lain sekitarku yang tidak aku sedari

TIDAK.....ini semua ujian Allah untuk aku
Aku tidak boleh salahkan sesiapa
Hanya diri aku yang salah
Ini hidup aku
Jadi aku yang membuatkan ia lurus atau bengkok
Aku yang buatkan ia susah atau senang
Aku yang menjadikan ia berjaya atau gagal.

Oh......aku ada masa untuk perbaiki
Ya aku kena bangkit dari perasaan negatif ini
Aku harus yakin pada kuasa Tuhan Yang Esa
Aku mesti banyakkan usaha dan ikhtiar
Aku kena perbaiki akhlak dan peribadiku
Aku wajib untuk taubat dan meminta ampun
Aku mesti tambahkan keyakinan untuk berjaya......
Ya.......aku mesti sedar diri dan perbaiki kegagalan dulu
Ya, insya-Allah aku boleh.......... n_n

Selasa, Januari 10, 2012

cerita Nur Kasih The movie pada pandangan aku.

Salam.......

Aku baru je habis tengok cerita Nur Kasih The Movie karya Kabir Bhatia dan lakonan mantap dari, Tiz Zaqiyah, Remy Ishak, Fizz Fairoz, Ayu Raudhah dan lain2 yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas masing2 untuk menjayakan cerita ni.

Pada mulanya aku tak faham cerita ni, tapi bila dah sampai tengah dan akhir aku bole le faham. Even cerita ni dah lama keluar tapi aku baru berkesempatan menengok dan menghayati serta memahami jalan cerita ni.

Bagi aku, cerita ni macam connection drama yang dekat TV3 tu. Aku suka cerita ni sebab ia banyak mengetengahkan isu2 semasa dalam negara kita dan mungkin dekat negara luar.

Even cerita ni lebih kepada perasaan sayang, cinta, kasih dan saling memerlukan pasangan suami isteri tetapi ada benda lain yang menghidupkan cerita ni.

Aku suka pada screen ni bila seorang ustaz menolak untuk menyampaikan ilmu dekat budak2 yang dijaga oleh Adam. Alasan ye sebab pelajar perempuan tak menutup aurat, bercampur lelaki dan perempuan dan lain2. Tetapi, aku akan lebih setuju jika, even pelajar perempuan tersebut tak pakai tudung, tetapi cube dorang asingkan kedudukan lelaki dan wanita. Ya, betul, dorang masih baru lagi dan masih bertatih untuk menjadi mukmin yang sebenarye. Memang betul kita perlu betulkan dalaman dulu, bile hati kita dan fikiran kita dah ada rasa yakin dan percaya serta beriman kepada Allah, insya-allah, secara automatiknya luaran kita pun akan ikut jalan kebenaran. So, better kita sampaikan ilmu tersebut dari kita menolaknya, jika tidak mereka semakin sesat dan jauh dari hidayah Allah. Mungkin kita adalah perantara yang Allah takdirkan untuk menyedarkan mereka ni........

Lagi satu, kita patut puji, orang macam Adam, Nur dan Aidil, menyampaikan ilmu Allah dengan ikhlas tanpa memilih bulu or type orang tersebut. Yang penting kita sampaikan ilmu Allah dekat sesiapa yang dahagakan kebenaranNya. Contoh terdekat yang boleh kita kagumi sekarang ialah, usaha Uztaz Azhar Idrus(UAI) dan angakatannya yang lain.

Ok, seterusnya, watak sampingan lakonan Jehan Miskin. Screen ni memaparkan realiti sebenar manusia sekarang tentang Islam. Paling menyedihkan dorang kata orang yang bertudung ni, narrow minded, tak boleh maju, tersekat, kuno dan lain2. Takpe biarkan mereka dan maafkan mereka atas kejahilan mereka tentang agama serta tidak tahu suruhan dan larangan Allah. Inilah tugas penting umat Islam supaya membetulkan fikiran mereka ke jalan Allah dengan dibuktikan melalui perbuatan, percakapan, pemikiran dan sikap kita yang berlandaskan Islam sebenar, bukan semata2 perkataan Islam tertera dekat MyCard dan nama berbin dan berbinti. So, jom kita masuk SYURGA sama2.

Yang bestnya, cerita ni buat dekat Jordan(kalau tak silap) pastu ada kaabah dan lain2. Itu tempat idaman kau tu. hihihi.

Kemudian screen yang paling menyayat hati aku adalah bila seorang isteri hanya mampu melihat kesakitan yang dialami oleh suaminya. Dalam cerita ni, masa Adam sedang tidur dan memegang dadanya yang sedang sakit dan Nur hanya mamapu memandang tanpa boleh buat apa2 untuk meringankan kesakitan suaminya. Bagi aku ia adalah penyeksaan yang amat perit, bila kita tengok orang yang kita sayang dalam kesakitan dan kita tak tahi nak buat apa.

Bagi aku benda ni juga bila kita sayang manusia, manusia itu akan pergi dan meninggalkan kita keseorangan untuk meneruskan hidup mencari bekalan di dunia. So, lebih baik kita sayang dan cintakan Allah, kerana Allah itu Maha Esa, dan Kekal Abadi. So, kita kena buktikan cinta kita padaNya dengan melakukan suruhan dan meninggalkan laranganNya. Solat di awal waktu, menutup aurat, jauhi zina, amanah atas tanggungjawab, mengingatiNya setiap waktu, bersangka baik padaNya dan lain2.

Tapi, ending cerita ni ok le, sebab Adam dan Nur hidup berkasih sayang sampai ke tua, cume Adam pergi dulu. Dan Nur macam nyanyuk sikit. Biasalah kita pun akan alaminya bila sampai waktunya.

Aku bukanlah baik dan alim, ni just pendapat aku dan azam aku untuk perbaiki diri. So, marilah kita bersama ambil pedoman dan pengajaran........mana yang baik ambil yang tak baik itu, tolong ajari aku.....nak tahu dan faham lebih lanjut layan le cerita ni......k, selamat menonton.

Isnin, Januari 09, 2012

Realiti Graduan Zaman Sekarang

Realiti pelajar zaman sekarang.

Aku bukan nak cerita pasal UPSI or yang berkaitan denagn politik dan sebagainya. Tetapi aku nak share pendapat aku tentang realiti pelajar sekarang.

Aku akan skopkan pendapat aku dekat pelajar universiti. Perkara ini berlaku di tempat aku menuntut sejuta ilmu dunia dan akhirat (uni). Ada sesetengah kenalan course aku tak puas hati dengan lecturer kitorang pasal carry mark sedikit dan soalan final exam yang susah.

Ok.....pada pendapat korang, benda tu salah sape.....adakah pensyarah or kawan or kertas periksa tu? Tidak jawapan itu salah semuanya, yang betul adalah SALAH DIRI SENDIRI. Bagi aku kalau kita nak berjaya, nak dapat carry mark yang tinggi dan boleh jawab dalam periksa adalah dengan usaha sendiri. Even, pensyarah kita ajar sedikit or tak sentuh sangat pun or bagi contoh yang senang dari latihan dan exam yang kita jawab, itu semua adalah cabaran kita dan ujian kita sama ada kita ni seorang pelajar yang cemerlang or pelajar yang nak suap je.

Secara jujur ye, aku pun suka yang disuap, bagi terus depan muka sebab malas nak susah2 ni. Bila susah dan tak tahu aku akan cepat fed up dan buat benda yang lain......Korang pula camne ada ke sama macam aku...? Oh korang bukan ye.....bagus2 teruskan.

So, kesimpulannya sebagai seorang pelajar kita perlu tahu dan mengamalkan amanah dan tanggungjawab kita sebagai PELAJAR. Yang aku tahu, sebagai pelajar kita perlu:-
  • Menuntut ilmu dengan ikhlas kerana Allah, berbakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
  • Membuat assignment dan latihan tutor yang diberikan oleh pensyarah.
  • Menghormati pensyarah, staff, kawan-kawan dan orang disekitar kita.
  • Memberi contoh terbaik.
Maaf, setakat tu je yang aku boleh beri, mungkin korang tahu lebih banyak....Jadiye, marile kita tukar realiti pelajar yang sangat manja kepada pelajar yang perasaan ingin tahu yang tinggi, rajin, berdikari, inovasi, kreatif dan berkebolahan dll.

Perkara ini bukan untuk diri seorang pelajar saje, tetapi benda ini penting untuk masyarakat dan negara dan juga kerajaan untuk melahirkan seorang graduate yang berjaya dalam segenap segi. So, pihak yang lain  juga perlu beri contoh yang baik dan beri peluang dan melakukan apa yang dikata. Kalau nak orang dengar cakap kita dan patuh pada arahan, kita perlu bersikap begitu dekat orang lain dan insya-Allah, mereka akan suka dan patuh dengan kita........Sama-samalah fikirkan dan ambil tindakan sekarang.

STRESS

Aku tengah stress dan pening kepala ni....after 3 jam+++ aku jawab paper inter tadi......sangat susah (bagi aku le tapi kawan2 aku bole le kot dorg jawab sebab aku tengok dorg tenang je masa exam tadi).

Lepas tu tension tunggu makanan yang kitorg tempah lambat hampir 2 jam kot kat kedai tu, org belakang pun dah dapat, kitorang puye baru sampai dua. Tapi sebaik aku dapat pesanan aku, tapi kesian kat kawan2 yang lain. Tapi kawan aku memang dahsyat, lepas tu bole lak dorang gi kedai makan lain, jauh pulak tu.

Ok, stop cerite pasal dorang, aku nak sambung kekesalan hati aku dan kesakitan otak aku yang tak berape nak sihat untuk study lg satu paper. Sem ni memang tough. Betul cakap orang semakin kita besar semakin banyak masalah yang menimpa dan menjelma. Kalau boleh patahkan masa, aku nak sangat jadi kecik balik, mandi hujan pun takde rase malu....rasa best je......tapi yelah kata2 orang tengah menyesal macam ni le. Cuba kalau......"seronok ye jadi dewasa ni, pakwe I kase hadiah teddy bear besar giler dengan kata2 yang jiwang lak tu...oh....best ye, kalau aku tahu aku nak terus jadi besar........bla,bla,bla,bla.

Mesti korang macam tu juga kan....betul tak??? Ya, betul aku tahu....hahaha

Sekarang aku risau, aku cuma harap kertas tu aku akan lepas dan tak payah nak kena repeat kertas dan juga sem. Dah le masa aku study subjek ni asyik tengiang2(betul ke eja ni...) perkataan REPEAT....ahhhhhhh stress!!!

Tapi benda ni dah lepas.......baik fokus kat kertas lain lak.....betul tak. So, doa, tawakal bila dah usaha k.

Sorry, kalu entri ni memang tak ilmu kat sini, tapi ini le medium yang terbaik bagi aku untuk panggil balik roh sihat aku......